Wedding Promotion – Final Call!

Photography by Bahar, PhotoCamp 2
Photography by Bahar, PhotoCamp 2

This is to announce that, due to overwhelming respond by our supporters, we are almost to the promotion quota. We’ll be extending this promotion for another month. Which means…BOOK IN MARCH FOR YOUR WEDDING ANYTIME THIS YEAR in order for you to enjoy this rate. Act now…before it’s too late.




Sharifah Wajihah Wafa & Mohd Azmil Awaluddin – Manjung, Perak by SN

This time saja nak tukar angin. I tried to convert the pictures to black & white. This wedding happened in Manjung Perak. It took me 3 hours drive from KL to Manjung. Night before, I have some charity works at Rumah Pengasih until 3.30am and get some rest until 6.30am and start to drive to Manjung. It was a hectic day but photography is my ecstacy. I drove from KL to Teluk Intan and finally kalah juga. I have to change driver. Since my assistant photographer just got a license a day before, then I appointed my apprentice to drive the car for another 50km. There I got my sleep hehehe. Thanks Wazien (Jiha’s brother) for appointed me as the official photographer for her sister wedding. Even sweeter….it was a surprise by the brother. In the beginning, Jiha just appointed my senior photographer which finally the Wazien quitely made different arrangement (since he know that her sister love my work…hopefully I’m not making anyone disappointed heheh). Thanks again Wazien…finally! But…I missed the best chendol in Malaysia lah. By the time nak pergi kat chendol jer semua dah bungkus. Melepasss….itulah gara2 falsafah “Save the Best for the last” hehhe.

3.00pm I made my move to KL for another wedding at Dewan Perdana Felda. Managed to reach Dewan Perdana by 6.00pm, (1 hour early than schedule…that’s what we always do). Life is so much fun with this hectic schedule…because I love wedding photography.

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




I miss my blog…

.

Dah hampir 2 bulan blog ini sunyi. Tak seperti dahulu saya boleh secergas seperti saya belum ada apa-apa tanggungjawab besar. InsyaAllah blog ini masih lagi akan memaparkan wedding-wedding photo tetapi dalam masa yang sama juga, saya juga akan menjadi seperti CEO lain yang kekurangan masa dalam hidup seharian mereka. Bukan nak kata 24 jam itu tidak cukup, tetapi 24 jam yang diberi itu digunakan sehabis baik. Saya tak boleh cakap “bila saya free nanti saya update blog…” kerana saya dah lama tak ada masa free. Tapi apa yang boleh saya buat, saya akan masukkan blogging ini sebahagian dari rutin saya nanti.

Ada pembaca yang dah lari…tunggu dulu, jangan merajuk kerana blog tak update. Lebih 30 email minggu ni sahaja bertanyakan tentang kesihatan saya. Terima kasih kerana risaukan kesihatan saya. Tetapi saya sebenarnya memang sihat walafiat dan blog ini sunyi bukan kerana masalah kesihatan, tetapi ada tumpuan yang lebih utama untuk saya berikan tumpuan. Alhamdulillah, selepas pelancaran ThePhotoMama.Com, kini saya dah menjadi 2 kali lebih sibuk dalam perancangan juga penyediaan bahan-bahan pembelajaran untuk ibu-ibu yang minatkan fotografi.

Semalam juga, saya telahpun secara total menghabiskan season 1 PhotoCamp ke-4 yang diadakan di Janda Baik Pahang. Tempat baru, semangat baru dan ada sedikit pembaikan dalam format berbanding dgn photocamp yang lepas. Hectic selama 3 hari itu memuncak dengan kurang tidur, kurang rehat tetapi….makan….tak kurang (in fact terlebih pulak).

Keadaan ekonomi tak berapa baik, saya tersentuh melihat satu persatu rakan juang saya dalam wedding fotografi kecundang dalam menghadapi kegawatan ini. Ada beberapa yang tutup kedai, ada beberapa juga yang kembali menjadi seorang freelancers tanpa pekerja mahupun pejabat. Tetapi Alhamdulillah, CS masih bertahan dan hanya sedikit sahaja terjejas. Tidak ada pengembangan dan juga penguncupan dalam ekonomi CS dan hanya bertahan (maintain)…itu pada kami dah cukup baik. Rahsianya….sebenarnya, anda lah yang menunjangi ini. 95% pelanggan sekarang ini datang dari golongan pembaca tegar blog ini dan juga rakan-rakan baik mereka. Terima kasih semua.

Saya berjanji, blog ini tidak akan mati. Saya akan terus menulis walaupun sekiranya saya sudah menjadi seorang bilionnaire (amin)

Love,

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Budaya Subsidi

Mungkin kali ini agak panas dan sinis juga untuk sebahagian orang. Saya petik semula peristiwa sebelum pelancaran Universiti Multimedia, Cyberjaya sebagai universiti swasta pertama negara oleh Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah pada sekitar 1998. Ramai NGO dan juga golongan anti-kerajaan yang menjadikan itu sebagai isu dan polemik kepada barisan kepimpinan ketika itu. Bukan isu politik yang saya mahu ke utarakan sebaliknya, isu tentang subsidi. Benar…tentang subsidi.

Multimedia University merupakan universiti pertama yang kerajaan anugerahkan lesen serta kebenaran beroperasi sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf universiti di Malaysia. Ini memetik dari pengumuman Tan Sri Rashdan Baba, Telekom semasa mengumumkannya dihadapan lebih 200 orang mahasiswa angkatan pertama MMU (yang mana saya adalah salah seorang darinya). Sekali lagi, ini belum isunya lagi. Isunya ialah, tentangan dan sebahagian polemik yang membawa visi peribadi oleh sebahagian NGO dan juga barisan yang memasang hajat menggulingkan kerajaan pada ketika itu ialah tentang bagaimana Tun Dr. Mahathir memperkenalkan UNIVERSITI SWASTA yang pasti beroperasi berlandaskan perniagaan dan keuntungan. Pastinya, pelajar perlu membayar kepada universiti tersebut utk melanjutkan pelajaran. Dibiarkan sahaja isu itu berlalu sahaja sehingga satu ketika, puluhan universiti swasta terbina dan membentuk satu generasi berkualiti.

Soalnya, mentaliti masyarakat masih rata-rata mengharapkan subsidi dan lebih berharap kerajaan memberikan mereka keselesaan tanpa banyak usaha secara peribadi ke arah itu. Soal mentaliti bukan soal sehari dua untuk mengubahnya, malah mungkin puluhan tahun perlu di ambil untuk perubahan ini dan ianya perlu dilakukan secara evolusi berbanding secara revolusi. Biar kita bermula sekarang menjadi generasi bebas subsidi. Sekiranya kita tidak dapat 100% sekurangnya anak kita akan jadi lebih baik pada zamannya nanti.

Apakah yang terlintas dalam fikiran saya untuk bercerita tentang perkara ini? Saya juga tak terlepas menjadi cemuhan, ejekan dan tuduhan-tuduhan lantaran siri PhotoCamp saya dan juga ThePhotoMama.Com yang mendapat tentangan segelintir kecil dari masyarakat. Mereka masih bertanggapan ilmu harus diberi secara percuma. Dalam siri PhotoCamp saya, caj yang dikenakan adalah RM1,500 secara purata untuk setiap peserta. Dan purata perbelanjaan untuk setiap peserta termasuk resort, dan bayaran yuran professional kepada semua jurulatih yang terlibat ialah pada sekitar RM1,279. Saya rugi RM278 untuk student package, dan juga rugi RM179 untuk early birds dan saya untung RM221 untuk peserta biasa. Saya tak boleh ambil terlalu ramai peserta pada satu masa. Jika tolak early birds dan students, saya ada kira-kira 30 peserta yang bayar yuran penuh. Bermakna saya untung RM 6,630 untuk 1 PhotoCamp. Untuk pendapatan selama 3 hari untuk sebuah syarikat yang mempunyai overhead RM50,000 sebulan…ia bukan sesuatu yang produktif. Soalnya sekarang, yang itu pun sudah jadi persoalan. Mengapa tidak dijalankan secara percuma?

Jawapan saya, kerana masa, tenaga dan fasiliti yang disediakan semuanya berharga. Belum cerita lagi tentang ilmu yang diperolehi oleh setiap jurulatih melalui kesilapan demi kesilapan mereka yang bernilai ratusan malah ribuan ringgit dicurahkan kepada peserta tanpa berkira-kira.

Sekarang, isu itu terkubur kerana sambutan untuk PhotoCamp terlampau hebat sehinggakan setelah PhotoCamp 4 penuh ditempah dan kini lebih 2000 lagi dalam waiting list. Rasanya, berapa banyak PhotoCamp perlu saya buat untuk accommodate bilangan itu? Tapi itu sudah berakhir, sekarang timbul pula bisik-bisik tentang produk baru keluaran saya THEPHOTOMAMA.COM. Kepada yang tak tahu, PhotoMama merupakan jenama perkhidmatan baru saya untuk mengajar ibu-ibu untuk mengambil gambar anak-anak mereka dengan cara yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang terbaik.

Sekali lagi, perkara yang sama terjadi. Dan untuk yang kesekian kalinya, saya buat tak tahu sahaja.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Action speaks louder than words

Ramai jurugambar tanya saya tentang kepuasan hati pelanggan. Saya jawap…saya cuma dapat puaskan hati 80-90% pelanggan sahaja. Selebihnya….tak puas hati. Lantas mereka bertanya semula, tak ke nanti yang 10-20% itu akan berkata yang jahat-jahat yang mengakibatkan 80-90% tu lama-lama jadi 0 dan lama2 kita tutup kedai.

Pernah tak dengar orang kata begini…

“Kalau macam ni cara awak, tak lama lagi awak akan bungkus lah…”

Kalau kita dengar pun rasa down kan? Tapi jangan risau…inilah yang dipanggil RESISTANCE ataupun rintangan. Dalam apa-apa keadaan pun tetap ada rintangan. Rocket terbang sampai ke bulan pun ada rintangan udara, graviti termasuk beratnya sendiri. Tapi…sampai juga kan ke bulan? Orang yang tak ada rintangan graviti duduk terawang2 dalam ruang graviti 0 selama 6 bulan mesti kena masuk hospital kerana tulang jadi lemah. Apa pelajarannya?

Takut apabila dikecam oleh pelanggan PERLU ada supaya kita buat yang terbaik utk mereka. Tetapi…setelah anda buat yang terbaik, dan itu masih berlaku…jangan rasa DOWN. Kerana itu semua perkara biasa. Semasa saya menangani 1 masalah dengan seorang palanggan cerewet pertama saya, saya dah buat segala yang terbaik tetapi masih belum memuaskan hatinya sehingga dia berlalu dan memboikot saya bersama kawan-kawannya. Masa tu memang rasa down…tapi Alhamdulillah, ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS. Dari hari ke hari CS terus mencipta pembaharuan demi pembaharuan sehingga sentimen ciptaan pelanggan tak puas hati itu mengalah juga sebahagiannya kepada apa yang mereka lihat SENDIRI dengan mata mereka (bukan melalui khabar2 verbal). Lama kelamaan, golongan 80% itu hampir-hampir menjadi 100% kadangkalanya.

Yang penting, jangan mengalah SETELAH KITA TAHU KITA TELAH BERIKAN YANG TERBAIK.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Masreena Maskamal Khan & Tawfiq Datuk Seri Md Ajib by Saiful Nang

Tuakr angin sikit, sekarang cuba explore banyak pasal b/w photos. Dah lama perap gambar ni, dan juga banyak gambar2 wedding yang lain yan gmasih terperap menunggu2 bila lah dapat di upload kan ke dalam blog ini. Since this upload is not a part of our contract with the customers, now to all my valued customers, if u want your pictures to be uploaded here…please let me know, then I’ll prioritize your wedding collection to be publisize here 😉 But promise to me kay…u have to let everyone know about the entry. Tell your paklang, pak ngah, paklong, maklong, makngah, maklang, mak uda, mak anjang, mak usu, ipar duai, nenek, atuk dan ramai lagi lah…then…I’ll be much happy hehehhe.

This time, Masreena & Tawfiq…both of them used to be my student back in Limkokwing. But Tawfiq switched his interest and now he’s a licensed commercial pilot while Masreena also changed the wind (hahahhah …tukar angin) and now working as a banker. Tawfiq’s mom insisted to host this wedding in Javanese theme. So there u can see the Javanese touch on the wedding dress as well as the whole setup of the ballroom. These pictures purposely uploaded to tease them before they get the album done…ENJOICE!

1st gathering ThePhotoMama.Com

1st time saya buat gathering macam ini yang melibatkan kehadiran penuh (saya pun tak check tapi semuanya lebih dari yang dijangka). Kalau sebelum ni ada tertanya2 lah apa lah yang saya buat lama sangat tak update blog ni. Haa…ini lah salah 1 projeknya. Selepas kelahiran Orked, saya jadi minat sangat ambik gambar anak. Tapi saya masih lagi wedding photographer dan saya tak ambik gambar anak orang lain sangat. TAPI…saya enjoy pulak bila mengajar orang lain supaya meraka boleh dapat koleksi gambar anak mereka setiap hari.

Makin lama makin busy pula, saya akan cuba akan bawakan wedding2 pictures insyaAllah…kalau tak dapat banyak, saya letak lah 2-3 keping hehhehe. Jadi kepada all mothers yang belum lagi mendaftar the ThePhotoMama.Com boleh register sekarang secara percuma dan join komuniti ONLINE utk mommies and daddies belajar photography.

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




SN & Photography

Gambar hiasan – Rings shot semasa majlis kahwin Zeff & Peon.

.
Bila orang tanya Barrack Obama semasa beliau di SD (Sekolah Dasar) di Jakarta apakah cita-cita beliau, beliau menjawap…”Saya mahu menjadi seorang Presiden”. Setelah lebih 50 tahun…cita-cita dia tercapai. Cita-cita saya pula lain…dapatnya lain. Orang panggil ini cita-cita accident. Dulu cita-cita nak jadi Doktor (rasanya 70% cita2 nak jadi Doktor). Kenapa tak jadi Doktor? Punyalah nak score SPM dulu pasal nak jadi Doktor, bila dah score dan dapat offer di tangan, boleh pulak tak pergi. Kalau tak saya dah jadi doktor.

SOalnya, adakah orang di sekolah termasuk cikgu2 pernah educate anak muridnya untuk menjurus ke bahagian SENI? Photography juga adalah satu cabang seni kan? Seni hanya boleh dibawa oleh orang yang mempunyai perasaan cinta dan sayang kepada seni. Kerana dia bukannya bersifat MATEMATIK tetapi ARTISTIK. 1+1 bukan jawapannya 2 untuk seorang artis. Jadi…Artis tidak ikut buku. Kadang2 dia ikut, kadang2 dia langgar. Lukis carik-carik brush pastu pandai gebang orang tentang makna disebaliknya, boleh lah jual harga berjuta.

Pendedahan utk masuk ke arena seni ni, tak ada pada saya diperingkat awal. Justeru, saya memilih utk bercita-citakan utk menjadi seorang doktor. Kerana itu boleh menjanjikan pembelaan kepada keluarga saya yang miskin di kampung. Tapi rupanya, saya tak tahu diri saya lebih sesuai dalam bidang seni. Kalau ada yg pernah baca surat cinta saya masa tingkatan 1 hehehehhe….(mula awal…jadi Intan dapat yg expert already) memang banyak bunga dari isi. Kemudian saya pun masa tingkatan 1 pernah menang pertandingan Pantun dan Melukis anjuran ICI Agrochemical (hehehe…macam takde kena mengena pulak). Mula dari tu, saya dah suka jadi wakil sekolah pertandingan pantun, pidato, debat, melukis tak kurang juga pernah mewakili daerah dalam Olimpiad Matematik dan juga Kuiz Fizik Kebangsaan hahahah…tamak, masa tu tak tau nak jadi apa.

Pendekkan cerita…dah bertahun2 selepas saya dilahirkan, baru lah saya betul2 rasa jatuh cinta kepada kerja saya pada tahun 2004. Masa tu baru saya tahu apa itu CINTA. Cinta kepada manusia, kita akan all-out mempertahankannya walaupun dgn jiwa dan raga sendiri. Cinta kepada kerja…saya pasti akan buat yang terbaik.




Inaugural Photo Workshop in Manchester, United Kingdom by Saiful Nang

Now, questions answered. Since last week, the organiser MCCH has distributed hundreds of flyers around UK Malaysian Community to alert everyone about this. Grab this opportunity to learn photography from “Me” hehehe. I promise it would be really wonderful and intimate since I told the organiser not to take more than 15 participants.  CLICK HERE for workshop content details and Please email lensa_mcch@ymail.com for more details.

YOUR INVESTMENT : GBP150 ONLY

It’s open to all in UK. It’s only GBP150 and that’s the cheapest you can get for a Professional Photography Workshop in UK by someone who have the track record in producing many talented photographers. FYI, this is not a Wedding Photogrpahy WOrkshop but it’s more on general perspective on the ARTS OF SEEING. Having great cameras is not a smart solutions without knowing the FUNDAMENTAL in SEEING. This sessions will bring you to a very ordinary venue and our task to make it really great. More hand-on training in this workshop and only 15 pax per session. I can check and correct all cameras from time to time. In the end of the day…u’ll know how to improve yourselve.

Hurry Up! Seriously…the seat are LIMITED. Please email lensa_mcch@ymail.com for enrollment process. Don’t email me and as for discounts since I’m not the organiser 😀 Well, on behalf of the organiser, this is already a good deal.