Doa untuk Gaza

Biasanya saya suka dengan foto-foto yang hebat menceritakan tentang apa yang berlaku. Tetapi kali ini, saya rasa sangat terganggu dengan sangat banyak imej foto yang menceritakan apa yang berlaku di bumi Gaza. Sangat menyayat hati bukan sekadar orang Islam malah dunia keseluruhannya nampak itu merupakan satu pembunuhan beramai-ramai dan bukannya peperangan. Atas kemanusiaan, semua agama boleh sefaham. Foto kanak-kanak kecil yang tidak berdosa terburai badan, meletup kepalanya dan banyak lagi yang tak mampu diceritakan.

Tak perlu rasa selesa. Malaysia juga boleh jadi seperti itu. Kita sudahpun dikelilingi dengan penyembelihan di Ambon & Timur Timur, Keganasan di Selatan Thailand juga pengusiran dan pembunuhan Rohingya yang semuanya mengepung kita secara geografi.

 

SEMINAR KUASA ALAM

Pada hari Sabtu lepas, saya memberikan seminar yang memasukkan KUASA ALAM sebagai tajuk penyampaian utama. Pada zaman sekarang, yang mampu menundukkan cengkaman Barat dan Zionis ialah badai dari alam. Tidak kira secanggih Jepun, mahupun USA sekalipun Israel dan semua negara bersekutu mereka tidak mampu menahan kuasa alam. Datang dari alam, tadbiran Allah pastinya kuasa yang lebih hebat dari kesemua senjata nuklear yang diletupkan serentak.

APA ITU KUASA ALAM? Ini bukan satu seminar atau ceramah agama. Ia adalah satu seminar yang mengambil pendekatan metaforik (perumpamaan / analogi) sebagai memperkuatkan pedagogi dalam semua aspek kehidupan manusia. Allah jadikan keseluruhan alam ini mengikut fitrahnya dan ia tidak berubah KECUALI manusia yang berakal untuk mengubah fitrah. Melihat semula kepada alam membuat kita berfikir rasional tentang kejadian alam dan iktibar untuk praktis dalam semua aspek kehidupan yang DIJAMIN terbaik. Kerana itu dari fitrah alam. Fitrah alam adalah pembaris Allah.

COntohnya, selama ini kita melihat pokok sebagai sebatang pokok sahaja tanpa memikirkan disebalik kejadian pokok itu ada analogi alam tentang pengurusan organisasi, komunikasi, hirarki organisasi, model perniagaan yang dijamin untung, fikap organisasi dan macam-macam lagi. Penyelidikan melalui praktis pada sampel komuniti di Rumah Pengasih Warga Prihatin membolehkan analogi ini dijadikan satu dapatan yang saintifik.

Rata-rata peserta yang hadir bila diwawancara mereka mengatakan “ILMU INI SANGAT BESAR!!”

SAIFUL NANG

Perjalanan yang tidak mudah


Rupanya dah 8 tahun umurnya sejak pertama kali saya dibayar untuk fotografi. Ia satu perjalanan yang panjang dan mengasyikkan. Banyak yang saya pelajari. Dari seorang jurugambar sambilan sehingga kini menjadi sebuah kumpulan syarikat yang sangat membanggakan saya. Saya rasa ia satu kesan dari sokongan anda semua dari dulu hingga sekarang. Saya bukannya orang kaya, saya datang dari keluarga yang miskin. Mungkin itu salah satu sebab saya mewarisi kecekalan dengan apa yang telah berlaku sepanjang 8 tahun ini.

InsyaAllah, perjuangan masih awal untuk dihentikan.

Bookmark lah blog ni ye 😉

SAIFUL NANG

I will blog again…(dah banyak kali cakap)

Dah lamapun tak jengah blog ni. Sayang betul, dah lama dan dah bersawang. Dulu selalu cerita dan update tentang fotografi dan motivasi. Saya rasa sekarang saya sudah semakin banyak perkara nak bercerita. Banyak pengalaman dan ilmu yang perlu dicurah dan biarkan ia mengalir. Cerita yang baru dan lama sampai nak basi pun berlambak dalam stok dan masih tidak diceritakan. Tindakan untuk back-off sedikit dan malas nak glemer-glemer sangat rasanya dah berjaya buat orang relaks. Sekarang masa untuk menulis semula. Harapnya anda semua masih belum boring lagi dengar penulisan saya. Pastinya di fb dan blog tidak sama. Amacam? Nak tak?

SAIFUL NANG

image_pdfimage_print