Mel & Kurt – San Francisco & Palo Alto – by Ahim & SN

Another project rendered by my best duo, Ahim & I. We have been in many weddings internationally under the ticket of CandidSyndrome. Ahim currently is the principal of CandidSyndrome Brunei and the among our international best partner. Ahim for me my best sparing partner to second me in any wedding. Hence, if you wish to hire us internationally, you are not getting a principal but TWO at ONCE! Imagine double-shot! Write to us and request our duo if you plan to get married. As for now, this is the most premium package we have. 2 Photographers from 2 different countries to shoot for your event. Don’t u think it’s cool huh?

Just watch these pictures.

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
MPA (UK),WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too




ZERO TO PRO 4 | FORMAT BARU – 23-25 Julai : 3H2M

APA ITU ZERO TO PRO?

Kejayaan 3 musim Zero to Pro sejak dimulakan hampir setahun yang lepas dan dirumus melalui pengalaman dalam pengajaran dan juga profesyen selama lebih 7 tahun, kami berbangga kerana program ini menjadi program mencipta bintang fotografi. Bekas peserta kami berpendapatan setinggi RM20,000 sebulan, ada yang dari bekerja sebagai penolong tadbir hingga kini sibuk menjelajah dunia hasil dari program yang kami jalankan. Zero to Pro merupakan program padat yang memberikan satu formula transformasi skil dari seorang yang baru mengenali dslr sehingga menjadi seorang yang mempunyai skil tinggi sehebat seorang profesional yang ternama. Dilatih oleh segolongan jurugambar elit dalam industri fotografi seperti Saiful Nang, Khairul Hazwan, Ahim Rani (occasionally) dan juga ahli akademik fotografi sendiri.

.

APA BEZA ZERO TO PRO SEBELUM INI DENGAN ZERO TO PRO | FORMAT BARU

Ratusan mereka yang berminat menyertai program ini kecewa kerana program yang pernah kami adakan sebelum ini mengambil masa selama 7 hari keseluruhannya secara berturut-turut. Kebanyakan mereka sukar untuk mendapatkan tempoh cuti yang panjang untuk tujuan itu. Walaubagaimanapun, ZTP 4 dengan format baru mengetengahkan 4 modul penting bagi menjadikan anda seorang jurugambar profesional yang berjaya iaitu

  1. CBP : ASAS FOTOGRAFI PADAT
  2. AOS : ART OF SEEING
  3. PS : PHOTOSHOP (Previously known as PIP: Post-Imaging Process)
  4. BIP : Business in Photography

Serba sedikit tentang perbezaan versi baru dengan yang lama ialah ia dikendalikan secara CRASH COURSE. Tiada peluang untuk berehat kecuali anda dilatih dengan cara yang sama kami (CandidSyndrome) melatih jurugambar-jurugambar kami sehingga menggapai peringkat antarabangsa. Kursus asas fotografi secara teorinya dicantumkan dengan fundamental Art of Seeing menjadikan ia mudah dimuatkan dalam hari pertama. Selebihnya ialah sesi-sesi praktikal yang disertai bersama dengan ON LOCATION CRITIC! Anda belajar dengan teguran on-the-spot. Itulah kelebihannya bagaimana program ini boleh dijalankan secara kompres / padat.

Program luar seperti outing fotografi juga dijalankan pada hari kedua bagi kesan pengajaran lebih terperinci kuat dengan praktis yang lebih. Dalam outing ini juga berlaku on-location-critic yang menjadi salah satu dari resepi utama kami dalam menghasilkan jurugambar berkualiti. Hari ke-dua akan dipenuhi dengan sessi luar dan juga sessi kritik yang padat. Dengan hasil fotografi mereka kami dedahkan pula peserta kepada cara pengendalian foto dalam proses akhir menggunakan perisian Adobe Photoshop. Bersambung pada hari ke-3, peserta di dedahkan dengan pelbagai peluang dan halatuju kerjaya fotografi mereka sebagai bekal sebelum mereka pulang dengan skil dan kehebatan serta jalan kerjaya yang hebat. Semuanya berlaku dalam ZERO2PRO | FORMAT BARU.

.

PADAT, EFEKTIF & SINGKAT.

Kerana pengalaman kami dalam penganjuran dan pengajaran ramai jurugambar professional sebelum ini memberikan kami formula pengajaran fotografi yang efektif dan melebihi hanya sekadar satu kemahiran.

.

SIAPA PERLU HADIR?

  1. Penggemar fotografi
  2. Mahu menjadi seorang jurugambar professional
  3. Professional berpendapatan rendah yang mahu meningkatkan pendapatan
  4. Peminat fotografi
  5. Jurugambar Amatur
  6. Jurugambar yang mahu maju ke peringkat antarabangsa.
    .

TENAGA PENGAJAR

  1. Saiful Nang, MPA(UK)
  2. Khairul Hazwan, Senior Photographer, CS
  3. Munirah Muzamer, B.A Photography (UiTM)
  4. Azreen Omar, SNAP 1

.
KONSEP PENGAJARAN

Kami tidak mengajarkan fotografi kepada peserta kami sesuatu yang mereka kurang perlu walaupun ia diajarkan di Universiti. Kerana seorang pelajar fotografi belajar di Universiti selama 4-5 tahun untuk fotografi sementara peserta kami hanya ada 3 hari 2 malam sahaja. Pengajaran asas dan penerapan satu fundamental yang mampu dikembangkan sendiri adalah penekanan kami. Seperti mengajarkan anda tentang ABC dan kemudian setelah anda kenal huruf, anda boleh membaca novel, suratkhabar, majalah, papan kenyataan, iklan, surat dan banyak lagi. begitu juga halnya dalam fotografi.

Sistem latihan kami menerap dan menyulamkan praktis seiring teori secara komprehensif. Maaf jika program kami kurang selesa kerana ia bermula awal setiap hari dan habisnya lewat malam. Itu adalah untuk kami memaksimakan kesan pelajaran dengan memberi pelbagai latihan yang mempunyai cabaran teknikal dan artistik yang berlainan.

Ia bukan sesuatu yang mustahil, ramai orang anggap fotografi itu sukar kerana mereka tak nampak jalannya. Di SNAP, kami ada mereka yang telah terbukti telah berjaya dalam bidang ini untuk anda merujuk.

.

TARIKH : 23-25 JULY 2011
HAD PENYERTAAN :
20 ORANG SAHAJA (Bagi mengekalkan kualiti pengajaran yang baik, kami ambil kurang peserta dalam setiap kelas)
MODUL : CBP+AOS+PS(PIP)+BIP = ZTP4 | Format Baru
YURAN : RM1920 (Early Bird – deposit penyertaan sebelum 15 April 2011) | RM2320 (deposit penyertaan selepas 15 April 2011) | RM2,500 pembayaran melalui LO kerajaan / badan berkanun
CARA MEMBUAT TEMPAHAN :

  • Bayar deposit RM250 minima untuk pengesahan tempat (tidak dikembalikan jika berlaku pembatalan oleh peserta). Selebihnya perlu dilunaskan sebelum 7 May 2011.
  • Bayaran penuh semasa pengesahan tempat.
  • LO Kerajaan & Badan Berkanun diterima
  • Tempahan secara verbal atau bertulis tanpa komitmen deposit atau LO tidak dianggap sebagai sah..

.

ANDA WAJIB BAWA :

  1. DSLR sendiri apa-apa model
  2. Laptop sendiri beserta perisian Adobe Photoshop CS dan ke atas
  3. Diri sendiri dengan azam yang hebat

.

KAMI MENYEDIAKAN :

  1. Penginapan secara twin-sharing di Sun Inn Hotel (15 meter jarak dari SNAP). Rebat Tunai RM90 untuk mereka yang tidak menetap di hotel. Walaubagaimanapun, bermalam di hotel adalah digalakkan bagi menjaga ketepatan masa program.
  2. Sehelai T-Shirt Program
  3. Sijil penyertaan
  4. Makan 4 kali sehari di SNAP (minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Memandangkan program bermula jam 9 pagi hingga 10 malam, maka minum malam dan sarapan tidak disediakan)

.

BORANG TEMPAHAN ONLINE KLIK DI SINI (Lengkap dan hantarkan kepada kami dan anda akan dihubungi selewat-lewatnya pada hari bekerja seterusnya untuk proses pembayaran seterusnya. Walaubagaimanapun, mengisi borang online ini bukan satu pengesahan tempat sehingga deposit dibuat)

 

SEBARANG PENYERTAAN SILA HUBUNGI

.

Cik Munirah Muzamer, Coordinator / Trainer
03-80766878 (Office Hour)
Email : munirah@candidsyndrome.com
SAIFUL NANG ACADEMY OF PHOTOGRAPHY