SNIPPET
Bila meneroka laluan, kita akan jumpa pelbagai onak dan halangan. Adakala yang kita jumpa dilaluan itu kita ambil dan bawa bersama sebagai bekalan ditempat dituju, adakala ada halangan yang mampu kita elak, dan ada yang kita perlu tampan. Ada kalanya, anjing hutan perlu dilawan dan ditewaskan, kadangkala ada pokok yang menghalang perjalanan, ada lalang yang perlu dicantas. Dalam mengharungi itu, mustahil kita tak terluka dan tercalar…tetapi jalan tetap terus jalan. Pendirian harus seteguh akar jati, dipukul taufan dibadai ribut tetap utuh berdiri. Kadangkala dipanggil…angkuh.
AGAH PERMADI – 9 MORE SEATS LEFT
Agah Permadi merupakan seorang jurugambar antara yang terbaik (finest Photograher) di Asia. Dengan menggunakan pengolahan cuaca, persekitaran dan sedikit teknologi digital, beliau mampu menghasilkan gambar-gambar yang dibeli dan dinilai puluhan ribu RM oleh syarikat-syarikat antarabangsa. Kali ini, Photoskool.Net membawakan untuk jurugambar-jurugambar penggemar aliran salon, manipulasi foto dan nature untuk bersama Agah Permadi dalam workshop sulong beliau di Malaysia pada 11 Januari 2009. Workshop 2 hari ini TERHAD HANYA KEPADA 20 ORANG PESERTA PERTAMA SAHAJA.
Untuk keterangan lebih lanjut. Sila klik gambar-gambar di bawah ini untuk anda masuk ke website rasmi workshop beliau di Kuala Lumpur. Atau taip link ini www.photoskool.net/agah










pada 11 Januari 2009 sepatutnya 2010 kan?
link ni tak bole bukak http://blog.saifulnang.net/www.photoskool.net/agah (object not found, The requested URL was not found on this server. The link on the referring page seems to be wrong or outdated. Please inform the author of that page about the error.
If you think this is a server error, please contact the webmaster. )
tq
this is nice……very~
fir…salah url tu.
http://www.photoskool.net/agah
yg ni baru betul