Saya juga selalu gagal….

Jam 1.46 pagi semasa saya menaip thread ini pada tarikh 1.1.10. Tapi hari ini saya lebih emosional kerana tahun ini ialah tahun muhasabah diri saya. Disebalik kejayaan dan kenangan manis yang dicipta, permulaan tahun kali ini saya mahu mengingatkan kembali kegagalan-kegagalan saya sepanjang tahun ini supaya menjadi pelajaran kepada saya sendiri dan orang-orang yang ingin mengambil pelajaran. Permulaan 2010 agak manis berbanding tahun sebelum-sebelumnya, beberapa jam lagi saya akan menjadi jurugambar rasmi pertunangan pasangan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dengan pilihannya Dr. Halina. Thanks sooo much to Dr. Hamizah, and Dr. Halina termasuk keluarga Dr. Halina dan tak lupa juga kepada Sheikh yang bersungguh-sungguh sepertimana saya juga bersungguh-sungguh untuk tugasan ini.

Disebalik itu, biarlah saya kenangkan kegagalan-kegagalan saya sepanjang tahun 2009 supaya saya sentiasa menjadi orang yang beringat dan mengambil pelajaran. Dah 31 tahun azam tahun baru saya sering dimulakan dengan yang indah. Tapi tidak untuk tahun ini, saya juga seperti manusia biasa yang bertatih adatnya mesti tersungkur, berjalan adatnya mesti tersadung, berlari adatnya ada terjatuh. Saya tak lepas dari semua itu. Tahun 2009 meninggalkan kenangan yang amat besar kepada diri saya.

Saya gagal dalam usaha memartabatkan kerjaya fotografi. Kerjaya ini masih lagi dipandang murahan dan picisan pada kebanyakan orang lain. Tidak seperti profession lain yang mendapat penarafan tinggi. Saya gagal dalam menumpahkan inspirasi serta berkongsikan aspirasi agar para jurugambar yang ada sendiri menghormati kerjaya mereka sendiri sebelum orang lain bisa hormati kita. Saya kecewa dengan diri sendiri kerana saya masih melihat ramai fotografer yang masih hidupnya melarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang sedangkan kesenian ini sangat tinggi nilaian harganya. Saya gagal untuk menyampaikan materi serta pesanan penting agar mereka ini berdiri atas nama fotografi dan bersatu hati bagi menaikkan imej kerjaya itu secara kolektif. Saya gagal kerana saya bukan seorang superman yang boleh lakukan semuanya sendirian. Saya gagal untuk mendapat kebersamaan yang padu dikalangan pencinta fotografi bagi merealisasikan impian itu.

Atas kegagalan itu, tahun ini saya buang semua azam-azam lain dan hanya tinggalkan satu sahaja azam yang saya perlu laksanakan dengan keringat, airmata dan darah sendiri iaitu untuk diterima menjalankan Akademi Fotografi oleh Jabatan Pendidikan Tinggi Negara. Seterusnya, memberikan pendidikan kepada generasi BARU yang mindanya masih segar dan masih belum dicemari politiking yang menjijikkan.

Satu harapan saya, fotografi akan dipandang kerjaya mulia satu hari nanti.

Saya bukanlah orang yang hebat kerana saya juga….SELALU gagal.

.

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

image_pdfimage_print

11 Replies to “Saya juga selalu gagal….”

  1. ya2..thats a good idea en saiful.kalo betul hendak ditubuhkan sya teringin hendak belajar di bawah kendalian en saiful..byk sya ingin pelajari..insyalah akan di makbulkan satu hari….

  2. bro..i bought a dslr just becoz i saw ur fotopages n guess met u at Dato Izhar gBOY’s wedding…never look back then n now i’m touching people’s life by taking their precious moments…my way..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *