Hari ni SN jawap gossip….

Kesemua gossip dan soalan-soalan serta desas desus di bawah ini saya jawap dari ajuan serta pertanyaan dari message-message facebook dan juga email, SMS serta maklumbalas clients yang datang ke office CS untuk melanggan perkhidmatan kami.

  • Betul ke SN pernah maki clients? Betul….
  • Mengapa? Pasal saya juga manusia biasa yang boleh marah apabila maruah dipijak. So far ada 2 orang clients sahaja dalam sejarah yang saya pernah sampai peringkat halau dari ofis dan juga sampai tercarut lah juga. Saya tak pandai pura-pura, saya juga bukan seorang businessman yang bagus, saya cuma seorang “seniman” yang mencintai seni fotografi. 2 kejadian tu pun berlaku apabila maruah saya dan kerjaya saya termasuk hak-hak saya dipijak dan diperlekehkan. Tapi biasalah, kalau 2 orang ni bercerita diluar pasti mereka tak cenderung langsung nak cerita SEBAB MENGAPA sampai jadi begitu. Jadi clients kepada penggiat seni tak sama seperti beli barang yang mana kuasa terletak pada tangan pemegang duit. SebagaiĀ  fotografer, kalau saya ambil sahaja duit walaupun maruah dipijak, hati di dalam rasa membara…macammana saya nak ambil gambar mereka dengan baik? chemistry antara saya dan subjek sudah hilang….gambar saya akan jadi sekadar gambar yang kosong.
  • Betul kah album CandidSyndrome lambat siap? Occassionally yes. Pernah pada tahun 2008 dahulu kita menghadapi masalah terbesar sampai ada album yang siap berbulan lamanya. Kita belajar dari kesilapan dan perbaiki cara kerja dan Alhamdulillah, perkara itu tidak berulang. Tapi tidak saya katakan tiada langsung, sekarang masih juga berlaku kelewatan. Cuma kena be fair juga kerana ada client yang hold photo-selection process sampai 1 tahun, layout approval decision ada yang hold sampai 2 tahun pun ada. Cuma biasalah, orang akan cenderung menyalahkan photographer dalam hal ini.
  • Sekarang album CS masih lambat siap juga kah? Seperti saya katakan, occassionally. Tapi lihat juga faktor-faktor lain. Contohnya, selepas wedding seasons biasa akan berlaku kelewatan. Tapi itu perkara biasa dan ia berlaku di mana-mana juga. Biasa kelewatan kita akan maklumkan pada clients. Cuma kadangkala, clients ramai yang terlalu sibuk untuk angkat telefon. Ada juga yang langsung tak sampai message walaupun dah dihantar melalui email dan handphone dan menyebabkan salahfaham.
  • Menurut puak-puak yang tidak sehaluan, orang kata SN ni terlampau meninggi diri, adakah SN rasa begitu? Itu tergantung kepada penilaian siapa yang melihat dan dari sudut mana mereka melihat. Ada orang lihat apa yang saya buat itu “inspiring others” dan ada orang lihat perbuatan yang sama seperti “show-off”. Again, terpulang kepada siapa dan dari sudut mana mereka menilai. Saya bukan nabi, saya pun buat silap
  • Adakah SN tak mudah didekati kerana SN ni tak suka bersosial? Mungkin itu tak benar, kalau begitu saya tak publish handphone number saya merata2 dalam internet dan itu juga nombor telefon yang saya ada utk private dan juga business. Saya tak pandai melepak di kedai2 kopi barat, saya tak join teh tarik gathering, saya juga tak gemar bersembang…mungkin itu buat saya kelihatan kurang suka bersosial. Komitmen saya agak penuh dengan kerja dan juga selebihnya untuk aktiviti-aktiviti sosial saya dengan projek komuniti saya di Kajang dan selebihnya yang berbaki untuk keluarga saya pula.
  • Desas desus orang kata servis fotografi SN yang termahal di Malaysia? mengapa mahal-mahal? Itu orang kata kot….rasanya mahal dan reasonable ada pengertian yang berlainan. Kalau anda bayar servis fotografi dengan harga RM300 itu kan murah? tetapi dengan nilaian kerja seperti kanak-kanak darjah 6 yang ambil gambar…adakah anda rasa ia reasonable? RM300 untuk kualiti begitu pun anda akan kata terlampau mahal. Tetapi sekiranya anda bayar RM5-7k hanya untuk sebuah majlis besar dalam hidup anda dan anda simpan kenangan terindah itu dengan sentuhan seni seorang fotografer yang mencintai seni…pastinya anda akan nampak itu satu pelaburan yang “reasonable” ataupun BERBALOI-BALOI. Sekali lagi, ini terpulang dalam sudut pandang peribadi. Kesudahannya, hanya foto yang akan anda simpan selama-lamanya. Jika buruk…buruklah ia sepanjang hayat anda, jika indah…indahlah ia sepanjang hayat.
  • Orang kata SN memilih customer yang berprofil tinggi sahaja. betul ke? Tak lah, saya masih shoot wedding di rumah flat dan taman-taman kampung. Secara logiknya, macammana saya nak pilih mereka mengikut profil mereka. Kalau mereka datang dengan Ferrari pun, rasanya mereka pun tak akan tunjuk takut-takut dikebanyakan tempat…harga berlipat ganda pula kerana personaliti dan kemampuan mereka. Kalau mereka anak Tan Sri atau Datuk Seri mana-manapun…it’s not a good idea pun utk client reveal profile mereka untuk kami tahu. Secara mentaliti pun mereka takut orang akan ambil kesempatan mengenakan harga tinggi kan? (walaupun kami tak pernah beri 2 set quotation yang berlainan mengikut status ekonomi pelanggan). Kesimpulannya, kami tak kenal pun siapa client kami, anak siapa mereka ni dll sehinggalah kami terima kad jemputan mereka seminggu sebelum hari langsung. Bagaimana nak memilih lagi ketika itu? Saya shoot semua orang yang mahukan saya shoot wedding mereka…kecuali orang-orang yang tidak menghormati dan memperlekehkan wedding fotografi itu sendiri.
  • Walaupun banyak desas desus dan juga kontraversi yang timbul, adakah SN serta CandidSyndrome terjejas? God blessed us, Alhamdulillah, orang masih menilai kami pada fotografi kami dan bukannya kontraversi yang timbul pun. Eventually, tempahan pun naik dan rezeki kami pun bertambah. Kami tak dapat halang orang berkata-kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat.
  • SN lebih banyak ambil pendekatan BIARKAN sahaja. Adakah itu akan menjejaskan nama baik SN kerana tidak cuba membela diri? Saya tak boleh hentikan orang nak bercakap. Biarkanlah mereka bercakap. Lebih kita suruh mereka berhenti, makin hebat nanti serangannya. Perkara ni pun bukan perkara baru, sejak saya bermula dahulu pun dah ada serangan-serangan dalam bentuk fitnah dan umpat ini, tapi pada saya…saya seorang fotografer yang kalau adalah yang meminati pun hanyalah kerana fotografinya. Bukan kerana peribadi saya.

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too


image_pdfimage_print

14 Replies to “Hari ni SN jawap gossip….”

  1. Thank Saiful for sharing your thought on this. Saya salah seorang dari ribuan happy clients SN. Memang normal dalam organisasi yang semakin membesar ada menghadapi pelajaran dalam bentuk “masalah”. Tapi kalau saya, saya akan pilih orang-orang yang berpengalaman dengan segala jenis masalah begini dan menangani dengan baik berbanding dengan orang yang belum pernah ada masalah dan tak tahu bila-bila masa boleh berlaku masalah. Takde masalah, tadek lah CandidSyndrome seperti sekarang.

  2. can you comment on my photos (face book under Norayah Nawawi). I’m not a good photographer but i love shooting.

  3. Apapun, saya puas hati sangat dengan layanan team CS walaupun ada kelewatan berbanding dengan yang belah hubby saya yang dah lah lambat dan takde courtesy pun nak call clients update status. Bila telefon tak angkat, sms pun tak reply. Friends saya pun ramai cakap photographer yang teruk-teruk macam tu. Tak ramai yang buat bebetul serius macam CS.

  4. dah2 la SN,cukup-cukup la tu. Nie komen kat bawah2 nie,nie semua komen ko..mcm la orang tak leh baca ayat-ayat lama ko tu. Senang tul nak cari publisiti murahan. Teknik yg dah basi.. bawak la sedar dan berenti-berenti la komen blog diri k

  5. saiful..
    i selalu ingat last time in one of your entry pasal cerita pakcik yg anak dia millionaire tu, he said, biar orang benci, jangan nasi benci. thats what i keep holding as my phylosophy untill now.

  6. walaupun prinsip kita berbeza dalam beberapa perkara namun aku suka dengan cara kerja kamu dan cara kamu menggapai kejayaan. moga berjaya dunia dan akhirat

  7. Saya first dengar tentang SN dan CS on early 2008 from a wedding photographer who was so obsessed with SN and CS style. : ) Later, me too was influenced by SN… when it comes to wedding photos…, especially after Ning Baizura’s wedding ‘magazine’…lol.

    One thing, I’d like to say here… SN and CS has been, like what is stated ‘inspiration’ to many… Tell me, a photographer or a person who declare him/herself a photographer, who don’t know SN or CS… So, to SN… this is part of ‘Ujian Allah s.w.t.’. It is may be as a signal to strengthen your belief and face all the challenges, or as a reminder to do some check and balance… u know. However, or what so ever, keep up the good work and be the inspiration to others as usual… btw… dealing with human beings, is always like that… just do your best in dealing with people… Salam.

  8. to SN.keep up d gud work.biarlah ape orang nak kate.orang takkan berhenti selagi mereka bermulut.u stil have thousand of fans who supporting u.dan sy tau betape humble dan professionalnye SN.take this as a compliment n as a motivation.ini juge ujian dariNYA.Allah hanya akan uji hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA.Allah knows the best.

  9. what ever people said about you.
    aku sebagai seorang yang mengenali ko secara dekat (walaupun sekali sekala), aku percaya ko hanya begitu pada segelintir orang yg membawa masalah dalam hidup ko.

    begitu juga dengan aku kat sini.
    kita memang tak boleh lari dari masalah. dan tak mampu nak puaskan semua orang 100%.

    sentiasa tabah sn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *