Expression of India

Other than photography collection I’ve made in India recently, I also shoot video religiously. India is too beautiful to miss the visual opportunity. I’ve spent many hundred gigs to photograph and to shoot video around. It was fantastic. Meanwhile, I just layout here with a tittle of “Expression of India”. Enjoice 😉

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

Saya diktator

Fotografi perkahwinan candid ni bukanlah saya pemulanya di Malaysia ni. Tapi nasib semasa tahun 2004 tiada orang yang secara aktif berkongsi gambar yang mereka ambil untuk setiap wedding secara online. Saya pertama kali gunakan kaedah ini sebagai wadah menyampaikan kepada umum gaya fotografi saya sendiri. Hasilnya, cepat sangat berkembang sehingga saya sudah mula mendapat tugasan fotografi perkahwinan luar negara seawal bulan ke-4. Semuanya kerana internet.

Cepatnya naik dengan satu fenomena baru pastinya membuat segelintir orang lama kurang senang. Dengan itu, secara suka ataupun tidak, saya telah mencipta juga segelintir orang yang mula mencemuhi saya disebalik ribuan peminat yang ada.

Proses perkongsian foto-foto perkahwinan yang saya ambil berterusan dan dari masa ke masa ramai yang mula menanam minat untuk mendapatkan keseronokan kerjaya seperti saya. Apabila ada tawaran untuk merekrut jurugambar baru sahaja, berduyun yang memohon. Mereka masuk dan mereka dikeluarkan jika tidak menepati kriteria yang ketat. Saya perlu pastikan ini kerana saya sangat tidak boleh berkompromi dengan hasil yang “lebih kurang”. Lantas, saya mencipta lagi segolongan seteru baru.

Sementara yang bertahan dengan disiplin yang ketat dalam CandidSyndrome meneruskan kerjaya dan ada segelintir mereka juga keluar setelah apa yang mereka mahukan mereka perolehi. Ini juga akan masuk dalam golongan yang sebelumnya kerana mereka ini saling kenal mengenali. Maka wujud lagi 1 golongan seteru.

Mereka itu semua bercampur sesama sendiri dan membentuk satu kesatuan pula dan kemudian mempengaruhi mereka yang tidak pernah berjumpa dan kenal saya secara peribadi dan mewujudkan satu lagi golongan seteru.

Walaubagaimanapun, seteru demi seteru yang wujud, saya bersyukur kerana Allah Maha Besar menunjukkan jalan sehingga sekarang ini masih lagi diberikan nikmat rezeki yang halal dariNya. Semenjak bulan 4 tahun 2010, saya sudah agak tawar hati berkongsi hasil-hasil foto saya. Akibatnya, tanpa disedari, saya telah membuatkan golongan seteru ini bergembira dengan itu. Dan mereka mula bergossip seolah-olah saya sudah tidak menerima tempahan fotografi lagi. Saya juga seronok apabila mereka merasakan nasib saya sudah merudum, sudah tentu itu menyenangkan hati mereka dan kuranglah saya diganggu macam-macam lagi.

Sejak tahun lepas lagi, saya telah mula “membeli masa” sendiri dengan meletakkan premium harga yang tinggi dan meletakkan had HANYA MAKSIMA 2 wedding sahaja sebulan berbanding 15 wedding sebulan sebelum itu. Itupun dah tak larat nak publish gambar dalam blog dan facebook. Dengan cara ini, saya boleh menumpukan sebahagian masa yang saya luangkan itu untuk keluarga, Rumah Pengasih Warga Prihatin dan juga pembangunan syarikat kepada peringkat yang lebih tinggi lagi. Untuk 5 tahun ke-dua saya sudah menyasarkan untuk membawa syarikat ke peringkat korporat yang lebih tersusun dan berdayasaing diperingkat global sebagai syarikat yang disegani dalam industri kreatif.

Kata orang, saya sudah tidak laku kerana sudah mula sering menjalankan workshop gara-gara kurang laku mengambil gambar. Jika anda perhatikan di www.snap.com.my Akademi yang saya wujudkan , kebanyakan kursus dilakukan pada hari biasa. Pastinya tiada yang melangsungkan perkahwinan pada hari biasa kecuali hari minggu kan? Untuk pengetahuan semua, quota booking yang telah saya tetapkan telahpun penuh untuk tahun ini seawal bulan April tahun ini. Ye lah…bila orang sakit hati, macam-macam cerita keluar. Tapi kalau itu menyenangkan hati mereka…silakanlah berfikir begitu.

KALAU TIDAK JADI DIKTATOR, TIADALAH REVOLUSI

Saya ingin petik sejarah Tun Mahathir. Pernah beberapa ketika beliau hilang sokongan dan mencipta jutaan musuh. Semasa beliau menyuarakan bantahan dan mendesak YAB Tunku Abdul Rahmah Putra untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Peristiwa perpecahan UMNO Vs Semangat 46 dan juga semasa peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang beliau lakukan hanyalah JALAN TERUS DAN MENJADI SEORANG DIKTATOR. Sebenarnya bukanlah beliau diktator cuma ini adalah ayat yang orang lain gunakan untuk beliau ketika itu dan juga untuk saya apabila idea dan cadangan staff-staff dan fotografer saya yang saya tolak menyebabkan sebahagian mereka merajuk dan membawa diri. Bukan tidak kita pertimbangkan dan menolak mentah-mentah…adakala, kita tidak dapat jelaskan mengapa kita putuskan sesuatu sehinggalah ia terjadi dan disaksikan hasilnya dan bukan semua juga cadangan mereka ditolak cuma kadang-kadang kesah anak manja yang diturut kehendaknya yang 10 tetapi satu yang terakhir diperkanankan, rajuknya macam budak kecil. Pada saya, jika Malaysia tiada orang yang bersikap diktator seperti Tun Mahathir, jika Singapura tiada Lee Kwan Yew yang juga seorang yang bersifat diktator sudah tentu Singapura masih lagi penuh paya bakau, Malaysia masih penuh hutan belantara tak termaju. Sama juga secara natural bagaimanai saya memandu CandidSyndrome dari SAYA SEORANG sehinggalah bersaiz sekarang ini.

Semua itu terjadi kerana saya tidak pedulikan apa yang mahu orang katakan. Biar orang cemuh yang penting kita tahu apa yang kita lakukan. Jika silap langkah kita, padahnya kita juga yang kena. Sebagai diktator, apa yang menghalang perjalanan anda, anda cantas. Yang mahu bersama anda bawa, yang perlahan anda tinggalkan, yang laju anda kejar.

Ada yang menghalang, saya rempuh sahaja. Yang dirempuh menjadi segolongan seteru lagi, yang ditinggal sebahagian juga menjadi seteru. Tetapi kenama mahu risau segolongan kecil seteru yang HEBOHNYA mengalahkan ratusan ribu peminat? Pernah saya katakan dahulu, bukanlah ramai musuh…tetapi yang memusuhi ini lebih bising berbanding dengan peminat. Kenapa perlu bersedih?

METAMORFOSIS

CandidSyndrome International sekarang ini sudah mula menumpukan kepada kerja antarabangsa, perkahwinan pelbagai budaya dan juga lebih dari itu kini kami mengalami transformasi untuk menjadi salah satu badan dalam industri media kreatif. Salah satunya menjadi konsultan media kreatif untuk fotografi dan digital filem. Alhamdulillah, CS kini telah dilantik secara rasminya oleh beberapa badan kerajaan bagi menjayakan projek-projek yang berkaitan dengan media. InsyaAllah kalau semua berjalan lancar, akan saya umumkan perkara ini kelak.

Kalau dulu kami beluncas, kami telah melalui satu tempoh berdiam diri semenjak awal tahun hingga kini sehinggalah kami dapat menjalankan transformasi menjadi rama-rama yang cantik. Sokongan berterusan anda peminat-peminat kami di CandidSyndrome sangat-sangat dihargai dan sangat-sangat dialu-alukan. Jika ada syarikat anda mahukan perkhidmatan-perkhidmatan pembikinan korporat video, travel video, industrial video, dokumentari video hatta produksi TV juga, (selain dari fotografi) silalah maklumkan kepada kami kerana kami sudah bersedia dengan lebih 30 orang kekuatan krew keseluruhannya dari 4 buah negara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Sweden).

Ada yang bertanya, bagaimana saya menangani gangguan-gangguan dari ulat dan nyamuk yang menjengkelkan dengan fitnah yang macam-macam. Lalu saya jawapnya,…JALAN SAHAJA TERUS KE HADAPAN. Kuatkan tekad dan percaya pada diri sendiri. Satu hari nanti, mereka akan lihat juga. Dan perlu anda tahu juga, jika dalam keseimbangan alam…sentiasa ada kuasa pengimbang. Negatif lawan positif, utara lawan selatan, baik lawan jahat, putih lawan hitam dan itulah fitrah….mengapa perlu takut? Nabi juga ada JUTAAN musuh…apatah lagi kita yang tak maksum ini.

Lebih besar pokok, lebih kuat ia bergoyang.

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

It’s Today : Lina & Shah – 09.10.10

This is my first time AFTER almost 10 years I directed a production on my own. Owh..not to forget, I directed “Surat Seorang Ibu” in 2007 for a tribute to my late mother and for the people to love their mother. I feel like I got back to my good old days working in commercial production line. If you love this, stay tuned…this is my first directed pre-wedding movie ever. Wait for my few other coming up next including a “Winter Sonata” pre-wedding shoot in Hangzhou China this winter

.

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

Buah tangan dari India

1st Image : A muslim imam of Jama Masjid had a little pray after the sunrise prayer at Jama Masjid Delhi India. 2nd image : Kids at the paddy field near Varanasi having fun with themselves as their daily life. They don’t even know what school is all about

.

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too

image_pdfimage_print