Wedding Moment – Nana & Faizal – Ampang

Suasana wedding ada macam2 rasa. Suka, sebak, sedih dan sebenarnya semuanya bercampur2. Kenapa seorang ayah dan paling ketara seorang ibu akan menitiskan airmata semasa selepas pernikahan anak perempuan atau anak lelaki mereka? Saya perlu jadi seperti mereka dahulu untuk mengerti sebenar2nya perasaan sebenar semasa itu. Sekarang pun saya dalam countdown menunggu kelahiran puteri saya dgn rasa tidak sabar lagi. Dan saya rasa tidak sabar untuk “memiliki” anak itu. Perasaan tu semakin hari semakin tebal, seorang anak mesti akan lebih disayangi. Lebih lama lebih sayang. Saya bakal lihat anak saya besar depan mata, dari seorang bayi, kepada seorang kanak2, kemudian mula membaca, dan mula bersolek, kemudian mula tumbuh jerawat matang mereka, dan seterusnya membesar sebagai seorang perempuan….yang bakal kita lepaskan dgn ikatan AKAD YANG KITA SENDIRI LAFAZKAN.

Seolah2 lafaz melepaskan ia pergi….pergi dalam jagaan orang lain selama2nya.

(saya pun emosi pulak tiba2…nak jadi bapak lah katakan)

.
PERNAHKAH ANDA NAIK AIRASIA?

Sebenarnya bila saya naik airasia, saya akan rasa teruja. Saya memang kerap terbang dgn airasia. Lebih mudah dan lebih murah. Tertinggal ticket pun masih boleh terbang. Saya teruja dengan kebijaksanaan aturan Mr. Tony dan juga business vision beliau. AirAsia is now the OFFICIAL SPONSOR utk 2 team gergasi sukan. 1 dalam sukan bolasepak dan 1 lagi dalam sukan permotoran. Anda pernah dengar announcement ini? selepas pengumuman keselamatan?…

“…kami dengan bangga ingin mengumumkan AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah rasmi kelab bolasepak Manchester United dan juga syarikat penerbangan rasmi bagi team Formula 1 AT&T William..”

Kalau perasan, announcement itu diulang2 disetiap penerbangan sehinggalah sekarang ini TANPA JEMU dan tanpa menghiraukan Idris Jala nak kata apapun. Ini sebenarnya bagi menjawab soalan beberapa golongan yg kurang senang dengan signature saya dibawah ini. Signature tersebut merupakan piala2 kemenangan yang kita perolehi bukan dengan cara mudah. Lihat AirAsia sahaja, membelanjakan jutaan RM untuk mendapatkan tittle kebanggaan tersebut. Kami tidak menaja malah kami mengenakan bayaran kepada mereka (dlm signature) dan itu juga sebenarnya kebanggan kami TEAM CANDIDSYNDROME.

Kalau itu dikatakan menunjuk2, kita sepatutnya menimpan semua gambar2 convocation kita di rumah, simpan semua piala2, pingat2 anugerah dari sekolah mahupun pingat2 kebesaran sultan. Malah menggunakan tittle “Datuk” atau “Tan Sri” juga patutnya tiada. Well explained! 😉

ENJOICE!

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

image_pdfimage_print

17 Replies to “Wedding Moment – Nana & Faizal – Ampang”

  1. hello lagi dan salam sejahtera =)

    bab emotion waktu nikah kahwin nih, kekadang saya sendiri (as photographer) pun sebak huhuhu! when I feel what my subject feel during ceremony, the emotion just “flow” into the picture (anticipation of the moents). Sometimes the wedding pictures may looked plain or too stereotyped, but to certain people that preserved the peak of life!

    2-bab AirAsia and trophies nih, I do agree with you and now understand why you did that all this time. Altho I wouldn’t do that myself (I think, tapi masih jauh lagi dari itu lah =S ) I respect you and your accomplishments. Having someone like you who really brings the photographer as the “iT” career is just motivating =D

    Harap2 Si Puteri yang akan sampai tu nanti akan membahagiakan kehidupan SN dan isteri!

  2. Bro, saya setuju dengan you tentang kejayaan AirAsia yang sungguh hebat itu. Tapi bagi saya tidak ada apa yang perlu dibanggakan sangat sekiranya AirAsia mempunyai customer service yang teruk (Ya kita bayar murah, tapi kita tetap bayarkan? Kalau kita tak ada mereka pun tak ada), business policy yang sungguh mencekik, kakitangan yang sungguh-sungguh tidak friendly dan below-the-belt marketing sometimes. Sekarang ni saya di pihak MAS pulak. Dulu yes, saya kagum dengan AirAsia, tapi sekarang ni cuma setakat in awe dengan pencapaian dia saja. Nak kata kagum, respek ataupun bangga tu tidak sama sekali.

    🙂

  3. BTW tapi I get your point re the signature at the end of your posts. Itu biasa la kan, marketing. Semua orang buat macam tu. Tapi saya tak berapa gemar ler kalau nak dicomparekan dengan AirAsia tu… Pilih la company lain yang turut ada signature, macam Petronas ke… Heheee…

  4. blueberry, saya rasa in certain angle..diorang pun lebih baik dari kapal terbang biru. So far, I takde lah pengalaman ngeri sgt dgn diorang hehehe.

  5. saiful…u rawks!
    it is an emotional event – sad & happy of coz. thank u so much for the pictures. both of us wish u all the best, definitely gonna engage u guys again for other occasions 😉 cheers!

  6. huh.. airasia ? kroni memanjang.. boring dol… mende lah bangga dgn airasia tuh.. service cipan jek … tetinggal tiket leh naik ? mmg lah.. cuba ko telewat 5minit .. hakhak.. kalau tak kena pi beli tiket lain.. bukan airasia lah namanya!!!

  7. saya mmg pelanggan tetap air asia. sebab saya belajar di indonesia, so selalu balik naik airasia. service mmg sangat teruk! ahhahahahahahhaha stewerdess belagak dengan kita. dah le pelayan x sedar diri plak. hahahahahahahaha malas nak layan, kitaorg pejamkan mata naik je la tak larat complain janji sampai malaysia!

  8. Alhamdulillah…saya pnya service tak mcm AirAsia.

    p/s Kalau stewardess AA sombong, kita senyum jer kat dia…dia mesti senyum balik. Sorang stewardess MAS penah bgtau sy kenapa cabin crew MAS sendiripun, dgn org melayu macam tak layan sebaik mat saleh. Bukan pasal apa…cuma Mat Saleh ada “Attitude THANK YOU” hehhehe…orang Malaysia ada attitude…”Naik kapal terbang jer dah rasa bagus dan buat muka bagus” heheh. Itu dari pada pandangan seorang stewardess MAS yg masih lagi jd stewardess…heheheh betul tak hazie?

  9. Saya bersetuju. Tahniah kepada saudara kerana berjaya mencapai kejayaan yang begitu cemerlang dalam bidang saudara. Kejayaan saudara menjadi inspirasi kepada anak-anak muda seterusnya membuktikan dengan usaha yang gigih dan tanpa jemu, tidak kira apa jenis profesion pun, pasti berjaya.

    Satu sahaja cadangan saya iaitu mungkin saudara boleh hilangkan perkataan “Only” dalam signature saudara kerana ini mewujudkan satu ungkapan yang seakan-akan sombong. Tanpa perkataan itu, ayat itu sudahpun membuktikan apa yang saudara cuba sampaikan.

    Sekali lagi tahniah kepada saudara. Harap cadangan saya itu dipertimbangkan untuk kebaikan saudara.

  10. Hilmi : terima kasih atas cadangan tersebut. Tapi perkara tu fakta dan saya takkan buang kerana itulah kebanggaan kami. Terpulang kepada anda nak membacanya dalam bacaan “sombong”…kerana lebih ramai yg masih membaca dalam bacaan yang lebih positif dan humble.

    Nana & Faizal : Thanks for ur comment. TUnggu album u nanti siap 😉 mesti melatops!

  11. Saiful,

    I don’t think CS punya service macam AirAsia, otherwise mesti you dah dapat beribu komplen seminggu seperti mana AirAsia kan? 😛 Maybe you takde pengalaman horror dengan AirAsia because perhaps you buy your tickets online, go for check in with no changes whatsoever, take the flight and keep quiet until you reach your destination. But try contacting any of their staff to get your group booking done (siksanye sampai saya terpaksa hantar fax mintak diorang call balik, tu pun tak call-call), or if THEY had gotten your group booking so botched up some of your people nearly missed flights and AirAsia blames YOU for it, horrible check in staff (although not all), and so on and so forth (it’s endless), I think you’ll feel the same way I do. Tu belum masuk hal marketing lagi tu, suka tipu orang, blergh!

    Whatever it is, AirAsia cannot compare to CS okay 😀 … They suck. So don’t compare yourself with them 😀 …

  12. Blueberry, wahhh…marah betul dia. Takpe saya faham masalah tu. Naik AirAsia ni saya expect layanan macam naik bas express sebab tu dia layan sikit baik pun (walaupun dah rude dlm kategori airline). Saya ada pengalaman yg sama ngeri jugak lah dgn airline lain, Aerlingus, Ryan Air, KLM dan MAS sendiri. Tapi takpe lah…pada sy, yg penting sampai dgn selamat.

    Rasanya banyak entrepreneur put tony as a benchmark. Dia tak perfect, but I admire he could buy AirAsia milllioonnnnn dollar losses to billion dollar business.

  13. hey bro, if you don’t blow your own horn, siapa lagi nak buat kan right?. It’s a good business strategy to do that. Keep up the great work!

    -IK

    ps: i also suka naik air asia… always kiasu, bila pintu gate bukak, lariii! he he he (usually i pay my staff to lari for me)

  14. Thanks to the famous Irfan Khairi mencemar duli ke blog yg biasa2 ni hehhe. Thanks bro for your visit. Correct…it’s Kiasu. Someone asked me, why u don’t fly Malaysia Airlines Business Class? U can afford it right? Then I answered…if Ingvar Kamprad (Ikea) still flying economy class, I think I have to be richer than him to fly business class. Thanks again IK, hope to be offered again in your program later 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *