Siva & Dr. Shamini by Saiful Nang

Click this link and join my fan page of Saiful Nang in facebook. There u can see more images of this wedding. Click this link now http://www.facebook.com/pages/Saiful-Nang/25409635957

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too




Newborn : Rania

Ramai orang tanya, saya tak shoot baby ke? Saya pernah jawap, saya cuma shoot anak sendiri sahaja. Masa tu belum ada passion untuk memotret newborn. Bidang pengkhususan saya pun dalam Wedding & Portrait sepatutnya tak ada masalah nak ambil potret. Cuma handling untuk newborn atau kanak-kanak ni agak lain macam sikit. Mereka fragile tetapi keunikannya ialah mereka sangat natural. Mereka tak pandai berpura-pura. Yang mudah ialah, untuk shoot newborn, tak perlu ada pengarahan cuma sekadar penyusunan. Selebihnya, mereka akan lakukan apa sahaja yang semuanya akan kelihatan sangat comel dan innocent tetapi kesabaran dan passion yang tebal adalah dituntut dalam bidang fotografi ini. Newborn belum lagi boleh memahami arahan, jadi cara pengambaran juga perlu mengikut mood mereka. Kalau tidur, gambar tidur lah kita dapat. Kalau berjaga, gambar berjaga lah pula. Dan kalau menangis, gambar menangis juga kita dapat. Apapun yang mereka buat, newborn sangat istimewa kerana mereka akan kelihatan sentiasa natural.

Kepada yang berminat untuk hire saya for newborn photography, sekarang saya sudah boleh buka tempahan untuk newborn (0-2 bulan sahaja) dengan fee professional bermula RM4,500 termasuk sebuah album ekslusif 20 muka surat. Buat masa ini, saya hanya boleh menerima maksimum 2 tempahan sebulan sahaja dan hanya untuk masa shooting pada siang hari biasa (weekdays). Untuk inquiry boleh email saya terus di saifulnang@candidsyndrome.com

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too




SN in Singapore

Hi all, I’ll be in Singapore for a talk. This time, I’ve been paired with another 2 talented photographers in their niche. I’m honored to be in the list. Thank organizer for putting me in the list. That will be my first seminar in Singapore involving me as 1 of the speakers. InsyaAllah, for the next time, I’ll be organizing a dedicated workshop of photography in Singapore but it’s limited to 30 people only. This time around, the limit is 200. The ticket is running out fast. Come and grab the ticket before it last.

Here are the details;

Seminar Fotografi 3 Ikon
Mio Cade | Saiful Nang | Chot Touch

Ahad, 16 Mei 2010
Auditorium Masjid Sultan
9pg-4ptg

For inquiries please call:

Haslan – 91826646
Eimbrunt – 96669850
Mai SB – 97828892

or email haslan@yahoo.com




Hari ni SN jawap gossip….

Kesemua gossip dan soalan-soalan serta desas desus di bawah ini saya jawap dari ajuan serta pertanyaan dari message-message facebook dan juga email, SMS serta maklumbalas clients yang datang ke office CS untuk melanggan perkhidmatan kami.

  • Betul ke SN pernah maki clients? Betul….
  • Mengapa? Pasal saya juga manusia biasa yang boleh marah apabila maruah dipijak. So far ada 2 orang clients sahaja dalam sejarah yang saya pernah sampai peringkat halau dari ofis dan juga sampai tercarut lah juga. Saya tak pandai pura-pura, saya juga bukan seorang businessman yang bagus, saya cuma seorang “seniman” yang mencintai seni fotografi. 2 kejadian tu pun berlaku apabila maruah saya dan kerjaya saya termasuk hak-hak saya dipijak dan diperlekehkan. Tapi biasalah, kalau 2 orang ni bercerita diluar pasti mereka tak cenderung langsung nak cerita SEBAB MENGAPA sampai jadi begitu. Jadi clients kepada penggiat seni tak sama seperti beli barang yang mana kuasa terletak pada tangan pemegang duit. SebagaiĀ  fotografer, kalau saya ambil sahaja duit walaupun maruah dipijak, hati di dalam rasa membara…macammana saya nak ambil gambar mereka dengan baik? chemistry antara saya dan subjek sudah hilang….gambar saya akan jadi sekadar gambar yang kosong.
  • Betul kah album CandidSyndrome lambat siap? Occassionally yes. Pernah pada tahun 2008 dahulu kita menghadapi masalah terbesar sampai ada album yang siap berbulan lamanya. Kita belajar dari kesilapan dan perbaiki cara kerja dan Alhamdulillah, perkara itu tidak berulang. Tapi tidak saya katakan tiada langsung, sekarang masih juga berlaku kelewatan. Cuma kena be fair juga kerana ada client yang hold photo-selection process sampai 1 tahun, layout approval decision ada yang hold sampai 2 tahun pun ada. Cuma biasalah, orang akan cenderung menyalahkan photographer dalam hal ini.
  • Sekarang album CS masih lambat siap juga kah? Seperti saya katakan, occassionally. Tapi lihat juga faktor-faktor lain. Contohnya, selepas wedding seasons biasa akan berlaku kelewatan. Tapi itu perkara biasa dan ia berlaku di mana-mana juga. Biasa kelewatan kita akan maklumkan pada clients. Cuma kadangkala, clients ramai yang terlalu sibuk untuk angkat telefon. Ada juga yang langsung tak sampai message walaupun dah dihantar melalui email dan handphone dan menyebabkan salahfaham.
  • Menurut puak-puak yang tidak sehaluan, orang kata SN ni terlampau meninggi diri, adakah SN rasa begitu? Itu tergantung kepada penilaian siapa yang melihat dan dari sudut mana mereka melihat. Ada orang lihat apa yang saya buat itu “inspiring others” dan ada orang lihat perbuatan yang sama seperti “show-off”. Again, terpulang kepada siapa dan dari sudut mana mereka menilai. Saya bukan nabi, saya pun buat silap
  • Adakah SN tak mudah didekati kerana SN ni tak suka bersosial? Mungkin itu tak benar, kalau begitu saya tak publish handphone number saya merata2 dalam internet dan itu juga nombor telefon yang saya ada utk private dan juga business. Saya tak pandai melepak di kedai2 kopi barat, saya tak join teh tarik gathering, saya juga tak gemar bersembang…mungkin itu buat saya kelihatan kurang suka bersosial. Komitmen saya agak penuh dengan kerja dan juga selebihnya untuk aktiviti-aktiviti sosial saya dengan projek komuniti saya di Kajang dan selebihnya yang berbaki untuk keluarga saya pula.
  • Desas desus orang kata servis fotografi SN yang termahal di Malaysia? mengapa mahal-mahal? Itu orang kata kot….rasanya mahal dan reasonable ada pengertian yang berlainan. Kalau anda bayar servis fotografi dengan harga RM300 itu kan murah? tetapi dengan nilaian kerja seperti kanak-kanak darjah 6 yang ambil gambar…adakah anda rasa ia reasonable? RM300 untuk kualiti begitu pun anda akan kata terlampau mahal. Tetapi sekiranya anda bayar RM5-7k hanya untuk sebuah majlis besar dalam hidup anda dan anda simpan kenangan terindah itu dengan sentuhan seni seorang fotografer yang mencintai seni…pastinya anda akan nampak itu satu pelaburan yang “reasonable” ataupun BERBALOI-BALOI. Sekali lagi, ini terpulang dalam sudut pandang peribadi. Kesudahannya, hanya foto yang akan anda simpan selama-lamanya. Jika buruk…buruklah ia sepanjang hayat anda, jika indah…indahlah ia sepanjang hayat.
  • Orang kata SN memilih customer yang berprofil tinggi sahaja. betul ke? Tak lah, saya masih shoot wedding di rumah flat dan taman-taman kampung. Secara logiknya, macammana saya nak pilih mereka mengikut profil mereka. Kalau mereka datang dengan Ferrari pun, rasanya mereka pun tak akan tunjuk takut-takut dikebanyakan tempat…harga berlipat ganda pula kerana personaliti dan kemampuan mereka. Kalau mereka anak Tan Sri atau Datuk Seri mana-manapun…it’s not a good idea pun utk client reveal profile mereka untuk kami tahu. Secara mentaliti pun mereka takut orang akan ambil kesempatan mengenakan harga tinggi kan? (walaupun kami tak pernah beri 2 set quotation yang berlainan mengikut status ekonomi pelanggan). Kesimpulannya, kami tak kenal pun siapa client kami, anak siapa mereka ni dll sehinggalah kami terima kad jemputan mereka seminggu sebelum hari langsung. Bagaimana nak memilih lagi ketika itu? Saya shoot semua orang yang mahukan saya shoot wedding mereka…kecuali orang-orang yang tidak menghormati dan memperlekehkan wedding fotografi itu sendiri.
  • Walaupun banyak desas desus dan juga kontraversi yang timbul, adakah SN serta CandidSyndrome terjejas? God blessed us, Alhamdulillah, orang masih menilai kami pada fotografi kami dan bukannya kontraversi yang timbul pun. Eventually, tempahan pun naik dan rezeki kami pun bertambah. Kami tak dapat halang orang berkata-kata, yang penting kita tahu apa yang kita buat.
  • SN lebih banyak ambil pendekatan BIARKAN sahaja. Adakah itu akan menjejaskan nama baik SN kerana tidak cuba membela diri? Saya tak boleh hentikan orang nak bercakap. Biarkanlah mereka bercakap. Lebih kita suruh mereka berhenti, makin hebat nanti serangannya. Perkara ni pun bukan perkara baru, sejak saya bermula dahulu pun dah ada serangan-serangan dalam bentuk fitnah dan umpat ini, tapi pada saya…saya seorang fotografer yang kalau adalah yang meminati pun hanyalah kerana fotografinya. Bukan kerana peribadi saya.

.

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPPI (USA), WPJA, B.SC Media (MMU)

CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)

Saiful Nang | Promote Your Page Too