BIP – Business in Photography Workshop

POSTED BY SNAP EDUCATION TEAM

Berapa ramaikah antara kita yang sangat teruja dengan minat fotografi sehingga meninggalkan yang lain-lain. Lebih baik lagi, pasti ramai yang mengangankan untuk meninggalkan kerja harian mereka hanya untuk fotografi. Malangnya, mereka masih samar-samar akan masa hadapan dalam kerjaya fotografi samaada fotografi boleh menjana pendapatan untuk mereka atau tidak. Sebahagiannya pula masih terus menerus menjalankan aktiviti fotografi secara komersil tetapi secara sambilan. Semuanya kerana kurang keyakinan apa fotografi boleh lakukan untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Anda tidak perlu menjadi seorang jurugambar perkahwinan UNTUK menjana pendapatan lumayan serta diterima oleh komuniti antarabangsa. Ada banyak cara lain yang telah Saiful Nang sendiri gariskan potensi untuk seseorang penggemar fotografi lakukan. Keterbatasan untuk seseorang fokus kepada satu arah sahaja menyebabkan Saiful hanya menumpukan kepada satu jalan sahaja. Bagaimanapun, peluang di bahagian lain-lain boleh dilihat jelas oleh beliau dengan pemikiran yg sensitif tentang peluang perniagaan. Antara yang beliau akan kongsikan dalam BIP (Business in Photography) adalah cara beliau menjual stok fotogarfinya kepada koleksi stok mikro di internet. Pelajari juga bagaimana beliau berjaya menjual gambar-gambar koleksi percutian peribadinya sehingga dapat memberi pulangan yang sangat baik secara tidak langsung.

Banyak lagi peluang yang belum diterokai dalam fotografi sekiranya anda berminat untuk menjadikan fotografi sebagai punca pendapatan anda. BIP adalah jawapan melalui perkongsian seorang yang telah melakukannya dengan jaya. Berikut adalah golongan yang sepatutnya hadir ke workshop BIP ini

  1. Penggemar fotografi sambilan tetapi berhajat membuat residual income (pendapatan pasif) dalam fotografi sambil terus menjalani hobi dalam fotografi.
  2. Berminat untuk mengembangkan perniagaan fotografi sehingga melangkau cakupan tempatan untuk menjadi jurugambar antarabangsa.
  3. Berminat untuk menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan.
  4. Berhajat menaiktaraf tahap ekonomi keluarga dengan fotografi
  5. Jurugambar professional yang telah menemui titik mati untuk jadi lebih maju dan lebih ke hadapan.

PROFIL JURULATIH

Sebaik-baik guru ialah PENGALAMAN. Pelajari selok belok pengalaman dari mereka yang telah melakukannya untuk anda lebih berjaya lagi. Pelajari bagaimana dengan bermodalkan kretiviti dalam mencipta satu arus kelainan dan hanya RM90 sebagai modal mula, beliau mampu mejadi seorang jurugambar antarabangsa yang disegani. Pastinya ia memerlukan strategi yang kemas dalam perniagaan. Pelajari rahsia bagaimana beliau dilantik menjadi jurugambar perkahwinan diRaja hanya dalam bulan ke-9 beliau dalam fotografi, mendapat tugasan luar negara pertama seawal bulan ke-3 dan banyak lagi. Sila lawati laman web beliau di www.saifulnang.net untuk anda lihat sebahagian kecil dari ribuan karya-karya beliau.

Semua orang mampu mencipta sejarah. Letakkan nama anda sebaris dengan fotografer-fotografer hebat dunia dan mulakannya dengan satu strategi yang baik. Ramai fotografer yang sangat bagus hasil kerjanya belum mampu ke mana-mana kerana mengalami kesukaran dalam meletakkan produk perkhidmatan mereka di mata pelanggan yang berpotensi.

MAKLUMAT PROGRAM

Instructor : Saiful Nang

Venue : SNAP Gallery, Puchong

Objective : Memberi pendedahan melalui pendekatan “coaching” bagaimana untuk memulakan perniagaan dalam fotografi, dan bagaimana untuk membawa perniagaan itu ke peringkat tertinggi melalu strategi-strategi yg kemas sehingga ke peringkat antarabangsa.

Tempoh : 8 jam

Topik :

  1. Memulakan perniagaan
  2. Bagaimana mendapatkan modal mula tanpa pinjaman bank atau Ah Long
  3. Bermula kecil-kecilan dengan strategi pengembangan yang kemas
  4. Penjenamaan pintar
  5. Pemasaran pintar
  6. Pembinaan reputasi dan nama baik
  7. Mengenali pasaran
  8. Pengiraan kos yang efektif
  9. Memenangi persaingan dalam persaingan harga yang tidak sihat.
  10. Menjadi jurugambar Malaysia yang menerima bayaran dalam matawang asing.
  11. Pengurusan kewangan
  12. Pengurusan pintar
  13. Pengurusan sumber manusia
  14. Penyelesaian masalah / organizational behavior / gossip / musuh tradisi / pesaing sambil menjaga keuntungan organisasi
  15. Persaraan pintar – Let Your Images Work for You.
  16. Lain-lain  – ON DEMAND (if you raise your hand and ask)

Peserta : 20 pax maximum per session

Yuran : RM 800 (Untuk batch Pertama SAHAJA : RM550)

Gifts :

  1. T-Shirt
  2. Lunch
  3. Certificate of Attendance

GET TICKET HERE




Saiful Nang