Apprentice for CS is now OPEN!




Photog Workshop Abroad

To all budding photographers out there, if there are at least 15 of you who are interested in learning about photography, we would be more than happy to have a workshop for you. Do let us (CandidSyndrome) know and we”ll arrange the most comprehensive workshop for you delivered by CandidSyndrome photographers. It doesn’t matter if you are in Japan, Australia, England, Germany or the UAE. If you want us to go, we’ll go. As for the fees, we are happy as long as it covers the cost of the trip (e.g Flight + Hotel + Meals + Road trip = AUD2500, so the fees will be around AUD150 – applicable for my photographers only). Send me an email (saifulnang@candidsyndrome.com) and I’ll show you how the arrangement can be made.




PENGUMUMAN PENTING

Bengkel fotografi AGAH PERMADI LIVE IN KL ini BUKANNYA sessi teori separuh hari yang disusuli oleh outing  selama 1 jam pada pagi keesokannya seperti penganjur lain. Sebaliknya, WORKSHOP INI MENGGABUNGKAN SEASON 1 (BASIC)+ SEASON 2 (ADVANCE). Di Jakarta, module Season 1 (Basic) hanyalah berharga kurang RM200 tetapi untuk SEASON 2 berharga hampir RM1000.

UNTUK PENGANJURAN PHOTOSKOOL.NET….KAMI MENGGABUNGKAN SEASON 1 & SEASON 2 DALAM 2 HARI PENUH.

.

CLICK DI SINI UNTUK MELIHAT DETAIL WORKSHOP




A little gift to a little Princess…Get well soon Ayumi

My tears dropped when the mother (Fara) told us that Ayumi is going to face a hard time fighting her illness. Once she said the chances is only 20%, my crews and I can only pray to call the miracle to take place. Fara is one of our fans. As much as people appreciate us, we should appreciate them even more. Nothing much we can do except begging all the readers to raise your hand and pray for Adik Ayumi and all the children in this world to get their healthy life and growing like any others.

This is….priceless!




Agah Permadi Live in KL by CS – 9 more seats left

SNIPPET

Bila meneroka laluan, kita akan jumpa pelbagai onak dan halangan. Adakala yang kita jumpa dilaluan itu kita ambil dan bawa bersama sebagai bekalan ditempat dituju, adakala ada halangan yang mampu kita elak, dan ada yang kita perlu tampan. Ada kalanya, anjing hutan perlu dilawan dan ditewaskan, kadangkala ada pokok yang menghalang perjalanan, ada lalang yang perlu dicantas. Dalam mengharungi itu, mustahil kita tak terluka dan tercalar…tetapi jalan tetap terus jalan. Pendirian harus seteguh akar jati, dipukul taufan dibadai ribut tetap utuh berdiri. Kadangkala dipanggil…angkuh.

AGAH PERMADI – 9 MORE SEATS LEFT

Agah Permadi merupakan seorang jurugambar antara yang terbaik (finest Photograher) di Asia. Dengan menggunakan pengolahan cuaca, persekitaran dan sedikit teknologi digital, beliau mampu menghasilkan gambar-gambar yang dibeli dan dinilai puluhan ribu RM oleh syarikat-syarikat antarabangsa. Kali ini, Photoskool.Net membawakan untuk jurugambar-jurugambar penggemar aliran salon, manipulasi foto dan nature untuk bersama Agah Permadi dalam workshop sulong beliau di Malaysia pada 11 Januari 2009. Workshop 2 hari ini TERHAD HANYA KEPADA 20 ORANG PESERTA PERTAMA SAHAJA.

Untuk keterangan lebih lanjut. Sila klik gambar-gambar di bawah ini untuk anda masuk ke website rasmi workshop beliau di Kuala Lumpur. Atau taip link ini www.photoskool.net/agah




Keluhan…

Dah 6 tahun saya jadi jurugambar. Beratus jurugambar yang inginkan menjadi professional yang memohon dan hanya sebilangan sahaja yang saya mampu latih. Kebanyakannya yang saya ambil bermula hanya dengan passion dan dari segi skill kebanyakannya masih sangat mentah. Dalam lebih 20 orang jurugambar yang saya latih sejak 2005, 9 orang keluar sebagai seorang jagoan yang telah digilap namanya dengan titik peluk guru dia ni yang busuk, yang garang, yang tak ada hati perut dan macam-macam lah yang diperkatakan.

Hanya satu orang sahaja yang pernah bersama dalam team saya, yang sangat beretika sehinggalah sekarang boleh menjadi seorang photographer yang betul-betul beretika tinggi. Beliau ialah Daniel Zain. Sekarang pun beliau sibuk dengan banyak sesi fotografi di luar negara. Saya bangga kerana beliau pernah bersama saya ketika dahulu dan beliau juga sering saya jadikan contoh kepada jurugambar-jurugambar saya yang sedia ada. Walaupun beliau hanya beberapa bulan dan walaupun beliau tanpa kontrak dahulu. Tapi beliau seorang yang sangat beretika (ada adab). Masuk beliau mengadap, keluar beliau beradab dan kami masih berkawan sehingga hari ini. Beliau keluar dengan izin dan terus keizinan diberikan asalkan tidak mengganggu perjalanan kerja dan booking customers. Itulah yang saya utamakan selama ini.

Huhhhh…..(mengeluh)…

2 lagi photographer yang pernah saya garap melalui CS daripada seseorang yang langsung tiada asas dalam fotografi dan yang seorang tu, langsung tiada camera sendiri. Melihat kepada kesungguhan mereka, saya ambil mereka sebagai pelatih di CS. Saya akui requirement di CS sangat tinggi dan memang langsung tidak ada ruang untuk yang bermain-main. Saya terpaksa mengeluarkan pernyataan ini, setelah serangan secara terbuka telah diajukan kepada keseluruhan warga CS yang masih lagi berada dalam CS. Dalam sejarah jurugambar saya keluar dari CS, saya belum pernah mengeluarkan apa-apa statement terbuka sebegini. Tapi untuk kali ini, ianya pasti berlainan. Saya faham dan sedar akan consequences yang berlaku. Setelah berhari-hari, saya biarkannya terus menyerang tanpa saya (bagi pihak seluruh warga CS) membela diri. Asalnya, CS adakan satu survey online untuk pengunjung mengunjungi website setiap photographer-photographer CS termasuk yang berdua ni. Pada permulaan hari pertama, undian tidak menyebelahi kedua mereka. Mungkin bukan kerana mereka tidak bagus tetapi kerana yang lain-lain melobi votes. Sehingga ke petang hari, semua jurugambar dan warga CS di unfriend kan dalam facebook mereka. Dan di situlah mereka memburukkan suasana dengan tuduhan yang pelbagai. Beberapa jam kemudian, mereka semua mendaki carta dengan mendadak. Saya fikirkan, itu normal kerana mereka juga punya follower yang ramai dan hanya mereka yang mungkin lambat dapat info tentang online polling tersebut. Saya nampak itu tiada keganjilannya. Keesokan harinya saya ada rasa macam sesuatu yang tak kena apabila pertumbuhan carta tidak seperti yang saya gambarkan. Saya minta system admin saya berikan laporan unique visitor untuk 24 selepas online poll itu dilancarkan. Memeranjatkan, apabila jumlah keseluruhan pengunjung (unique visitors) untuk kesemua blog yang kami letakkan poll itu hanya 10% daripada jumlah undian. Kemudian, kami adakan sedikit troubleshoot untuk sebarang kemungkinan manipulasi. Dipendekkan cerita, rupanya poll system itu tidak kuat apabila databasenya boleh dimanipulasi melalui server (utk pengetahuan, mereka tahu password server kami). Bila saya naikkan jumlah vote saya, vote itu naik, bila saya turunkan…dia juga turun. Saya admit itu bukan satu yang transparent lagi, seterusnya kami merancang untuk mengadakannya lebh telus melalui survey direct kepada customers. Dalam memikirkan perkara ini, rupanya sudah banyak cemuhan dan cacian dilemparkan dalam facebook mereka berdua (thanks for hundreds of our informers…maklumlah, kami dah kena ban semuanya dari fb mereka)….

Sebagai seorang bapa yang melahirkan 2 photographer ini….

Saya termenung….

Dan mengeluh….

Susahkah nak berterima kasih? Keluar 8 dari 9 jurugambar CS dalam sejarah CS buat masa ini adalah disebabkan ketidakpuasan hati. Saya akui, saya tak dapat please semua sekali. Lagi-lagi, saya sendiri mengalami bagaimana untuk menaikkan diri sendiri dalam kerjaya saya yang pastinya BUKAN SATU CERITA MUDAH dan tak ramai mampu bertahan dengan cabaran ini. Walaubagaimanapun, pada awalnya, mereka mampu bertahan dan itu membawa mereka kepada satu julangan kerjaya yang agak hebat. Mereka juga impikan sesuatu yang sama seperti saya dan lebih dari itu, tapi soalnya…adakah mereka bisa ambil Biarlah kali ini saya ceritakannya secara lebih terperinci. Untuk jurugambar yang 2 orang ini kisahnya berlainan dari yang lain. Kalau nak cerita, biarlah kita rentet ceritanya dari mula, bukannya kepada ending sahaja.

CAMERA PINJAM

Pada tahun 2006, kedua mereka ini dibawa oleh seorang jurugambar CS (juga bekas jurugambar) dan kemudian dengan kesungguhan kedua mereka, saya benarkan mereka bersama-sama. Dalam prinsip CS, setiap jurugambar CS akan digilap sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Usaha itu perlukan strategi dan jalan cerita yang sangat sangat memerlukan ketahanan mental, kesabaran dan kebijaksanaan. Walaupun yang seorang lagi itu baru sahaja kecurian camera, dan dengan minat yang mendalam saya tawarkan beliau untuk menggunakan camera saya. Saya benar-benar latih beliau untuk mengikuti jejak saya yang hanya bermula dengan camera pinjam dan 1 lens sahaja. Sehingga pada 1 masa, beliau pula terasa mahu putus asa. Lantas saya cabar beliau untuk buat street shooting. Saya guna camera beliau, dan beliau guna camera saya dan segala lens dalam beg saya dan kita lantik orang lain untuk menilai gambar. Sekiranya mereka katakan gambar beliau lebih baik, saya akan surrender semua camera dan lens yang saya ada kepada beliau. Cabaran itu tidak berjawab, sebaliknya…beliau naik semangat dan menghasilkan banyak gambar-gambar yang hebat ketika itu. Saya bangga, anak didik saya sudah dapat stroke yang saya perolehi dahulu hanya kerana kekangan yang disebabkan kekurangan peralatan. Falsafah saya, gambar yang baik tidak semestinya datang dari camera dan lens yang mahal. Manakalah seorang lagi, lebih bernasib baik kerana masuk CS dengan segala equipment yang telah lengkap di tangan. Walaupun begitu, beliau lebih perlahan berbanding yang seorang lagi.

LATIHAN

Setiap seorang dari photographer CS mesti menjalani latihan intensif yang menyediakan mereka kepada persekitaran yang sukar tetapi penghasilan gamabr yang kreatif adalah satu kewajipan TANPA alasan. Untuk 1 tahun pertama, mereka berdua sentiasa mengeluh kerana kekurangan peluang fotografi dalam suasana wedding yang cantik. Kemudian saya tunkjukkan mereka bagaimana mereka boleh menukar satu wedding biasa menjadi satu set imej fotografi yang sangat bermakna. Saya sendiri tunjukkan kepada mereka secara action learning dalam beberapa wedding biasa. Alhamdulillah, kedua-dua anak saya ni berubah persepsinya kepada. Kerana saya sendiri tidak terus jadi photographer dan dapat wedding coverage kenamaan-kenamaan. Saya juga bermula dari wedding di rumah setinggan, rumah flat, dewan serbaguna tetapi saya sentiasa berfikir, dalam setiap perkahwinan….ada keistimewaannya tersendiri dan itulah yang saya ajarkan mereka untuk melihat sesuatu yang orang lin terlepas. Proses ini bukan ambil masa yang singkat. Lebih setahun kesabaran dan ketekunan barulah anak-anak ini dapat adapt dengan cara melihat sebagaimana mereka melihat.

JENAMA

Konsep di CS ialah, semua photographer adalah superstar yang ada jenama dan follower mereka sendiri. Dari situ, saya mula memberikan task kepada setiap mereka untuk membina laman web sendiri. 4 bulan berlalu, tiada apa yang berlaku. Sehinggalah saya fikirkan saya perlu melabur kepada seorang yang pakar dalam pembinaan website. Jangan tanya berapa banyak pelaburan CS kepada mereka. Setelah website mereka siap, saya perlukan satu mekanisma untuk menaikkan mereka. Pelbagai cara yang CS lakukan untuk menaikkan mereka. Bukan mudah bagi saya untuk meyakinkan pelanggan yang datang kerana nama saya sendiri tetapi dipujuk untuk mengambil jurugambar pelatih saya apabila saya sudah tiada kekosongan lagi. Berlalulah 1 tahun pertama dengan lebih 80% pelanggan mereka adalah dari golongan berikut;

  1. Mereka yang terlepas slot saya kerana sudah ditempah
  2. Mereka yang berbajet rendah

Pada peringkat awal, demi kepentingan pelanggan, saya tak pernah biarkan mereka bersendirian untuk ke wedding assignment. CS terpaksa bekorban lagi dengan membelanjakan sebahagian lagi kos untuk mengupah seorang lagi jurugambar associate yang dapat menjadi back-up kepada gambar-gambar mereka (sekiranya mereka tidak konsisten…walaupun sudah hampir 2 tahun dalam latihan). Ini juga bukanlah proses pendek. Sekarang, anda katalah saya jahat atau pun sial. Cuba sahaja letakkan diri anda dikaki saya. Mereka berdua bukanlah dari latarbelakang seni. Yang seorang bekerja dengan syarikat yang menguruskan visa expatriat, seorang lagi kerja buat network internet. Saya tak mahulah maklumkan berapa pendapatan mereka, tetapi cukup kalau saya katakan, terlalu rendah untuk seorang yang hidup di Kuala Lumpur. Sebagai ayah kepada mereka, saya berazam untuk melakukan apa sahaja untuk menaikkan mereka sehingga mereka boleh berdiri dengan kredibiliti sendiri dan dapat menjana pendapatan lumayan dengan fotografi. Kerana saya suka melihat mereka bekerja pekerjaan yang mereka sukai sahaja. Alhamdulillah, setelah pelbagai cara diambil, setelah banyak pelaburan dilakukan dari segi masa dan dana akhirnya mereka berjaya mendapat purata pendapatan yang melebihi seorang yang bekerja dengan kelulusan Master di public listed company. Mereka pun sudah semakin popular dan semakin popular. Teguran pertama saya apabila seorang dari mereka sudah mula tidak boleh menerima teguran setahun yang lepas. Saya ingatkan mereka dan mengatakan perkataan ini…

“I want you to finish the contract with full of responsibilities. If you ever to walk-away from here because of a few dissatisfaction, please remember, where were u before. If you can’t build it together with me, please don’t destroy it”

Teguran itu mereka terima. Pada masa itu saya sudahpun lihat ura-ura perkara ini akan berlaku tetapi masih memikirkan sesuatu yang positif. Itu sudah jadi lumrah untuk setiap yang sudah pandai itu pasti lebih susah menerima teguran berbanding dengan orang yang memang menyerah diri untuk diajar (seperti mereka awal-awal dahulu).

Sebenarnya ada banyak lagi kalau nak cerita. Pengalaman selama 3 tahun dah cukup lama untuk saya bercerita 3 hari suntuk tak habis-habis. Apapun, untuk jadi jurugambar terbaik yang dihormati bukanlah satu perkara yang mudah. Saya pun bukanlah bagus sangat tetapi saya sentiasa memikirkan untuk menjadikan jurugambar-jurugambar saya lebih baik dari saya sendiri. Selepas 3 tahun lebih, dari tidak dikenali kepada dikenali, dari tak pernah jejak kaki ke luar negara dapat peluang ke luar negara, dari tak tahu buat workshop pun dah diajarkan untuk buat workshop, dari tak ada followe sehinggalah ramai follower. Apapun yang mereka ada sekarang ini kalaulah tak mahu akui itu usaha keras CS selama 3 tahun, dan sekiranya betul pun apa yang mereka tidak puas hati itu adalah kesalahan saya yang saya sendiri tidak sedari, setidak-tidaknya…janganlah ludah semula tempat yang pernah mereka makan…kerana ada orang-orang lain yang sedang makan ditempat itu lagi.

Dah 3 cara (email, sms, YM) saya hantar untuk satu perjumpaan untuk membincangkan apakah yang mereka tidak puas hati sangat supaya ia boleh diselesaikan dengan baik. Tapi….seperti mereka yang sebelum-sebelumnya juga, mereka lebih suka….menjauhkan diri dan bercerita kepada seluruh manusia yang mereka jumpai berbanding bersemuka untuk menyelesaikan kekusutan. Dan kemudian, masing-masing hati senang dan tidak bertambah lagi musuh. Untuk pengetahuan, peluang yang diberikan kepada mereka berdua ini sampailah keperingkat mereka dilantik sebagai pengarah syarikat dan pemegang saham. Sepanjang menjaga mereka berdua, saya amati mereka tidak serasi. Tapi….dalam hal ini, mereka boleh bersatu. Bersatu untuk memusnah. Lebih hebat lagi, mereka boleh bersekongkol pula dengan mereka yang juga telah keluar. Walaupun semasa di CS, mereka sering komplen tentang mereka ini.

Sinis betul kan. Bila mereka berdua director di CS, dua-dua susah nak duduk sama berbincang tentang tugasan-tugasan yang saya berikan. Masing-masing sorang utara sorang selatan. Bila nak memusnahkan, boleh bersatu. Kan baik bersatu untuk membangun…semua orang akan gembira. Lagi sini, photographer yang dah kena buang dari CS 1st batch dulu pun tepuk tangan sambil menghulurkan kesatuan kepada mereka yang memang perlukan rakan sokongan. Bayangkanlah, sekiranya mereka ini semua bersatu dalam MEMBANGUN sepertimana mereka bersatu untuk MEROBOH, pasti mereka akan berjaya dengan kejayaan yang sangat besar. Teringat pulak kepada kes pakatan pembangkang yang boleh bergabung untuk menentang, bukan bergabung untuk sama-sama membangun.

Tanya sahaja sesiapa usahawan yang hebat dikeliling anda, tanya sahaja….5 tahun pertama dalam perniagaan…ada berapa orangkah lagi yang masih bertahan sehingga usahawan itu benar-benar berdiri dengan empayar mereka yang hebat?

Sepanjang yang saya jumpa….paling banyak 2 orang sahaja. Yang lain tidak dapat bertahan kerana 5 tahun pertama dalam terma perniagaan adalah tempoh struggle paling hebat. Semua staff dan owner sendiri dikerah keringat untuk bekerja supaya menjadi model contoh kepada staff2 yang akan datang. Selalunya mereka panggil golongan ini…PIONEER STAFF. Untuk jadi pioneer staff….bukan satu yang mudah. Sekiranya anda tidak kuat mental, saya nasihatkan anda, jangan bekerja dengan syarikat yang kurang 5 tahun operasinya. Saya pandang itu satu perkara yang normal. People come and people go…never been a big issue. As long as I’m still here…CS will still there…alive.

Di sini juga, saya ucapkan terima kasih kepada semua supporters CS dari kalangan customers mahupun photographers yang sentiasa bersama-sama saya dalam keadaan susah mahupun senang. Yang berlaku kali ini, hanyalah semata-mata satu lagi cabaran yang perlu ditempuh bersama-sama. Inilah dia…kehidupan.

Untuk 2 orang photographer saya ni…silalah berjumpa dan kita selesaikan dengan baik. Untuk kebaikan bersama.

MY STAND – MUST READ

Minta maaf, apa yang dikeluh kesah BUKANNYA menghalang orang lain untuk maju dengan keluar dari kontrak. Tetapi CARA COURTESY YANG SANGAT GAGAL. Sebab itu saya sekali lagi highlight kan Daniel Zain yang berjaya menjadi jurugambar antarabangsa dengan attitudenya. Beliau nak maju ke hadapan dgn keluar dari CS ketika itu tetapi dengan cara yang baik. Tetapi berlaku dengan cara KURANG AJAR keluarnya 2 orang yang saya maksudkan dalam cerita ini. SEKALI LAGI….INI BUKAN SOAL NAK MENGHALANG ORANG UNTUK MAJU, TETAPI INI IALAH KELUHAN SEPERTI MAHATHIR…..MELAYU MUDAH LUPA!

Kalau anda tak faham. Anda tunggu sampai anda merasainya. Anda pasti akan faham ketika itu. Setidak2nya, anda faham apabila anak yang anda besarkan dari kecil hingga besar, dah mula melawan cakap anda dan lari dari rumah. Lari dari rumah tak sama dengan mintak izin mak bapak untuk merantau. Walaupun bendanya sama….membawa diri.

.

SN




Rags to Riches 6 – My first SALE

When I was still in the estate life. Everything was wonderful. Siva, Sara (Saravannan), Murthi and our new members in the syndicate…Liteng. We never care about races, eventhough I frequently use this words “Woiii Keling…” to Siva, Sara and Murthi. There were a lot of interesting topic to talk to. Among all that most interesting topics was Siva’s favorite topic…

Siva : Ehh..kenapa orang melayu kena potong?

SN : Ntah…taktau, tapi ayah saya cakap, kalau tak potong tak boleh kahwin

Sara : Tapi bapak saya tak potong pun boleh kahwin tau

SN : (cricket sound…)

Siva : Sakit tak??

Liteng : Sakittt lahhhh weiiii…kena potong organ badan.

SN : Engkau dah potong ke Liteng?

Liteng : AKu taknakkkkk….baru tersepit zip pun dah nangis.

yada yada yada bla bla bla

So…that was the life for so many years until I was 6th. Among the best activities we normally ventured together was…MENGGAGAU (catching fish by using hand). We started to get fun at a lot of canal. That’s where we can get a lot of haruan (snakehead fish). We started very amateur. Came home with only a few sepat fishes in hand. In the real fact, we’ve been scolded with our parents more than the praise of bringing home the fishes.

A year after, we eventually turned professional (heheheh). We started to use mosquito net to catch big fishes. That was the time we only want haruan, keli and limbat. Below 100g fishes will be released to the river. I still remember, 1 fine day, we catch a lot of fishes. Mostly are haruan.

On the way to go home, I must go through Cik Yahya’s house. He just got a baby during that time. Her wife just gave birth to a cute baby. 1 afternoon, we went home together with the fishes. When I arrived at Pakcik Yahaya’s house, then he asked me;

PY : Besar ikan?

SN : Boleh lah sikit-sikit jer haruan

PY : Makan ke kat rumah tu?

SN : Makan jugak, tapi stok minggu lepas pun banyak yang mak tak masak lagi.

PY : Ooooo….(fikir)….jual kat Pakcik Yahaya lah.

SN : Jual?? apa tu?

PY : Jual tu…awak bagi ikan tu, nanti PY bagi duit macam ni (sambil tunjukkan duit).

SN : Duit tu boleh buat apa PY?

PY : Macam-macam, boleh pergi kedai dan makan apa-apa sahaja yang nak.

SN : Boleh jugak…

(DEAL …!!)

That was my first sale. Pakcik Yahaya paid me with RM1 for 3 fishes.  Once i arrived home, my mom started to interrogate me. She worried if i got the money from some dirty ways. Thank god, my mom was very understanding. That was my first sale (by accident). And at the same time, that’s the time for me to have my first tabung.

Kata orang-orang tua, perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama

** Spelling semua belum check lagik

.

SAIFUL NANG – MPA (UK), WPPI (L.A USA), B.SC (Hons)(Media) Film (MMU)
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)




AGAH PERMADI – Live in Kuala Lumpur

Agah Permadi merupakan seorang jurugambar antara yang terbaik (finest Photograher) di Asia. Dengan menggunakan pengolahan cuaca, persekitaran dan sedikit teknologi digital, beliau mampu menghasilkan gambar-gambar yang dibeli dan dinilai puluhan ribu RM oleh syarikat-syarikat antarabangsa. Kali ini, Photoskool.Net membawakan untuk jurugambar-jurugambar penggemar aliran salon, manipulasi foto dan nature untuk bersama Agah Permadi dalam workshop sulong beliau di Malaysia pada 11 Januari 2009. Workshop 2 hari ini TERHAD HANYA KEPADA 20 ORANG PESERTA PERTAMA SAHAJA.

Untuk keterangan lebih lanjut. Sila klik gambar-gambar di bawah ini untuk anda masuk ke website rasmi workshop beliau di Kuala Lumpur. Atau taip link ini www.photoskool.net/agah




KOSMO! – CandidSyndrome ke Australia.

KUALA LUMPUR – Colours of Asia Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan khidmat fotografi potret dan perkahwinan tempatan jenama Candid Syndrome, merancang meluaskan sayap ke Australia bermula tahun 2010.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Jurufoto Utama Colours of Asia, Saiful Nang, sebanyak lima buah studio fotografi dijangka dibuka di negara tersebut iaitu di Perth, Adelaide, Melbourne, Sydney dan Brisbane dengan kos perniagaan yang melibatkan pelaburan AUD$300,000 (RM945,207) setiap satu studio.

“Berkonsepkan fotografi studio dan bukannya fotografi perkahwinan seperti yang diamalkan di Malaysia, perniagaan di Australia akan bermula di Perth pada bulan Jun 2010.

“Kami menyasarkan menjelang tahun 2013, kelima-lima studio ini akan dibuka dan memulakan perkhidmatan,” kata Saiful ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya yang terletak di Puchong baru-baru ini.

Setelah bertapak kukuh di kelima-lima cawangan itu, tambah Saiful, beliau akan menawarkan program francais bagi memperluaskan lagi perniagaan di negara terbabit.

(Selebihnya kena beli naskah Kosmo hari ini)

More than the news in business section today, I’m glad that my idea to expand has attracted the business community to put it on the media. Thank Johanna for the write-up. I owe u big time. Alhamdulillah, this morning alone, I received 2 calls from 2 interested investors (Both are Chinese) who wish to take part in this project. When I asked what make you dare to invest on my idea? They said…because the business model is good and your track record is great!

As a person that never care about race, I told them…I’m glad to consider, however…I have to say sorry as for the time being, let me do the ground work on my own blood, sweat and tears first.  THen they’ll come in the expansion stage.

I remembered those day when I was about to start photography. I only have RM90 left in my pocket. That’s the whole money I have with more than RM30k debts with the old business that didn’t work well. Then I started to grow little by little until I gain what i have now. Only then, I know the value of every single cent. This is really sweet. How I wish my late mother is still here now, looking at me…looking at what I’m doing. Thanks Emak!

.

.

REAL-X – REAL CHALLENGE FOR A PHOTOGRAPHER.

Last week we traveled to the north and we explored the route and some unusual places for us to create unique pictures for our challenging clients. Attended by 5 participants other than 10 crews of CandidSyndrome, it was a fantastic but tiring trip. Looking at these images, I think I’m not tired anymore.

One of our spot in an unusual place for a pre-wedding pictures. Dealing with machine, tricky lightings, white dresses on oily surfaces but this is one of my favorite from the first day.

.

This is for me a normal pre-wedding pictures. I just put it here as I want to tell people that I also can shoot any conventional way of Chinese Pre-wedding portrait. I’m welcoming Chinese fans to hire us for your pre-wedding. We can sit down and discuss more about the idea. Because in CS, I love to explore more and more new ideas

.

Dancing – This involve a little choreo, Intan and I attended salsa and Caca dance classes in our Star Cruise Holiday last year. Sheryl looked good in that dress. Thanks a lot to Putra (Cosry) for that wonderful dress. That is the same dress used by Bunga Citra Lestari in her wedding.

.

And finally, here are my very able team members. From left SALHA, my all rounder manager / PR & PA (sometimes), AZIZI LEE,  my recently promoted photographer for CandidSyndrome. 2 years in CS already, KHAIRUL HAZWAN, one of my best photographers, HAFIZ ATAN, my newly promoted photographer with a huge talent in arts (including menyanyi….err…stop it) and MASH, Senior Photographer cum CS chief studio.

Not in the pictures, FAIZAL RAHIM, he was holding the light stand this time. He’s my talented photographer and editor in CS. TARM, our system developer, AZRENE the producer and WEIMING, the editor and last but not least…the photographer…hmmm…ME!

CandidSyndrome happened because they are happening!

.

SAIFUL NANG – MPA (UK), WPPI (L.A USA), B.SC (Hons)(Media) Film (MMU)
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)




Buah tangan dari utara

Thank God, finally the 3 hectic and extreme experience in shooting with CandidSyndrome is over. It was a real hectic program with loaded of experience to bring home by all the participants. Thank Agah Permadi for the machine called “Alat Semprot” so I can get the above picture naturally.

For those who may ask how to photoshop the picture above, my answer is…this is not photoshop. You want to get fog you have to get the place where the fog is available. Normally in the early morning. If not, we still can do it just like any other movie effect. We went for the Real-X program with 10 crews from CS, 5 participants (2 Singapore, 1 Germany, 2 Malaysian) and 1 make-up artist. In the end of the program, we didn’t home with the same number as 1 participant from Singapore left the program due to the inability to adapt with the extreme hectic and discipline of works. However, another participant from Singapore remains in the program till the end.

Mashelmy, Faizal Rahim and Tarm alternately our van drivers. We rented 2 Pregio vans that can load 16 people inside it with a tone of lighting equiments, lenses, cameras, tripods, lighting stands, workstations, ration, personal luggage and many more. There are a lotttt more story to tell about this. Wait for the full video of this program to be uploaded later.

As for now, enjoy this picture.

.

SAIFUL NANG – MPA (UK), WPPI (L.A USA), B.SC (Hons)(Media) Film (MMU)
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)