Keluhan…

Dah 6 tahun saya jadi jurugambar. Beratus jurugambar yang inginkan menjadi professional yang memohon dan hanya sebilangan sahaja yang saya mampu latih. Kebanyakannya yang saya ambil bermula hanya dengan passion dan dari segi skill kebanyakannya masih sangat mentah. Dalam lebih 20 orang jurugambar yang saya latih sejak 2005, 9 orang keluar sebagai seorang jagoan yang telah digilap namanya dengan titik peluk guru dia ni yang busuk, yang garang, yang tak ada hati perut dan macam-macam lah yang diperkatakan.

Hanya satu orang sahaja yang pernah bersama dalam team saya, yang sangat beretika sehinggalah sekarang boleh menjadi seorang photographer yang betul-betul beretika tinggi. Beliau ialah Daniel Zain. Sekarang pun beliau sibuk dengan banyak sesi fotografi di luar negara. Saya bangga kerana beliau pernah bersama saya ketika dahulu dan beliau juga sering saya jadikan contoh kepada jurugambar-jurugambar saya yang sedia ada. Walaupun beliau hanya beberapa bulan dan walaupun beliau tanpa kontrak dahulu. Tapi beliau seorang yang sangat beretika (ada adab). Masuk beliau mengadap, keluar beliau beradab dan kami masih berkawan sehingga hari ini. Beliau keluar dengan izin dan terus keizinan diberikan asalkan tidak mengganggu perjalanan kerja dan booking customers. Itulah yang saya utamakan selama ini.

Huhhhh…..(mengeluh)…

2 lagi photographer yang pernah saya garap melalui CS daripada seseorang yang langsung tiada asas dalam fotografi dan yang seorang tu, langsung tiada camera sendiri. Melihat kepada kesungguhan mereka, saya ambil mereka sebagai pelatih di CS. Saya akui requirement di CS sangat tinggi dan memang langsung tidak ada ruang untuk yang bermain-main. Saya terpaksa mengeluarkan pernyataan ini, setelah serangan secara terbuka telah diajukan kepada keseluruhan warga CS yang masih lagi berada dalam CS. Dalam sejarah jurugambar saya keluar dari CS, saya belum pernah mengeluarkan apa-apa statement terbuka sebegini. Tapi untuk kali ini, ianya pasti berlainan. Saya faham dan sedar akan consequences yang berlaku. Setelah berhari-hari, saya biarkannya terus menyerang tanpa saya (bagi pihak seluruh warga CS) membela diri. Asalnya, CS adakan satu survey online untuk pengunjung mengunjungi website setiap photographer-photographer CS termasuk yang berdua ni. Pada permulaan hari pertama, undian tidak menyebelahi kedua mereka. Mungkin bukan kerana mereka tidak bagus tetapi kerana yang lain-lain melobi votes. Sehingga ke petang hari, semua jurugambar dan warga CS di unfriend kan dalam facebook mereka. Dan di situlah mereka memburukkan suasana dengan tuduhan yang pelbagai. Beberapa jam kemudian, mereka semua mendaki carta dengan mendadak. Saya fikirkan, itu normal kerana mereka juga punya follower yang ramai dan hanya mereka yang mungkin lambat dapat info tentang online polling tersebut. Saya nampak itu tiada keganjilannya. Keesokan harinya saya ada rasa macam sesuatu yang tak kena apabila pertumbuhan carta tidak seperti yang saya gambarkan. Saya minta system admin saya berikan laporan unique visitor untuk 24 selepas online poll itu dilancarkan. Memeranjatkan, apabila jumlah keseluruhan pengunjung (unique visitors) untuk kesemua blog yang kami letakkan poll itu hanya 10% daripada jumlah undian. Kemudian, kami adakan sedikit troubleshoot untuk sebarang kemungkinan manipulasi. Dipendekkan cerita, rupanya poll system itu tidak kuat apabila databasenya boleh dimanipulasi melalui server (utk pengetahuan, mereka tahu password server kami). Bila saya naikkan jumlah vote saya, vote itu naik, bila saya turunkan…dia juga turun. Saya admit itu bukan satu yang transparent lagi, seterusnya kami merancang untuk mengadakannya lebh telus melalui survey direct kepada customers. Dalam memikirkan perkara ini, rupanya sudah banyak cemuhan dan cacian dilemparkan dalam facebook mereka berdua (thanks for hundreds of our informers…maklumlah, kami dah kena ban semuanya dari fb mereka)….

Sebagai seorang bapa yang melahirkan 2 photographer ini….

Saya termenung….

Dan mengeluh….

Susahkah nak berterima kasih? Keluar 8 dari 9 jurugambar CS dalam sejarah CS buat masa ini adalah disebabkan ketidakpuasan hati. Saya akui, saya tak dapat please semua sekali. Lagi-lagi, saya sendiri mengalami bagaimana untuk menaikkan diri sendiri dalam kerjaya saya yang pastinya BUKAN SATU CERITA MUDAH dan tak ramai mampu bertahan dengan cabaran ini. Walaubagaimanapun, pada awalnya, mereka mampu bertahan dan itu membawa mereka kepada satu julangan kerjaya yang agak hebat. Mereka juga impikan sesuatu yang sama seperti saya dan lebih dari itu, tapi soalnya…adakah mereka bisa ambil Biarlah kali ini saya ceritakannya secara lebih terperinci. Untuk jurugambar yang 2 orang ini kisahnya berlainan dari yang lain. Kalau nak cerita, biarlah kita rentet ceritanya dari mula, bukannya kepada ending sahaja.

CAMERA PINJAM

Pada tahun 2006, kedua mereka ini dibawa oleh seorang jurugambar CS (juga bekas jurugambar) dan kemudian dengan kesungguhan kedua mereka, saya benarkan mereka bersama-sama. Dalam prinsip CS, setiap jurugambar CS akan digilap sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Usaha itu perlukan strategi dan jalan cerita yang sangat sangat memerlukan ketahanan mental, kesabaran dan kebijaksanaan. Walaupun yang seorang lagi itu baru sahaja kecurian camera, dan dengan minat yang mendalam saya tawarkan beliau untuk menggunakan camera saya. Saya benar-benar latih beliau untuk mengikuti jejak saya yang hanya bermula dengan camera pinjam dan 1 lens sahaja. Sehingga pada 1 masa, beliau pula terasa mahu putus asa. Lantas saya cabar beliau untuk buat street shooting. Saya guna camera beliau, dan beliau guna camera saya dan segala lens dalam beg saya dan kita lantik orang lain untuk menilai gambar. Sekiranya mereka katakan gambar beliau lebih baik, saya akan surrender semua camera dan lens yang saya ada kepada beliau. Cabaran itu tidak berjawab, sebaliknya…beliau naik semangat dan menghasilkan banyak gambar-gambar yang hebat ketika itu. Saya bangga, anak didik saya sudah dapat stroke yang saya perolehi dahulu hanya kerana kekangan yang disebabkan kekurangan peralatan. Falsafah saya, gambar yang baik tidak semestinya datang dari camera dan lens yang mahal. Manakalah seorang lagi, lebih bernasib baik kerana masuk CS dengan segala equipment yang telah lengkap di tangan. Walaupun begitu, beliau lebih perlahan berbanding yang seorang lagi.

LATIHAN

Setiap seorang dari photographer CS mesti menjalani latihan intensif yang menyediakan mereka kepada persekitaran yang sukar tetapi penghasilan gamabr yang kreatif adalah satu kewajipan TANPA alasan. Untuk 1 tahun pertama, mereka berdua sentiasa mengeluh kerana kekurangan peluang fotografi dalam suasana wedding yang cantik. Kemudian saya tunkjukkan mereka bagaimana mereka boleh menukar satu wedding biasa menjadi satu set imej fotografi yang sangat bermakna. Saya sendiri tunjukkan kepada mereka secara action learning dalam beberapa wedding biasa. Alhamdulillah, kedua-dua anak saya ni berubah persepsinya kepada. Kerana saya sendiri tidak terus jadi photographer dan dapat wedding coverage kenamaan-kenamaan. Saya juga bermula dari wedding di rumah setinggan, rumah flat, dewan serbaguna tetapi saya sentiasa berfikir, dalam setiap perkahwinan….ada keistimewaannya tersendiri dan itulah yang saya ajarkan mereka untuk melihat sesuatu yang orang lin terlepas. Proses ini bukan ambil masa yang singkat. Lebih setahun kesabaran dan ketekunan barulah anak-anak ini dapat adapt dengan cara melihat sebagaimana mereka melihat.

JENAMA

Konsep di CS ialah, semua photographer adalah superstar yang ada jenama dan follower mereka sendiri. Dari situ, saya mula memberikan task kepada setiap mereka untuk membina laman web sendiri. 4 bulan berlalu, tiada apa yang berlaku. Sehinggalah saya fikirkan saya perlu melabur kepada seorang yang pakar dalam pembinaan website. Jangan tanya berapa banyak pelaburan CS kepada mereka. Setelah website mereka siap, saya perlukan satu mekanisma untuk menaikkan mereka. Pelbagai cara yang CS lakukan untuk menaikkan mereka. Bukan mudah bagi saya untuk meyakinkan pelanggan yang datang kerana nama saya sendiri tetapi dipujuk untuk mengambil jurugambar pelatih saya apabila saya sudah tiada kekosongan lagi. Berlalulah 1 tahun pertama dengan lebih 80% pelanggan mereka adalah dari golongan berikut;

  1. Mereka yang terlepas slot saya kerana sudah ditempah
  2. Mereka yang berbajet rendah

Pada peringkat awal, demi kepentingan pelanggan, saya tak pernah biarkan mereka bersendirian untuk ke wedding assignment. CS terpaksa bekorban lagi dengan membelanjakan sebahagian lagi kos untuk mengupah seorang lagi jurugambar associate yang dapat menjadi back-up kepada gambar-gambar mereka (sekiranya mereka tidak konsisten…walaupun sudah hampir 2 tahun dalam latihan). Ini juga bukanlah proses pendek. Sekarang, anda katalah saya jahat atau pun sial. Cuba sahaja letakkan diri anda dikaki saya. Mereka berdua bukanlah dari latarbelakang seni. Yang seorang bekerja dengan syarikat yang menguruskan visa expatriat, seorang lagi kerja buat network internet. Saya tak mahulah maklumkan berapa pendapatan mereka, tetapi cukup kalau saya katakan, terlalu rendah untuk seorang yang hidup di Kuala Lumpur. Sebagai ayah kepada mereka, saya berazam untuk melakukan apa sahaja untuk menaikkan mereka sehingga mereka boleh berdiri dengan kredibiliti sendiri dan dapat menjana pendapatan lumayan dengan fotografi. Kerana saya suka melihat mereka bekerja pekerjaan yang mereka sukai sahaja. Alhamdulillah, setelah pelbagai cara diambil, setelah banyak pelaburan dilakukan dari segi masa dan dana akhirnya mereka berjaya mendapat purata pendapatan yang melebihi seorang yang bekerja dengan kelulusan Master di public listed company. Mereka pun sudah semakin popular dan semakin popular. Teguran pertama saya apabila seorang dari mereka sudah mula tidak boleh menerima teguran setahun yang lepas. Saya ingatkan mereka dan mengatakan perkataan ini…

“I want you to finish the contract with full of responsibilities. If you ever to walk-away from here because of a few dissatisfaction, please remember, where were u before. If you can’t build it together with me, please don’t destroy it”

Teguran itu mereka terima. Pada masa itu saya sudahpun lihat ura-ura perkara ini akan berlaku tetapi masih memikirkan sesuatu yang positif. Itu sudah jadi lumrah untuk setiap yang sudah pandai itu pasti lebih susah menerima teguran berbanding dengan orang yang memang menyerah diri untuk diajar (seperti mereka awal-awal dahulu).

Sebenarnya ada banyak lagi kalau nak cerita. Pengalaman selama 3 tahun dah cukup lama untuk saya bercerita 3 hari suntuk tak habis-habis. Apapun, untuk jadi jurugambar terbaik yang dihormati bukanlah satu perkara yang mudah. Saya pun bukanlah bagus sangat tetapi saya sentiasa memikirkan untuk menjadikan jurugambar-jurugambar saya lebih baik dari saya sendiri. Selepas 3 tahun lebih, dari tidak dikenali kepada dikenali, dari tak pernah jejak kaki ke luar negara dapat peluang ke luar negara, dari tak tahu buat workshop pun dah diajarkan untuk buat workshop, dari tak ada followe sehinggalah ramai follower. Apapun yang mereka ada sekarang ini kalaulah tak mahu akui itu usaha keras CS selama 3 tahun, dan sekiranya betul pun apa yang mereka tidak puas hati itu adalah kesalahan saya yang saya sendiri tidak sedari, setidak-tidaknya…janganlah ludah semula tempat yang pernah mereka makan…kerana ada orang-orang lain yang sedang makan ditempat itu lagi.

Dah 3 cara (email, sms, YM) saya hantar untuk satu perjumpaan untuk membincangkan apakah yang mereka tidak puas hati sangat supaya ia boleh diselesaikan dengan baik. Tapi….seperti mereka yang sebelum-sebelumnya juga, mereka lebih suka….menjauhkan diri dan bercerita kepada seluruh manusia yang mereka jumpai berbanding bersemuka untuk menyelesaikan kekusutan. Dan kemudian, masing-masing hati senang dan tidak bertambah lagi musuh. Untuk pengetahuan, peluang yang diberikan kepada mereka berdua ini sampailah keperingkat mereka dilantik sebagai pengarah syarikat dan pemegang saham. Sepanjang menjaga mereka berdua, saya amati mereka tidak serasi. Tapi….dalam hal ini, mereka boleh bersatu. Bersatu untuk memusnah. Lebih hebat lagi, mereka boleh bersekongkol pula dengan mereka yang juga telah keluar. Walaupun semasa di CS, mereka sering komplen tentang mereka ini.

Sinis betul kan. Bila mereka berdua director di CS, dua-dua susah nak duduk sama berbincang tentang tugasan-tugasan yang saya berikan. Masing-masing sorang utara sorang selatan. Bila nak memusnahkan, boleh bersatu. Kan baik bersatu untuk membangun…semua orang akan gembira. Lagi sini, photographer yang dah kena buang dari CS 1st batch dulu pun tepuk tangan sambil menghulurkan kesatuan kepada mereka yang memang perlukan rakan sokongan. Bayangkanlah, sekiranya mereka ini semua bersatu dalam MEMBANGUN sepertimana mereka bersatu untuk MEROBOH, pasti mereka akan berjaya dengan kejayaan yang sangat besar. Teringat pulak kepada kes pakatan pembangkang yang boleh bergabung untuk menentang, bukan bergabung untuk sama-sama membangun.

Tanya sahaja sesiapa usahawan yang hebat dikeliling anda, tanya sahaja….5 tahun pertama dalam perniagaan…ada berapa orangkah lagi yang masih bertahan sehingga usahawan itu benar-benar berdiri dengan empayar mereka yang hebat?

Sepanjang yang saya jumpa….paling banyak 2 orang sahaja. Yang lain tidak dapat bertahan kerana 5 tahun pertama dalam terma perniagaan adalah tempoh struggle paling hebat. Semua staff dan owner sendiri dikerah keringat untuk bekerja supaya menjadi model contoh kepada staff2 yang akan datang. Selalunya mereka panggil golongan ini…PIONEER STAFF. Untuk jadi pioneer staff….bukan satu yang mudah. Sekiranya anda tidak kuat mental, saya nasihatkan anda, jangan bekerja dengan syarikat yang kurang 5 tahun operasinya. Saya pandang itu satu perkara yang normal. People come and people go…never been a big issue. As long as I’m still here…CS will still there…alive.

Di sini juga, saya ucapkan terima kasih kepada semua supporters CS dari kalangan customers mahupun photographers yang sentiasa bersama-sama saya dalam keadaan susah mahupun senang. Yang berlaku kali ini, hanyalah semata-mata satu lagi cabaran yang perlu ditempuh bersama-sama. Inilah dia…kehidupan.

Untuk 2 orang photographer saya ni…silalah berjumpa dan kita selesaikan dengan baik. Untuk kebaikan bersama.

MY STAND – MUST READ

Minta maaf, apa yang dikeluh kesah BUKANNYA menghalang orang lain untuk maju dengan keluar dari kontrak. Tetapi CARA COURTESY YANG SANGAT GAGAL. Sebab itu saya sekali lagi highlight kan Daniel Zain yang berjaya menjadi jurugambar antarabangsa dengan attitudenya. Beliau nak maju ke hadapan dgn keluar dari CS ketika itu tetapi dengan cara yang baik. Tetapi berlaku dengan cara KURANG AJAR keluarnya 2 orang yang saya maksudkan dalam cerita ini. SEKALI LAGI….INI BUKAN SOAL NAK MENGHALANG ORANG UNTUK MAJU, TETAPI INI IALAH KELUHAN SEPERTI MAHATHIR…..MELAYU MUDAH LUPA!

Kalau anda tak faham. Anda tunggu sampai anda merasainya. Anda pasti akan faham ketika itu. Setidak2nya, anda faham apabila anak yang anda besarkan dari kecil hingga besar, dah mula melawan cakap anda dan lari dari rumah. Lari dari rumah tak sama dengan mintak izin mak bapak untuk merantau. Walaupun bendanya sama….membawa diri.

.

SN

image_pdfimage_print

37 Replies to “Keluhan…”

  1. Yang tak pandai berterima kasih & tak menghargai jasa ialah yang bersifat kera. Dah tu sumbang pula. Mereka itu bagaikan kera sumbang. Jangan layan sanat sama mereka.

  2. bersabar lah SN. you are the best in the industry. pedulikkan mangkuk-mangkuk yang keluar dari CS tu. CS is YOU! not mangkuk-mangkuk tu. diorang hanyalah mangkuk sahaja. all the best SN. you still the best! forever!

  3. Nimzaron, thanks a lot. Tapi harap jangan gunakan perkataan yang tak berapa baik untuk mereka. CS tak lupa jugak sumbangan mereka pada CS seperti mana saya pun harap mereka tak lupa sumbangan CS kepada mereka

    Awang, tq for your support. Melompat dari facebook komen kat blog pulak hehehe.

  4. Salam SN. Sy mmg jadikan SN sbg ikon fotografi sy sejak 2007 lg, sejak sy mula blajar fotografi kat ITM Shah Alam ni 🙂 tahniah atas kejayaan SN yg menjadi sumber inspirasi sy 🙂 dulu penah join SN pegi rumah panjang Nanga Kesit 🙂 utk story ni, SN berbincangla bgs2 ngan 2 org photog tu, selesaikan cara elok k, xnak gaduh2 n tikam belakang 🙂
    *Teringin nk jd trainee CS :p hehe

  5. SN, sememangnya manusia mmg mudah lupa asal usul diri. Bak kata pepatah “seperti kacang lupakan kulit”. Sy tahu, bukan mudah utk kite menghadapi situasi di mana anak didik kita sendiri kadang2 yg beri racun kepada kita. Tp itulah yg sering berlaku dlm dunia perniagaan. Harap SN bersabar tanpa ilang semangat anda. Saya sentiasa menyokong anda dari belakang!

  6. Tq fadhli, yes it’s not an easy thing to do. That’s the price to pay to be here. Sometimes, people can see….what it takes to be like me.

  7. salam. my sifu, saya dah agak lama follower en.saiful dlm blog ni. first time saya nak hantar msg kat sini 🙂 . just nak tanya apa maksud en.saiful masuk mengadap keluar biadap? mcmana cara yg betol sebenarnya?

    …just pandangan saya…kalau ikut kan mana2 company pun akan ada staf mcm ni…(saya pun ada compny)…saya tahu,setiap org ada impian dia,cth..nak jadi bos..lagi2 ada bos mcm en saiful(mempunyai rekord yg sgt hebat dlm arena photography)kalau saya la…seorang photographer,saya pun nak jadi mcm en.saiful… tapi kalau duk bawah en.saiful..mcm mana mereka nak mencapai impian mereka?? ini lumrah en.saiful…dlm biz mcm ni.. so yg penting kita kat sini..sbg yg memberi org mkn gaji..perlu tahu dan sedar akan berlakunya keadaan mcm ni..dan kita x perlu mengeluh,berkira,dan bercakap2 blkg…yg penting hari ini..en saiful telah memberi peluang pada mereka mencapai impian mereka!..itu pun sudah baik..dan yg paling penting..kita adalah rumpun MELAYU..! dan seagama ISLAM :)…so positif thinking je la.. :)…..jgn risau en saiful..ALLAH maha mengetahui :)…salam 🙂

  8. Being a boss never is easy.. We think and we strategize.. And we do not meet success all the time.. And we go to plan B.. C,D,E,F,G-Z.. Whatever it takes to ensure the sustainability and stability to our company.. We do whatever it takes and we go the extra mile just to sustain our company and we try to make as much revenue and profit as we can.. Why? so the company could grow and become stable.. But to ordinary people, they saw themselves as being used.. A puppet of the company.. They do all the work and the boss just kira duit sambil minum jus nenas tepi pantai or padang golf.. This creates ketidakpuasan hati and most of the time the workers akan simpan all the points and the weaknesses of the boss..The boss needs to only make one mistake to spark the already pissed workers.. Not everyone could understand the actions taken by the bosses.. People dont understand how much a company means to the founder.. Macam anak sendiri.. I myself akan mengamuk if somebody mess around with my company.. And my company is such a small one.. But I have given all my effort, my time, my life and more so that my company could grow.. When I have people in the company, I think of them very much.. I want them to experience things, I want them to have a good place to learn, a nice office to hang out and more.. But to ordinary workers, all that matters are their paychecks.. (Though I am lucky to have people that sticks with me to help.. Alhamdulillah..).. All the three of you are my dear friends and I hate to lose any one of you.. To me all that happened is just a misscommunication and can be repaired.. Both parties needs to meet up and have a private meeting.. I really2 urge for the meeting to take place.. Said it once and I’d love to say it again.. “A sifoo remains a sifoo.. Sifoos are mere humans and they do make tonnes of mistakes too..” Harapnya korang boleh resolve all the problems and part ways in a very good way..

  9. ted, bukan itu isunya. Saya memang groom phtoographer saya untuk keluar menjadi icon. Tak duduk bawah saya selama-lamanya (kalau tak baik saya buat contract 20 tahun terus). Isunya…kita perlu beradab dan hormat menghormati.

  10. tq Aqim…saya seorang manusia biasa sahaja. Saya juga buat silap dan perlu diperbetulkan. Saya tak boleh last forever…saya akan cuba menjadi lebih baik dari masa ke masa. Tak kira apapun halangannya.

  11. saya betterima kasih kepada semua yang memberikan feedback. Bagaimanapun, saya terpaksa menyekat sebahagian dari komen yang anda berikan walaupun isinya baik tetapi ada bahasa-bahasa kesat yang digunakan untuk menghentam pihak yang satu lagi. Diingatkat, pengumuman ini dibuat kerana saya gagal mendapat perjumpaan dengan mereka yang terlibat dan ini dibuat untuk memanggil mereka datang ke sini dan menyelesaikan kemelut ini secara berdepan. Bukan untuk menghentam mereka. Sekarang, kita bertenang, gunakan bahasa yang lebih baik dan bukan bahasa kondem. Sekali lagi, saya ulangi pendirian saya, kita tak lupa apa jasa mereka, sama seperti kita harap mereka juga tidak lupa dengan jasa CS. Terima kasih semua

  12. SN, dont worry to much..biasa la…people come and people go…mungkin ini ujian Allah untuk SN dan CS…tapi saya yakin CS will be stronger after this…and saya yakin, ramai di luar sana akan still support CS….even me myself pun akan kasi my support for you…

  13. i know it’s not easy being a boss – handlling staffs, customers and miscellaneous (the emotional & irrational things happen in a company). ppl will say “bwk bersabar, chill and stuff”, but we’re the one who’re dealing with it. you’re my great boss and deep inside my heart, all these can be resolved and i really pray it’ll ended in a good way. i really hope and i believe CS will become much stronger and go further. InsyaAllah.

  14. bersabar lah sayang…. mummy dan orked will always be behind u! tak kisah lah orang nak kata apa. sedih juga bila orang buat macam ni kat kita. bila susah dia datang merayu-rayu. sampai ada tu yg dah takde duit sangat, kita sanggup tolong beli videocam dia sebab nak bantu, walaupun videocam tu dia tak perlu pun. tapi bila dia dah senang, dia ludah balik kat dia. u kena hati-hati. ramai manusia kat dunia ni, yg bila dia susah, dia akan datang kat kita dgn mulut manis, rendah diri, sanggup nak belajar, sanggup buat apa sahaja pun! nampak boleh dipercayai. tapi bila dia dah pandai, jadilah kacang yg lupakan kulit. kalau lupakan kulit okay lagi. ni siap dipijak-pijak kulitnya tu. dahsyat tak dahsyatnya manusia di akhir zaman ni. kata orang masuk menadah keluar meludah. kalau takde jadi camtu, orang tak kata. mahathir jugak ada kata melayu mudah lupa. kalau tak pernah jadi kat dia mmg dia takkan kata camtu. and now I believe it too, after seeing what happened in the past few days. apa yg kita perlu buat? SABAR. sabar = tidak lemah, tidak lesu dan pantang menyerah. kata orang jawa.. orang jawa kena strong. orang jawa kan peneroka. apa lagi, terokalah dunia yg masih luas ni. kita tinggalkan mereka yg berfikiran cetek dan tak mengenang budi tu kat belakang. itu lah the sweetest revenge ever. tol takkkk? 😀 love u sayang….

  15. satu lagi sayang…. bimbinglah I jadi isteri solehah dan perempuan yg baik… kalau I ada buat perkara yg seorang wanita mukmin tak patut buat, cepat-cepatlah tegur, sebelum melarat. I takut nanti jadi perempuan pembawa kayu api seperti isteri Abu Lahab yg diceritakan kat dalam Al-Quran tu. perempuan yg suka menghasut. bila jadi benda macam ni, perempuan sepatutnya jadi air, mendamaikan dan menyejukkan jiwa lelaki-lelaki yg panas ni. suruh berdamai. bukannya jadi seorang wanita pembawa kayu api. dah lah situasi dah panas, dia pergi tambah lagi api kat situ. lagilah panas. orang yg dah hampir nak berdamai pun boleh disuruh perang lagi, jangan berdamai. Nauzubillah. jauhilah I dan Orked dari perangai seperti itu.

    oleh itu, sebagai langkah pertama, I harap u sabar dgn apa yg terjadi. kita ambil tindakan, ikut jalan yg lurus. kita gunakan je undang-undang yg ada. dan sebenarnya, deep in my heart, I berharap sangat yg mereka berdua tu dapat berjumpa u bertentangan mata dgn segera. kita bukan nak gaduh kan? kita nak bermesyuwarah (betul ke ejaan) nak mencari satu jalan penyelesaian. janganlah cari gaduh lagi. dan orang luar, janganlah diapi-apikan lagi kedua pihak ni. saya nasihatkan suami saya supaya berdamai. dan memang saya lihat suami saya nak berdamai. dah email, ym, sms, call (tp tak berjawab) dan macam2 lagi ajak mereka nak berbincang. tapi jawab pun tidak, macam mana? sebelah pihak lagi pun, diharapkan kawan-kawan serta keluarganya dapat menasihatkan mereka supaya dapat berbincang, bukannya mengapi-apikan mereka supaya tambah masalah lagi. barulah kita sama-sama dapat bawa haluan masing-masing dgn aman. sama-sama nak cari makan kan?

  16. sabar2…jgn la bertelingkah.mcm dulu kan best.semua ok.kita sama bangsa sama muslim.yang lepas tu lepas.semua org ada buat silap.masing2 mesti ada silap.jumpa dan bincang.satel.saya doa kan semua akan pulih macam dulu.amin….

  17. Saya teringat kata-kata Dr Fadilah Kamsah, yang lebih kurang berbunyi; :Allah tidak akan menguji umatnya dengan ujian yang dia tak mampu nak selesaikan”. Saya yakin SN mampu mengatasinya dengan bijaksana. Biar jadi panduan kepada semua..

  18. ermmm….
    terkejut gak ngan berita ni….
    last ada sms both of problem boy…
    dari ayat dia.. sy bole agak ada something yg x brapa nak best…. whatever.. slalu mintak denganNya… tabahkan hati nak hadapi dugaan kt dunia yg penuh tipu daya… jengatNavy

  19. For what its worth SN, i personally believe u are above all that is being said by those two. Hang in there and hope that they’ll come to their senses soon. Thank u for having Salha as your staff as i know she appreciates u a lot. 🙂

  20. salam bro SN. i’m ur silent student, viewing your pictures & ur team pictures & creations almost everyday. i’m still a beginner in this beauty photography world, & ur CS team is the best example for me as a reference in my ambition to build a team like you have currently.. you’re already a great leader bro SN. you’ve grown from a small person till as big as now..take this as a challenge for you..i know you’re strong enough to face all these kind of matters..i pray for ur success & hopefully, everything will be fine.. good luck & all the best to u bro SN & CS..=)

  21. sronok segelintir orang kat luar sana bilamana dapat tahu CS bergolak…bertepuk tangan bersorak..tuang lagi minyak..biar terus marak..biar terus retak…diorang memang suka..diorang memang gembira…dah memang lumrah manusia tak boleh tengok orang lebih berjaya daripada dia………biarkan mereka mereka…aku diajar agar menghormati guru..walau diajar sebaris lagu..kepada kedua mereka yang banyak mengajar aku..sejujurnya aku masih terhutang budi dan menghormati kamu…dan kiranya mesej ini kamu baca…aku sangat berharap segala sengketa yang ada dapat diselesaikan secara berdepan muka…tak perlu nak ke mahkamah segala…campak ego dan bangga diri kamu seketika…ada masa kita kena turun takhta…rendah diri mendongak melihat atas sana..bukan niat menjatuhkan maruah diri tapi turun mengingat asal kita…insyaAllah..ambil berkat raya haji minggu depan ni..bermaafan bermuhasabah diri…to SN, i believe u can handle this as u have been through so many other obstacles before..and i really hope that everything can be settled in a good way..we have a good team now and we will strive harder after this and our next checkpoint would be..Perth! 🙂

  22. Aku tak menyebelahi mana2 parties.. just walaupun sudah berpisah ataupun sudah tidak bekerjasama lagi … rapatkan kembali hubungan sebagai seorang rakan dan sedara seislam. semoga SN dan CS akan majujaya dengan hasil karya yang terbaik di Malaysia dan Dunia.. insyaallah… ikhlas dari peveyhack.com

  23. salam bro..

    i think ur wife’s advice is the best of them all, and in fairness she did mention the problem and offered a GREAT solution for this whole mess. Sometimes we think we are great, but our greatness is never above our Lord and the messenger (pbuh), which in this context ‘forces’ us to re-think our principle and mindset about this unfortunate event..

    im not into any sides but if we think through moderation, insyAllah we’ll see the the light at the end of the tunnel..

    the photography community needs a strong base and i believe it starts with CS…

  24. All the best kepada dua2 pihak. Semoga segala perselisihan dan persengketaan akan selesai dgn segera. Dua-dua pihak masih bersaudara,.sesama muslim. Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh.

  25. SN, the way i read it, sounds like people just want to progress and you cant hold them back. This is my first time visiting your blog, and sorry to say but this post is embarrassing.

  26. Sarah, u buta mata dan hati. Buta mata pasal tak baca terus tembak. Ini lah melayu keparat, tak baca habis terus jump into conclusion. Biar saya suruh awak bukak mata balik. Sedar tak sedar SN dah hasilkan ramai professional yang berdikari kan? Bangang lah anda kerana melihat itu sebagai memalukan apabila yg SN keluhkan ialah BUDI PEKERTI anak-anak buahnya yang keluar dengan meludah ke mukanya. Buta hati awak pasal….awak bodoh dalam menilai. Saya dah dengan cerita dari 2 belah pihak dan obviously, SN lepas statement yg ini dia tak buat further statement lagi yang memburukkan diorang. Tapi apa yang jadi, diorang siap buat kempen lagi untuk meraih simpati. Sementara di luar termasuk tempat kerja saya pun sokongan kepada SN semakin kuat. Yang dulu 50:50 terus jadi 100%

    Bukak lah mata sikit perempuan!!!!

  27. Laaa…ingatkan dah habis. Ada yang tertinggal keretapi rupanya hahahaha. Sarah, sila baca semula dan fahamkan. Cetek betul pemikiran awak.

  28. tq Sherry atas penjelasan yang diberi. Tapi saya harap, kita hormat menghormati lah kepada yang beri komen lain, cuba elakkan guna bahasa yang tidak enak didengar. It’s a free country 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *