Review Short Film : Karipap Nabilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat CandidSyndrome. Alhamdulillah, karya Karipap Nabilah setelah 5 hari ditayangkan di Vimeo telahpun menampakkan sambutan yang luarbiasa dengan lebih 4,000 penonton di saluran itu. Mungkin ia masih terlalu muda untuk di angkat tinggi oleh penggemarnya tetapi saya yakin ia bukan satu karya mediocre yang minta disambut dengan baik.

Pulang kembali menysur sejarah perfileman saya boleh katakan, ini juga merupakan satu anjakan dalam industri perfileman apabila kos penerbitan sudah mula menurun dengan penggunaan teknologi filem berasaskan dslr. Justeru, ia mampu menjadi satu bahan bagi mereka yang menggemarinya untuk memilikinya pada hari persandingan mereka.

Filem pendek Karipap Nabilah telah mendapat perhatian daripada beberapa karyawan filem tempatan antaranya Saudara Azlim Ibrahim dari Fakulti Filem & Video, ASWARA yang mengatakan

“Karya ini (Karipap Nabilah) ini satu pendekatan segar yang baru dalam industri perkahwinan dan ia sesuatu yang digarap oleh seorang yang faham “bahasa filem” dan bukan sekadar seorang yang dipanggil kameraman”

Kata beliau yang ditemui di Rumah Pengasih Warga Prihatin Khamis yang lepas. Beliau sendiri berpendapat bahawa ini adalah satu karya yang bakal menjadi satu ikutan ramai kelak. Secara teknikalnya, mereka menyatakan kualiti audio merupakan satu-satunya cabaran besar yang ada dan perlu diberikan sedikit gilapan untuk menjadikan ia karya anugerah. Juga video ini tidak menjadi stereotype kerana tanpa sentuhan-sentuhan fizikal, peluk, cium dan bercumbu seperti video-video perkahwinan barat (juga tempatan) mesej yang mahu disampaikan tetap sampai dengan bahasa filem yang kemas. Ia sangat sesuai dengan gaya penerimaan orang Melayu yang masih konservatif bila tiba pada isu ini.

Sebagai pengarah filem pendek ini, saya meletakkan ini sebagai satu titik mula kepada satu pendekatan yang unik bagi setiap pasangan pengantin. Walaupun kos penerbitannya sudah saya nyatakan menjadi murah tetapi ia masih tetap mahal untuk tujuan mengadakan impak dalam presentasi perkahwinan. Secara gambaran kasar, kos penerbitan filem pendek untuk jangkamasa 5-15 minit adalah serendah RM4,500 dan boleh setinggi puluhan ribu dan semua itu bergantung kepada konsep dan papan cerita. Kepada peminat karya sebegini, jangan risau kerana kami pasti boleh mencadangkan anda bagi mendapatkan kos terendah dengan idea yang hebat.

Jika dilihat dalam sepanjang video ini, ia ada persamaan dengan filem pendek “Surat Seorang Ibu” yang saya arahkan pada tahun 2007 dahulu yang telah ditonton oleh lebih 3 juta penonton melalui saluran youtube candidsyndrome, youtube prihatin, laman web prihatin, IKIM, RTM dan lain-lain saluran iaitu gerakan kamera adalah pegun. Kami kurang menggunakan gerakan kamera yang pelbagai tetapi lebih menggunakan pendekatan komposisi fotografi dan papan cerita sebagai tarikan utama.

Filem ini mengambil latar 70an tetapi sebenarnya tidak apabila ia melibatkan elemen-elemen kontra sepanjang cerita seperti facebook dan air tin poweroot. Pendekatan yang sama pernah digunakan oleh sutradara Hishamudin Rais dalam filem beliau Dari Jemapoh ke Menchestee yang mana tidak ada timeframe yang spesifik. Secara tak langsung, ia menjadi bahan satira yang semulajadi yang menggamatkan Sri Endon Ballroom di Puspanitapuri Putrajaya semasa malam tayangannya.

Impak serta merta kami perolehi dengan lebih 7 pasangan mahukan pendekatan yang sama sementara lebih 20 lagi masih dalam proses perbincangan konsep. Walaubagaimanapun, kami hanya mempunyai satu pasukan produksi yang kecil yang hanya boleh menjalankan pengambaran maksima 5 kali sebulan. Ini bermakna, buat masa ini, kami terpaksa memberi keutamaan kepada mereka yang cepat membuat pengesahan konsep dan juga deposit dari keseluruhan kos produksi.

Dari impak filem pendek ini juga, CandidSyndrome melaburkan lagi sebanyak RM30,000 untuk pembelian lensa-lensa yang berkualiti tinggi, kamera, grip, dan juga peralatan audio yang lebih baik. Sebagai pengarah juga, saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan respon kepada karya ini sehingga ia boleh mewujudkan satu fenomena baru dalam bidang perkahwinan.

Selanjutnya, krew CandidSyndrome Media akan ke Hangzhou China bagi membuat satu lagi pengambaran filem pendek untuk pra-perkahwinan pasangan berbangsa Cina pada minggu hadapan dari 24-28 Januari 2011. Kami akan sentiasa memberikan fokus kepada jalan cerita dan idea yang segar serta unik untuk semua penggemarnya. Selanjutnya ke San Francisco pada bulan 3 nanti bagi tujuan yang sama untuk pasangan yang lain.

Bagi mereka yang masih belum menonton, sila lawati link ini http://vimeo.com/18701168 bagi menghayatinya.

Terima kasih kepada anda semua. Jika anda sukakan video ini, sila “share” nya dengan rakan-rakan anda menggunakan fungsi embed atau tag dan juga menyebarkan link di atas ini kepada rakan-rakan anda di facebook sebagai satu tanda sokongan anda kepada sesuatu yang baru bermula.

Salam hormat

SAIFUL NANG
Sutradara

image_pdfimage_print

One Reply to “Review Short Film : Karipap Nabilah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *