Newborn : Rania

Ramai orang tanya, saya tak shoot baby ke? Saya pernah jawap, saya cuma shoot anak sendiri sahaja. Masa tu belum ada passion untuk memotret newborn. Bidang pengkhususan saya pun dalam Wedding & Portrait sepatutnya tak ada masalah nak ambil potret. Cuma handling untuk newborn atau kanak-kanak ni agak lain macam sikit. Mereka fragile tetapi keunikannya ialah mereka sangat natural. Mereka tak pandai berpura-pura. Yang mudah ialah, untuk shoot newborn, tak perlu ada pengarahan cuma sekadar penyusunan. Selebihnya, mereka akan lakukan apa sahaja yang semuanya akan kelihatan sangat comel dan innocent tetapi kesabaran dan passion yang tebal adalah dituntut dalam bidang fotografi ini. Newborn belum lagi boleh memahami arahan, jadi cara pengambaran juga perlu mengikut mood mereka. Kalau tidur, gambar tidur lah kita dapat. Kalau berjaga, gambar berjaga lah pula. Dan kalau menangis, gambar menangis juga kita dapat. Apapun yang mereka buat, newborn sangat istimewa kerana mereka akan kelihatan sentiasa natural.

Kepada yang berminat untuk hire saya for newborn photography, sekarang saya sudah boleh buka tempahan untuk newborn (0-2 bulan sahaja) dengan fee professional bermula RM4,500 termasuk sebuah album ekslusif 20 muka surat. Buat masa ini, saya hanya boleh menerima maksimum 2 tempahan sebulan sahaja dan hanya untuk masa shooting pada siang hari biasa (weekdays). Untuk inquiry boleh email saya terus di saifulnang@candidsyndrome.com

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

image_pdfimage_print

One Reply to “Newborn : Rania”

  1. Salam Saiful,

    Ingin bertanya, adakah untuk menghasilkan gambar-gambar secantik ini perlukan 5D Mark II atau sekadar Canon 20D pun boleh? Cantik sungguh gambar-gambar ni..Tahniah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *