Bila kita nak give-up, pikirkan cerita ini

Gambar Hiasan : Semalam Udey ajak semua pakai smart2 harini pasal blazer budak2 CS buat kat Bali last month tak pakai2 lagik. Jadi nak test, pakai lah kat Whiteroom dan ambik gambar jejaka2 ganteng ni. Macam MLM Power Rangers pun ada 😀 

Cerita ini saya reka sendiri dan penggunaan nama, lokasi dan plot cerita adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena antara yang hidup dan mati.

……………………………………………………………………………………………………………………………….

Pada zaman Medievel Barat dahulu, ada sebuah negara yang bernama Kingdom of Monte Cristo yang terletak di kepulauan Crizante. Kingdom of Monte Cristo aka KMC mengamalkan sistem Feudal yang mengamalkan kukubesi. Kekejaman penguasa pada masa itu sangat menakutkan. Pesalah sivil sebenarnya merupakan musuh kroni kepada penguasa Feudal KMC.

Maria Mercedes seorang gadis KMC telah jatuh cinta dan berkahwin dengan Brokovic Melankovik Wesertein (aka BMW). Mereka berkahwin atas dasar cinta walaupun BMW adalah seorang yang berbangsa asing. Walaubagaimanapun, perkahwinan itu tidak disenangi oleh Abraham Solvanic IV, seorang pewaris kerajaan Feudal KMC. Ini adalah kerana, Abraham telah beberapa kali mencuba memenangi hati Mercedes dengan memberi pelbagai hadiah dan buahtangan seperti gelang tangan, kain sutera dari cina, ukiran tembaga yang mewah, basikal BMX, Seterika dan Cerek Letrik, semuanya tidak berjaya untuk memikat Mercedes.

Geram dan terkilan dengan tindakan Mercedes memilih BMW sebagai teman hidupnya, Abraham telahpun membuat konspirasi sehingga BMW yang pada ketika itu berkhidmat di bawah Abraham telah pun dituduh dengan tuduhan rasuah. Dan mengikut undang-undang pada ketika itu, penguasa akan menghakimi pesalah dan dalam kes ini Abraham sendiri menjatuhkan hukuman “Penjara Sampai Mati” kepada BMW.

Keesokan harinya, BMW dibawa oleh beberapa orang Marshall tentera ke sebuah tempat yang sangat jauh dalam keadaan menutup matanya. BMW tak tahupun dimana beliau akan dibawa sehinggalah dia dibuka matanya ketika itu dia berada dalam sebuah penjara bawah tanah.

Keazaman dan rasa cinta beliau kepada Mercedes memberikan beliau kekuatan luar biasa dan keazaman yg jitu. Setiap hari beliau mengorek lubang keluar dan tanahnya dibuang menggunakan baldi untuk membuang airbesar dan sisa makanan. Selama 20 tahun lebih kurang (kerana BMW tak tahu berapa lamakah dia telah berada disitu). BMW sudah semakin berumur dan lubang guanya juga semakin dalam. Tapi beliau masih belum tahu lagi, berapa dalam lagikah untuk dikorek sehingga sampai kejalan keluar.

Ketika itu beliau terduduk…dan dalam tempoh 20 tahun itu, buat kali pertamanya dia mula berfikir perkara yang negatif…antaranya…

1. Mercedes mungkin dah mati atau dah kahwin lain dan tak ingat dia lagi

2. Bagaimana sekiranya lubang yg dibina itu keluar ke tempat yang tak betul adakah usaha beliau selama 20 tahun lebih akan membuahkan hasil?

3. Berapa dalamkah lagi yg harus dia gali sehingga sampai kepermukaan. Mungkin lagi 10 tahun, 20 tahun atau mungkin lagi 100 tahun dengan cara yang sama.

4. Bagaimana jika projek beliau itu diketahui dan segala2nya akan berakhir jika dia dipindahkan ke sel lain.

Dan setelah 20 tahun itu jugalah, setelah memikirkan perkara2 negatif di atas, BMW terus dengan rasa hampa BERPUTUS ASA dan membiarkan masa memakan sisa usia beliau. Beliau mati di sel tersebut pada 30 tahun kemudiannya. Dan hasratnya berjumpa Mercedes tidak kesampaian.

Selang 3 tahun, seorang banduan baru bernama Salvadore Nang berbangsa Jawa dimasukkan ke sel yang sama. Nak dijadikan cerita, Salvadore pun berhasrat untuk melarikan diri dari penjara itu kerana beliau juga mempunya cinta hati yang bernama Salwanio de Silva, seorang gadis keturunan Perancis yang berasal dari Kelantan. Hasrat Savadore membawa beliau kepada penemuan lubang yang dibuat oleh BMW. Lubang yang betul2 berada dibawah batu lantai penjara itu. Salvadore terus memasuk lubang tersebut, sudah kira-kira 20 kaki telah dikorek sambil Salvadore mengkagumi orang yang mengorek lubang itu.

Berbekalkan azam yang kuat, Salvadore mahu menyudahkan pengorekan terowong itu. Dengan lafaz bismillah dan menggunakan sudu makanan penjara, Salvadore memulakan korekan pertama….

“Tussss…”

Hayunan pertama berakhir dengan serpihan cahaya matahari…yang menembusi terowong yang telah memakan usia BMW. Tetapi putus asanya itu hanyalah 1 langkah sebelum kejayaan. Salvadore berjaya meloloskan diri dengan sekali tuil. BMW mati di dalam penjara kerana berputus asa.

Oleh kerana BMW berputus asa, beliau menghabiskan seluruh hidupnya didalam penjara dan membazirkan usahanya selama 20 tahun lebih mengorek terowong itu. Bila kita berputus asa, ingat lah…mungkin kita hanya 1 tapak lagi kepada kejayaan.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

The ONLY Official Photographer Team for “Merdeka Raksasa” in conjunction of the celebration of 50th Anniversary of Malaysia Independance. Assigned by The Malaysia Government

……………………. ……………………. ……………………. ……………………. ……………………. …………………….

Please write something in the comment and say hi to me. So I don’t feel like talking alone hehehehe. Don’t worry, eventhough ur comments will be moderated…it’s only a procedure to throw away spammer and some mosquitos

image_pdfimage_print

44 Replies to “Bila kita nak give-up, pikirkan cerita ini”

  1. cerita best! nama watak best! ahahah

    sn, camp tu ada plan tak nk buat lain hari? tarikh tu tak free ada class =( tapi nak sangat join. urghh!

  2. waaa… T_T..
    saya br stress study,cuak gile..dh pasrah n cm dh bajet paper mane nk fail..serius..at this time,10days left untuk final.
    and,bile sedar byk x study. tu lah,dh aim paper mane nk fail.
    andddd…bile bace this post, cm terfikir balik..kenape nk putus asa last mins? huhu..
    mmm…thanks!!! many thx!!!

  3. owh, great story wlaupun rekaan semata-mata.
    but then, ia mmg ada ‘moral value’ yg sgt2 lah menusuk kalbu..
    btul gak kn, think of 1 more step left whenever u wanna giv up! yaa, it really makes me think..
    bro SN ni leh jd motivator instead of being a photographer..:-)

  4. SN,bagus lah cite SN nih..chm concept of baby boomers lak.. sy rasa sy leh join ur camp..besok sy masukn deposit..huhu.. yahoo…

  5. kamitaken, nama tempat Monte Cristo ambik dari Alexadre Dumas dan juga nama Mercedes tu. Cerita dia pasal masuk jail pun sama, cuma nak jadikan cerita tentang org putus asa. Masa tengok citer Count of Monte Cristo by Alexandre Dumas dulu pernah terpikir, macammana kalau dia tak berjaya? (akhirnya dia pun x escape melalui lubang tu pun), yg ujung tu saya tukar heheheh 😉 (Layan gak ek citer2 drama zaman dulu kala hehehe)

  6. i agreed. perhaps i could apply the story inside my story leh? kita perlu berusaha, and without no doubt..usaha tuh insyaAllah berjaya. so fara, think positive! positive! positive! positive! nothing will bring me down..

    p/s: i really need this. thanks SN!

  7. em menarik cite SN ni.ada maksud yg tersirat.so jgn cepat putus asa, kalo x rugi cam BMW…skit jer lg usaha dia nk bjaya, rugi sgt rasa…hehe 🙂

  8. Hi SN, I’m a first timer here. I was at your fotopages. Woke up this morning reading your blog until noon…
    I’m not that kind who will leave comments on ppl’s blog. But yours highly inspired me, I read bout ur trip and the comments. I don’t know u very well, but I do know u from a photog fren.
    I must admit, u are one of the ppl I know with highly motivated attitude.
    And thanks for putting up the short story. Byk pengajaran tu.. hehehh

  9. bro Salvadore Nang (hehehe), segala perkara yang Allah cipta ini ada pengajaran dan pembelajarannya. Cuma mereka yang berakal sahaja dapat merasakannya. Saya tak tahu pun ada filem the count of monte cristo nih.. cuma pernah baca novel dulu masa form 3.

  10. SN

    I rase kan, BMW tu sure tak tengok PRISON BREAK. Kalau dia tengok sure dia dah lepas dari penjara and dapat selamatkan keadaan.

    Alaaaa… xkan dah habis kot, sambung la story morry morning glory… huwarrrrrrhhhh…

  11. Nash : To success, that’s the character we shud have.
    Andreaina : BMW takde TV
    fiza : Kena pikir dalam2. Inilah cerita yg saya akan ingat bila saya nak giveup
    azdra : good luck 2u2
    Ann : Jgn jd BMW

  12. bang,
    perut cover sket… ehem!

    kalau flat cam udey tu takpe gaks! ahaks!

    btw, kenapa adi nampak macho banget??
    hehehh.. “aura ser p****t**n” dah nak dekat la katakan..
    uhuhuhuhu…

    jgn marah pagi2 jumaat ni..
    ckp.. Alhamdulillah.. ha.. ckp! ckp skrg..
    =p

  13. hahaahahhahah lawaknya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    lawak tapi message sampai
    terima kasih SN
    saya exam skang….mcm dah give up baru jawab 2 paper..skang dah semagat balik!!!

  14. owh nak kasik satu cadangan…letak la shout out box..leh semang semang…
    (indonesia arrived on “saiful nang”) saya orang malaysia je yang blaja di indon okay heheh

  15. Intan : U’ve got it!
    hanie : Kenapa nak letak shoutbox, boleh comment kat sini apa 😉
    mua : Perut tu aset tau

  16. Hi SN,
    Mmg 2,3 hari ni terasa mcm nk give up.. rasa down sbb ade org yg tak senang dgn keje kite dan cube tabur pasir pd rezeki kite.. Bile baca blog sn kali ni pun masih tak dpt memotivasikan diri..

  17. buat la jadi filem plak…citer pendek ke?…mesti best…tambahan plak pelakon semua dr cs..eheheeh..mesti menjadi…ala2 komedi skit ke…

  18. Pengajaran yang cukup bermakna. Seperti pepatah hidup saya, ‘tiada kejayaan tanpa pengorbanan’. Tapi yang peliknya, Salvadore Nang & Salwanio de Silva tu cam pernah dengar je namanya…katne yek? 🙂

  19. nice story bro! leh tukar profesion jd penulis novel nih..hikhik =) neway,all the best!
    p/s : i like this quote ‘dont give up before u die ‘ amacam? ok x bro? =)

  20. huhuhu sian bmw selangkah lagi kemercu kejayaan..tak dapat la menemui mecedes yang di puja..hahahha rasanya hensem tak bmw tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *