STATEMENT SETELAH LEBIH 2 BULAN SAYA QUIT DARI CC
Pembukaan : Sebuah pertubuhan atau pakatan mesti telus dan mempunyai perlembagaan bertulis supaya apa-apa masalah ia boleh dirujukkan ke dalam perlembagaan. CC bukan persatuan berdaftar, perlembagaan hanya melalui apa yang termaktub di dalam website. Saya sangat tegas dalam usaha menaikkan martabat kerjaya fotografi dan CC pada mulanya selari dengan visi tersebut. Malangnya, apabila ia sudah dipolitikkan, bila ada yang tidak layak juga bernaung, apabila nama buruk orang yang tidak layak itu mencalar kredibiliti mereka yang berkarisma dalam pasaran, apabila perlembagaan hanya pada budi bicara dan tidak tegas menekankannya pada asas yang berdokumen, itu lah sebab mengapa saya lihat CC sudah tidak relevan dan mengambil keputusan untuk keluar. Berikut adalah cerita secara detail…
………………………………………………………………………………………………………………………………
Saya tak mahu menipu orang. Itu lah jawapan ringkas bila orang tanya saya kenapa saya tiada lagi di CC. baca penjelasan ini sehingga habis.
Desas desus bertiup kencang dengan kencing kencingan orang yang tak senang duduk. Dulu saya bersama CC (Sekumpulan jurugambar Elit yang mahu dilihat berbeza dari jurugambar-jurugambar lain). Di sini saya nyatakan betapa hebatnya visi CC (No doubt) untuk memartabatkan kerjaya jurugambar perkahwinan elit. Ini kan kata-kata orang kat bawah pokok (refer cerita pasal sok sek). Kalau yang jenis tak luak tu tak kisah, tapi kalau dah melibatkan periuk nasi dan maruah takkan kita biarkan sahaja orang terus terusan menabur pasir ke dalam periuk nasi kita kan? Sampaikan customer datang ofis pun ada yang cakap “Photog CC tu ada cakap you tak bagus sebab tu u kena singkirkan?” (bukan seorang, tetapi beberapa orang…hehehhe. Saya geleng kepala). Jadi, biar saya jelaskan mengikut kronologi.
Lihat sahaja syarat ketat keahliannya. Pengasas kumpulan ini Min menjemput saya untuk beserta dalam gabungan tersebut. Atas dasar menaikkan status industri fotografi perkahwinan ini, saya menyambut pelawaan beliau dengan baik walaupun kami tidak sebulu dalam banyak hal. Tapi apa nak kira sebulu atau tidak, visi nya jelas dan menarik untuk kami dalam gabungan itu, tolak saja rasa peribadi yang lain. Satu syarat yang saya kenakan ialah, please don’t do politiking in the union. Biasalah, ini masalah orang kita yang tak pernah berjaya berpersatuan kerana bakal ada yang gila kuasa, gila nama, gila glamer dan gila sewel. Min dengan baiknya menegaskan…No, I will not allowed anyone to do politiking in CC.
Then…saya setuju!
Then I questioned, why the terms are so gila-gila ketat? (rujuk print sceen di bawah) Azmin answered…because we only want the best in Malaysia in the union. Then I asked soalan maut…
“We’re required to shoot AT LEAST 2 CELEBS WEDDING?? But what Syahrin Aziz and Iskandar Ibrahim is doing in the group? they didn’t fulfil the requirement right?”. The founder answered…takpe, the rules will be applied later, they have their own followers, we don’t want them to be out of the group.
Me : Takpe lah kalau macam tu. I really hope, that was the last time we allowed members to break the rules created by CC. I’m very strict to the b/w in CC. Whatever we have decided and agreed must be followed. Bukan senang-senang saja nak tukar.
1st meeting happened in Hotel Singgahsana attended by most of us except Syahrin Aziz. We were discussed about many things. Then, CC website up…and people start to put the banner in their official websites and blog except for two. Ikram & Iskandar. Well…tak kisah sangat pun. Ikram is a well known wedding photographer that need no website to promote his fantastic work. While Iskandar Ibrahim, took more than 6 months to hang the banner. While others have given thousand of traffic inside the website, someone were so comfortable getting customers from other friends. Fine…taknak berkira sangat. Rezeki masing2.
When I raised the issue, he (Iskandar) got protected by the founder of the group. Then i smelled that Politiking is now exist in CC. I was decided to stepped out already. I told a few of of us in CC my intention and they said…
“Tak payah quit lah SN, CC is you. You bawak more than 80% traffic to CC tau. So, CC badly need people like you…”
Saya tangguhkan niat dan cuba lihat apa yang akan berlaku kemudian. Pada kira-kira penghujung tahun lepas, 3 orang dari AHLI CC TERPAKSA SURRENDER OFFICE / GALLERY / PREMIS perniagaan mereka ekoran kelembapan ekonomi dan mereka adakan meeting untuk menggubal undang-undang kemasukan ahli baru. Lihat syarat no.6 di bawah (diambil dari website CC)…

Jelas berlaku politiking ataupun pilih bulu. Bila sebahagian mereka sudah tidak menepati syarat, bukan undang-undang perlu digubal, tetapi mereka harus berundur. Puluhan jurugambar…sekali lagi saya ulang PULUHAN jurugambar di luar yang lebih hebat dan masih lagi tidak dibenarkan memasuki CC atau sebahagian besarnya, tak pernah fikir pun nak masuk CC sementara yang di dalam dah 3 orang hilang kelayakan. No Action Taken! Saya tak nafikan orang seperti Syahrin Aziz tidak memerlukan sebuah pejabat atau gallery, beliau sudah pun mencipta namanya sendiri walaupun tanpa CC. Syarat ketat di atas itu diadakan UNTUK MENGAWAL KUALITI AHLI kerana yang mencapai kesemua syarat di atas hanya lah yang TERHEBAT dari kalangan yang TERBAIK. Woww…dengar pun rasa kagum. Tapi…fikirkan semula…tak semua pun yang hebat.
Tetapi dari mula pun dah ada beberapa yang tak cukup syarat dibenarkan beserta. Di pertengahan bila ada yang sudah terlucut kelayakannya masih terus berada di situ tanpa sebarang tindakan. Kita ada email group dahulu, dalam email itu, saya pernah menegur juga beberapa kali tentang ini tapi tidak di endahkan.
Manakah pergi perkhabaran bahawa CC itu sebuah pakatan yang HEBAT??
Saya menarik diri dengan sukarelah tetapi bersyarat. Saya katakan kepada 8 ahli yang lainnya supaya ia tidak diungkit di luar sehingga menimbulkan desas desus yang memalukan saya dan menjejaskan nama baik. Sekiranya berlaku, saya akan mengeluarkan kenyataan ini secara terbuka SEBAB MENGAPA SAYA TARIK DIRI DARI CC. Sekurang-kurangnya…ditempat yang saya tahu.
Sekarang, jika anda fikirkan CC itu hebat?? Fikirkan semula kerana…bila ada double standard dalam mematuhi syarat2 yang ditetapkan, tak mustahil…yang TAK BAGUS juga boleh terlepas dan menumpang aura dari kehebatan rakan-rakan lain.
Saya tak kata SEMUANYA tidak baik, sebahagian dari mereka sangat professional dalam hal ini. Sekiranya anda berniat untuk mengambil pakej dari Manggis Production, Ikram Ismail, Adan dan Syahrin Aziz…saya jamin mereka tak akan mengecewakan anda.
Yang penting, saya keluar dari CC kerana…
- Tidak mahu terus menerus menipu dan menggula-gulakan orang tentang kehebatan yang sebenarnya wujud pada hanya sebahagian ahli sahaja, yang lainnya…jadi penumpang.
- Tak ada masa untuk melayan politiking, double standard, pilih bulu dan macam-macam lagi yang tak sepatutnya berlaku dalam sebuah organisasi yang dikatakan professional.
- Ramai yang lebih berkelayakan di luar sana masih berdiri tanpa CC.
- Saya nak tumpukan kepada prestasi kerja saya dan tidak ada masa nak melayan karenah politik dalam pakatan yang sangat kecil dan tidak mendatangkan apa-apa faedah besar.
- Tak produktif, banyak sangat meeting tapi kerja tak jalan langsung. Jadi lebih baik saya beri tumpuan kepada apa yang saya ada. Takpe lah…tak jadi “Jurugambar Elit” pun tak kisah lah.
- Tidak mahu jadi pakatan bongkak tetapi kosong pengisian.
- Saya tak mahu lagi menipu fakta mengatakan SEMUA ahli CC hebat walhal, hanya sebahagian sahaja yang benar-benar hebat yang lainnya hanya menempel.
Jadi kepada yang soksek bukan2 pasal sebab saya mengeluarkan diri (bukan dibuang atau dipecat ataupun hilang kelayakan). Semuanya hanya untuk memberikan tumpuan tidak berbelah bahagi kepada pelanggan-pelanggan serta bakal-bakal pelanggan saya sekarang. Dah lah dalam ekonomi gawat ni, masa yang ada pun jadi suntuk sangat, tak sempat betul lah beb nak main politik.
Seperti yang anda semua kenal, saya bukan orang yang suka belok-belok, kroni-kroni, bawah meja atau macam-macam gelaran yg negatif. Saya suka ambik gambar wedding kerana dalam wedding, customer suka dia datang hire saya walaupun orang kata macam-macam dan saya pun happy kerana saya pun tak perlu main politik dan terlibat dengan apa-apa rasuah untuk dapatkan job wedding hehehehe.
Keluarnya saya dari CC, buka ruang yang lebih besar dan melegakan kepala otak dan urat saraf dan saya kembali bebas seperti dahulu kala.
I rest my case 😉
SN
…………….
All comments will be approved / disapporved solely based on the blog owner consideration. I’ll not liable to whatever statement/s made by the comment posters.