Macam-macam jenis orang cari duit…

Got email from my tehtarik friend, Irfan Khairi, the Internet Millionaire who stroke the million in his Uni time. Click the picture above and read the long explaination about this scam. Nowadays, people tend to do so many things just to get fast money. Cheating is a crime. This scam has collected more than 20,000 by a pyramid systems that use Irfan’s name. That’s bad!

Soon or later, someone else will use my name for something bad.

Tahniah Pak Tarm

Tahniah kepada Pak Tarm ataupun nama sebenarnya Tarmizi iaitu orang yang bertanggungjawap dalam menguruskan segala sistem digital dan online antara kami dengan pelanggan-pelanggan. Beliau juga orang yang penting untuk mencipta pelbagai sistem-sistem baru web base utk keselesaan photographer, kakitangan dan paling utama…pelanggan. Ye itu dia..Pak Tarm ialah web engineer CandidSyndrome yang baru selamat bernikah dengan gadis pilihan beliau pada hari ini. Semasa saya menulis ni, mesti Tarm dan isterinya sedang menyental periuk nasik dan lauk kenduri semua.

Gamabr di atas di ambil 2 hari sebelum Pak Tarm mengakhirkan zaman bujangnya. Dalam gambar ni semua msih bujang lagi buat masa ini kecuali orang yg kacak memegang gitar tu. Ternyata teori orang kacak mesti dah kahwin itu adalah benar. Lihatlah yang lain2 tu, hari-hari cas hensem konon…hmmm…ntah lahhhh…tak laku jugak. Sekali lagi, Tahniah Pak Tarm…cuti panjang akan approve apabila Project kita selesai dengan mantappp !

BOSS

Album CS memang lambat siap.

Hari ni rasanya nak tulis juga lah untuk menjelaskan perkara ini kepada semua. Memang ada ramai dah bergossip tentang album CS lambat siap. In fact dari dalam pakej tempahan pun dah dinyatakan bertulis tentang tempoh 4 minggu bekerja (iaitu kira-kira 6 minggu). Ada pertikaian yang dijadikan modal dan bahan kepada orang lain untuk memburukkan CS tentang ini. Di sini biar saya nyatakan mengapa album delivery CS memakan masa yang lama.

  1. CS membuat rekabentuk album tanpa menggunakan software khusus pembuatan album yang boleh menyusun gambar dengan 1 klik. Ramai juga jurugambar yang menggunakan teknik ini kerana dalam 1 hari, mereka boleh menyiapkan lebih dari 10 album gambar berformat “Storyboad”. Tetapi, kelemahan susunan “Autoflow” ini ialah tentang CHEMISTRY dan touch yang tidak menggunakan mata dan hati designer dan juga photographer sebaliknya menggunakan calculation random software yang dicipta dalam penyusunan gambar. Dengan 3 orang designer professional di CS pun, kami hanya boleh menyiapkan 1 album sehari untuk 1 orang.
  2. Jika 1 album 1 hari, kenapa perlu sampai 3 minggu? Ini soal QUEUE pula. Dalam 1 bulan, kami mengeluarkan tak kurang dari 50 album perkahwinan dan ia perlu disusun queue nya kerana selain rekabentuk pertama, ada juga proses pengubahsuaian (ammendment) setelah pelanggan membuat review album mereka. Lebih teruk dari itu, sebahagian pelanggan mengambil masa yang terlalu lama dalam 2 proses yang memerlukan participation dari mereka iaitu pemilihan gambar yang sesuai dan juga approval layout. Tetapi pada pandangan keluarga dan rakan2 pengantin, pasti mereka mempunyai impression yang buruk terhadap CS walau hakikatnya, pelanggan sendiri yang melewatkan proses tersebut.
  3. Album dah siap tetapi pengambilannya ditangguhkan juga satu masalah yang ketara. Sepanjang kerjaya saya, tak kurang 40 album yang lewat di ambil melebihi 6 bulan.

Di sini ingin saya maklumkan, di CandidSyndrome kami BUKAN PROFESSIONAL tapi kami PASSIONATE in what we do. Dengan itu, kami rela dikata macam-macam yang pentingnya hasil yang diberikan kepada pelanggan memuaskan hati. Tak guna saya highlight album siap dalam 3 hari tetapi hasilnya macam mee segera. Sama juga seperti rakan kami (bukan anak syarikat) CST Production yang dikatakan kadangkala lambat dalam delivery mereka, tetapi bayangkan sekiranya mereka terpaksa melihat kesemua footage untuk event selama 4 jam itu selama 4 jam juga. Jika ada 3 camera, bermakna 1 event 12 jam dan biasanya mereka melihat lebih dari 1 kali dan untuk 1 event mereka terpaksa go thru 24 jam sebelum boleh membuat editing untuk output selama 4-10 minit yang menakjubkan. Padahal, mereka mempunyai pilihan untuk just buat rough-cut dan burn into DVD and deliver.

Di CS juga, setiap photographer membawa pulang 1000-2000 gambar untuk 1 majlis selama 4 jam. Dan yang kami cari ialah 100 gamabr yang terbaik sahaja. Dari 100 gambar yang terbaik itu, kami jadikannya album dengan layout yang customize dan bukannya menggunakan susunan autoflow (seperti dalam software khusus untuk rekaan album). Setiap susunletak dikaji atas impak visualnya kepada pelanggan dan semua ini memerlukan masa.

Untuk tahun 2009, kami telah mengubah sedikit cara pembuatan album kami dimana jurugambar akan menentukan sendiri gambar pilihan mereka bagi pihak pelanggan dan pelanggan diberikan kuasa untuk memilih beberapa gamabr kumpulan dan keluarga sahaja. Secara praktikalnya, jurugamabr adalah yang terbaik untuk anda percayai dalam pemilihan gamabr kerana semasa mereka mengambil gambar, visual allbum sudah ada dalam kepala mereka. Kelemahannya cuma tidak mengenali siapa yang penting dalam majlis tersebut, yang itu kita serahkan kepada pelanggan. Kami telah memberi pilihan kepada bebeapa pelanggan untuk Desember 2008 ini menggunakan kaedah tersebut, Alhamdulillah proses album semakin cepat dan pelanggan yang BUSY juga suka kerana proses ini mempermudahkan mereka. Balik pada asal juga, pelanggan mengupah kami kerana set-set gamabr yang kami pilih dan papar dalam laman web kami. Dan kesemua gamabr dalam laman web kami atau blog kami adalah pilihan photographer dan bukan pilihan pelanggan.

Terdapat banyak kelemahan dalam pemilihan pelanggan yang kita kesan. Antaranya ialah gambar artistik serta gambar details dan juga gambar moment kurang mendapat sambutan dalam pemilihan. Sebaliknya gamabr-gamabr straight forward juga menjadi pilihan. Di sini saya lihat, ada kesilapan kerana pelanggan tidak pernah dilatih secara professional dalam Visual Komunikasi. Bahagian ini kami ambil semula sekarang untuk kebaikan pelanggan. Selain itu juga, pelanggan terlalu mengambil masa yang lama dan ia terlalu membebankan mereka walaupun itu yang mereka buat untuk kebaikan mereka sendiri. Sekarang, kami sedar pelanggan telah memberi kepercayaan dengan mengupah kami menjadi jurugambar, seharusnya kepercayaan diletakkan sepenuhnya dalam semua aspek termasuk pembuatan album. Sekiranya ini berlaku, kami boleh kembali kepada kelajuan 2 tahun lepas dimana album pelanggan dapat disiapkan tidak pernah lebih dari 4 minggu bekerja, pelanggan gembira dan kami pun suka.

Kami admit sejak bulan 7 yang lepas, ada beberapa kelewatan yang disebabkan faktor dalaman kami. 2 orang designer berpengalaman telah berhenti dari CS dan kami telah melatih seramai lagi 2 pengganti yang baru. Walaubagaimanapun, proses pengantian ini tidak berjalan dengan lancar atas pelbagai faktor. Sebagai founder of CandidSyndrome, saya terpaksa REJECT kebanyakan album yang designer buat pada bulan pertama dan ke-dua hanya kerana ia tidak sampai ke tahap kualiti yang ditetapkan (pada benchmark saya). Padahal, bila di tanya pada pelanggan, pelanggan terlampau menyukainya tetapi pada saya…ia belum lagi ke tahap yang dinamakan CS STANDARD. Sebab itu, saya sanggup dimarahi untuk kelewatan yang hanya berlaku kali pertama sejak 2 tahun yang lalu. Sekiranya saya dan ahli CS adalah orang yang boleh kompromi tentang kualiti, sudah tentu…tiada kelewatan album langsung yang disebabkan oleh pihak kami.

Point utamanya, sekiranya anda mahukan sesuatu yang terbaik…berikan diri anda sedikit masa. Saya kena seorang pengukir kepala keris di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu yang dibayar 200-300k untuk 1 kepala keris dan biasanya untuk keris panjang Yand DiPertuan Agong, walaupun dibayar mahal…ketelitiannya bekerja hanya mampu menghasilkan 1 kepala keris dalam masa 6 bulan. Adakah YDP Agong tidak memberikan beliau masa untuk sesuatu yang terbaik? Begitu juga dengan Caesar Pelli, arkitek kepada Twin Tower petronas dan banyak masterpiece yang lain dan juga Eiffel yang terlampau teliti sehingga orang yang meminati hasil kerjanya sanggup menunggu bertahun untuk nukilannya. Ramai lagi yang lain yang begitu. Walaupun di CS saya telah menetapkan dateline secara internal, tetapi…kualiti datang NO.1. Sekiranya diminta saya buat pilihan antara kualiti dengan dateline…saya rela dimarahi untuk saya memilih kualiti.

Kepada bakal pelanggan tahun 2009, sekiranya anda menginginkan hasil kerja yang cincai dan cepat siap, sila jangan hire kami. Anda tak akan gembira dan kami pun pasti tak akan berpuas hati dengan kerja yang separuh hati hanya untuk mengejarkan masa.

Untuk tahun 2008 saya telah meletakkan maksima 5 wedding sebulan dan Senior photographer pula pada 15 wedding sebulan. Tetapi untuk 2009, saya telah meletakkan maksima 3 wedding sebulan untuk diri saya dan hanya 8 wedding sebulan untuk senior photographer. Less is better. bermakna, sekiranya masih ada kekosongan dalam bulan-bulan tertentu tetapi saya telah mendapat 3 tempahan, saya terpaksa katakan saya dah FULLYBOOKED untuk tempahan yang ke-4. Begitu juga halnya dengan Senior photographer. Bukan duit yang kami kejarkan, tetapi…KEPUASA BERKARYA.

Saya harap, 2009 tidak seperti 2008 yang banyak menemukan CS dengan BRIDEZILLA (sejenis monster yang macam ceti, macam makcik putus haid, banyak komplen, taknak baca kontrak lepas tu nak bising itu ini, suka salahkan orang padahal tak lihat salah sendiri dan macam-macam lagi). Jangan samakan CS dengan Professional dan Business…kami adalah KARYAWAN / ARTIST yang akan buat kerja anda dengan sangat happy sekiranya dilayan seperti manusia dan akan menolak wang anda sekiranya dilayan seperti anjing kurap. Money can’t buy everything…kerana passion mendalam dalam wedding photography, ada X-Factor yang anda tidak tahu dari mana ia berada dalam gambar-gambar kami.

Selamat tinggal 2008, selamat datang 2009.

Perantis CS dibuka untuk 2009

.

Pada sepanjang 2008, kami telah menerima sejumlah kira-kira 30 orang perantis dan hanya 4 orang sahaja yang tinggal dan dilantik dan diberikan kontrak sebagai junior photographer bersama CandidSyndrome. Bayangkan…sebahagian besarnya tumpas. Antara penyebabnya ialah Passion Palsu. Ada juga yang nak cepat kaya dan kurang sabar, ada juga yang bagus tapi tak berdisiplin, ada juga yang tak larat untuk memenuhi requirement CS yang tinggi dan jadual latihan mingguan yang ketat. Kesudahanya, ramai yang berpatah balik. Sebagai prinsipal CS, saya tak pernah berkompromi untuk mencaturkan seorang yang tidak bersungguh-sungguh dan tiada minat untuk diletakkan dalam sebuah perkahwinan yang berlaku hanya sekali dan TIADA ruang untuk membuat kesilapan. Kerana ia tidak boleh berulang lagi.

Kepada yang berani dengan cabaran ini. Sila ikut arahan di atas. Kalau suruh email di atas tu, jangan pulak cuba-cuba nak email direct ke saya. Tak akan membantu apa-apapun dan tak akan sampai kepada jawatankuasa penilai recruitment CS pun. Kita taknak ramai-ramai…saya target tahun 2009 kita cuma hasilkan lagi 2 orang sahaja lagi photographer handalan 😉 itu sahaja.

SN

KESUDAHAN 2008 YANG BAIK! I SCORED!

Klik untuk baca versi lebih besar
Klik untuk baca versi lebih besar

.

Hari pertama sejak saya mula menceburkan diri dalam fotografi, saya dah decide specialisation saya ialah “Perkahwinan” kerana saya suka suasana perkahwinan dan saya suka fotografi. Jadi, Fotografi Perkahwinan adalah gandingan paling baik sekali untuk melakukan sesuatu yang paling saya suka. Semasa tu, saya tak pernah mimpi untuk bersyarikat besar, menggaji pekerja mahir bergaji seperti doktor atau pilot, berkereta mewah, dikenali, berstatus antarabangsa dan pada hari ini, tersenarai dalam 30 Usahawan Berjaya Dewan Ekonomi (Desember 2008). Pemilihan telah dibuat berdasarkan anugerah dan kejayaan yang telah diterima dari beberapa badan ternama seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana.

Satu kesudahan yang manis untuk 2008. Pastinya, satu permulaan yang manis untuk 2009 dan pasti akan menjadi lonjakan kepada kejayaan yang bakal menyusul. Kalau diizinkan, sebelum berumur 40, saya nak masuk senarai FORBES ASIA dengan perniagaan yang SAYA SUKA SAHAJA (Amin)

.

KEJAYAAN PHOTOCAMP KE BRUNEI PULA

.

.

Setelah PhotoCamp anjuran CandidSyndrome yang pertama pada Julai 2008, seramai hanya 33 orang peserta sahaja. Tetapi selepas letupan hasil produk PhotoCamp siri 1 itu menyebabkan PhotoCamp 2 hanya bertahan 1 minggu sebelum pendaftaran dan tempahan terlajak sehingga ke 45 orang dan mendesak CS mengimport pakar fotografi tambahan dari CandidSyndrome Brunei untuk sama-sama membantu bagi mengekalkan ratio efektif 1 pengajar kepada 7 orang peserta.Ini juga rentetan dari jemputan seorang pemerhati dari Brunei dan juga penyertaan 4 peserta dari Brunei dalam PhotoCamp Siri 2 pada Oktober lalu.

Brunei ialah negara pertama yang menyuarakan hasrat untuk mendapatkan franchise (atau sebenarnya bukan franshise pun tetapi HAK mengelolakan program) dan negara pertama juga yang dalam proses menjalankan program ini. Ada juga suara-suara menyatakan hasrat yang sama dari Singapura, tetapi belum ada apa-apa badan yang bertindak lagi.

PhotoCamp adalah 1 program besar tentang fotografi yang TIDAK TERTUMPU pada subjek wedding langsung pun, tetapi lebih kepada pengasahan mata kepada SENI MELIHAT yang baik. Selepas itu, apa kamera yang anda ada pun boleh menghasilkan gamabr-gamabr yang hebat!

Jika anda di Brunei, Sabah, Sarawak dan anda ingin menyertai PhotoCamp…anda bookmark website ini kerana very soon, segala detail yang anda perlukan akan dikemaskinikan. Kepada yang di semenanjung juga, tidak ada restriction untuk anda sertai sama. Enjoice! 😉

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Suzarene Syukor & Mukhreizal Dato’ Mamat – Solemnisation by Saiful Nang

Saksikan pulak, kali ni Mutee dan Rene sebagai pengantin. Mutee ni tak sempat nak berkenalan dgn dia, tapi Rene dan ayahnya adalah orang-orang yang bekerja di tempat tinggi. Ayahnya bekerja pada ketinggian 35,000-40,000 kaki sementara Rene rendah sikit dari tu sekitar 20,000-25,000 kaki jer lah. Ayah bawak Boeing 747, anak kerja dengan ATR dan Fokker 50. Ini lah gamabr2 mereka.

Kepada yang menung sana sini tengok2 blog ni tak update da beberapa hari, jangan risau kerana saya masih lagi selamat dan sehat membesar bagai johan. Walaubagaimanapun, kesibukan dalam urusan pejabat, pertukaran kuasa kepada 2 orang director baru Colours of Asia Sdn Bhd, pelancaran PhotoMama pada 1 Januari 2009 serta dalam proses membiasakan Cik Orked kita tinggal dengan ibu barunya semasa waktu bekerja. Orked tak boleh manja-manja lagi kat tempat orang, dia kena survive dan kena dengar cakap orang yang jaga dia. Kalau mummy dan daddy jaga dia, dia selalu juga nak manja2 dan banyak merengek. Tapi semalam…dia takleh nak manja2 kat Rumah Pengasih (rumah orang jaga Orked), jadi dia kumpulkan semua bawak ke malam…malam tu lah dia nak bermanja dan melalak semahu mahunya. Itu lah baby…hmmm…apapun dia buat, mereka sentiasa comel.

Ini lah Orked, dia sanga behave kalau dibawa keluar dan jalan-jalan. Lagi-lagi kalau pegi wedding orang, dia tak pernah menangis. Mata asyik liar memerhati tingkah laku orang lain. Ni gambar terbaru Orked semasa sesi pengambaran PhotoMama.
Ini lah Orked, dia sanga behave kalau dibawa keluar dan jalan-jalan. Lagi-lagi kalau pegi wedding orang, dia tak pernah menangis. Mata asyik liar memerhati tingkah laku orang lain. Ni gambar terbaru Orked semasa sesi pengambaran PhotoMama.

.

Ok, kepada yang lain semua…saksikan kemunculan PhotoMama pada 1 Januari 2009 – Beta release dan InsyaAllah Press release akan di adakan pada 1 Februari 2009. Enjoice!

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

PENYERTAAN KE SEMUA PHOTOCAMP PENUH!

Perhatian kepada semua, semua pendaftaran untuk kemasukan ke PhotoCamp sehingga Siri ke-4 TELAH PENUH. Dengan ini, penyertaan ditutup. Untuk pengetahuan, PhotoCamp 5 akan di adakan di BRUNEI DARUSSALAM sekitar April dan akan menjadi siri terakhir PhotoCamp buat masa ini. Siri berikutnya masih belum ada dalam perancangan lagi. Sekiranya masih berminat, boleh daftarkan secara online untuk WAITING LIST di http://www.photoskool.net/photocamp2009


Keyoe & El – Dewan Merak Kayangan by Saiful Nang

.

Lama dah Keyoe ni follow-up bila lah entry dia boleh masuk blog ni hehehe. Maaf lah yer, ramai jugak in queue skrg ni, kena tunggu lah sikit heheh. Kerana mengutamakan penyiapan album dalam musim kahwin ni, jadi entry wedding ni kurang pulak masuk. Keyoe ni dulu anak murid saya lah kiranya semasa saya jadi lecturer di Limkokwing, orangnya biasa jer, agak nerd cuma taknak tunjuk nerd dia kadang2 belagak macam gengster sikit, tapi silap…mukanya jinak dan tak ganas langsung. Sekarang, dia kahwin dgn El, saya tak kenal El sebelum ni tetapi apa yang pasti beliau telah janjikan 80-99% diskaun untuk sebarang pembelian di butik Gucci Pavillion. Betul kan El? u tak tipu kan? Pasal u tak tipu, i buatkan u slideshow ni boleh ajak ramai-ramai kawan-kawan u tengok sekali…boleh riak-riak sikit pasal gamabr wedding u dabommm da vasss lavida lokaaap lah!

Utk yg lain…Enjoice!

Footnote : Beg Gucci ada dalam birthday wish list yang ke-30 ni. Harap2 ada lah orang bagi hadiah tu kan El kan? hahaha

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

I’m Officially 3 series today – Thanks for all birthday wishes

Semasa pengambaran program PhotoMama
Semasa pengambaran program PhotoMama

.

Baru balik dari Rumah Pengasih Kajang dan sekarang dan 2.23 pagi semasa menulis line ni. Alhamdulillah, seperti Brad Pitt, hari ini juga adalah hari jadi saya. Hari ini, saya tak boleh claim saya berumur 29 tahun lagi seperti kebiasaannya memandangkan kalau ikut tahun saya dah 30, tapi ikut tarikh…tak boleh lagi. Fair lah pasal masa darjah satu saya orang paling kecik dalam kelas sehingga darjah 6. Benci kalau kena beratur mesti kena duduk depan.

Sebagai milestone yang sangat bermakna buat saya, dan sebahagiannya mungkin boleh jadi inspirasi kepada yang masih mencuba. 30 tahun pertama saya, telahpun saya gunakan dengan segala mampu dan keringat serta airmata. Inilah saya semasa berumur 30 tahun

  1. Baru beberapa hari lepas tersenarai dalam 30 Usahawan Muda Paling Berjaya di Malaysia melalui taksiran Dewan Ekonomi Disember 2008, keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dapatkan naskah anda, masih ada di pasaran.
  2. Berjaya mengeluarkan e-book saya yang pertama berjudul “Million Dollar Wedding Photographer”.
  3. Menubuhkan CandidSyndrome pada 2004 dan kini sebagai sebuah agensi fotografi Perkahwinan Melayu terbesar negara.
  4. Mengasaskan PhotoSkool.net, portal untuk pendidikan awal jurugambar yang kini mempunyai 8900++ pelajar maya dan pendidikan diberkan atas dasar perkongsian dan ia adalah percuma.
  5. Penubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru bersama beberapa orang pengasas lain yang berkongsi visi dan misi yang sama dalam pembelaan golongan Asnaf dan pendidikan sahsiah ulung.
  6. 2 hari sebelum saya berkahwin semasa berumur 27 tahun, saya telah berjaya mendapat total aset cair dan tetap tanpa hutang sebanyak RM1,000,000 hanya dengan mengusahakan fotografi perkahwinan secara SEPENUH HATI (PASSION WILL DO WONDER!)
  7. Di anugerahkan Allah dengan isteri comel (Dr. Intan Salwani) dan juga anak comel saya (Orked Saiful). Itu la anugerah terbesar
  8. Memenangi lebih dari 10 pertandingan fotografi serta pelbagai anugerah dalam dan luar negara dalam tempoh 2004-2008, antaranya ialan memenangi Anugerah Terbaik Pilihan Editor oleh The International Photography Library, USA, Canon Asia PhotoMarathon dan banyak lagi. Termasuk juga menjadi juri kepada pelbagai pertandingan fotografi di Malaysia dan Singapura.
  9. Menerima undangan workshop fotografi sehingga di UK, Japan, Australia, Singapura dan Brunei rentetan kejayaan besar konsep PHOTOCAMP yang PERTAMA KALI diperkenalkan di MALAYSIA.
  10. Diberi penghormatan sebagai bangsa Asia tenggara pertama yang ditawarkan tempat di Caroussel Du Louvre Paris (Anda pasti familiar jika anda tahu di mana Monalisa dimuzeumkan) untuk pameran fotografi solo. Malangnya, tarikh yang sepatutnya pada bulan 11 lalu ditangguhkan kerana tidak mendapat sokongan dari kerajaan (Sorry, rasanya mereka lebih suka sponsor kalau saya nak swimming across English Channel, walaupun sebagai orang yang ke berapa ribu berbanding sesuatu yang lebih melambangkan kekuatan intelektual bangsa Malaysia berdaulat…takpa, saya cari duit sendiri nanti)
  11. Menjelajah ke 5 dari 6 benua utama di dunia.
  12. Seperti orang lain, saya berjaya memiliki kereta idaman saya sebuah BMW E90 320i SE model terkini berharga suku juta.
  13. Menegakkan empayar CandidSyndrome tanpa terlibat dengan segala birokrasi serta tender kontrak kerajaan, jauh sekali terlibat dengan duit kopi bawah meja yang sering dikaitkan dengan usahawan-usahawan baru yang terpaksa melalui jalan kotor itu (sebahagiannya sahaja…ramai lagi yang masih bersih)
  14. Berjaya menubuhkan empayar CandidSyndrome sehingga permintaan konsisten sehingga kini dari Brunei dan Singapura. Sebelum berumur 30 juga, CandidSyndrome sudah bercawangan di Brunei Darussalam dan berjaya menjadi satu-satunya jurugambar rasmi perkahwinan diRaja Brunei pada tahun 2007
  15. Dicalonkan sebagai penerima Ijazah kehormat Seni di atas sumbangan (kata mereka) dalam menaikkan martabat fotografi Malaysia ke peringkat dunia dan juga menaikkan martabat industri fotografi sebagai sebuah profession terhormat di Malaysia termasuk usaha-usaha yang dilakukan ke arah itu tanpa henti, oleh 3 orang pencalon telah mencalonkan saya dari salah sebuah Universiti dalam negara. Walaupun tak berjaya menyaingi seorang penerima yang lebih layak lagi dan menerima lebih undi dan juga faktor usianya yang lebih berpengalaman dalam bidang kesenian, saya pasti…pencalonan itu sahaja sudah cukup membanggakan saya.
  16. Merapak sembah Kebawah Duli Tuan Patik Sultan Haji Hasanal Bolkiah Muiz’zaddin Waddaulah kerana perlantikan patik sebagai jurugambar perkahwinan diRaja anakanda Tuan Patik.
  17. Paling penting…saya berjaya menjadi siapa yang saya rancang untuk jadi. Lebih dari itu, saya menjadikan hobi saya sebagai satu kerjaya yang penuh warna warni.
Anugerah terbesar saya sebelum berumur 30 tahun. Memang BESAR
Anugerah terbesar saya sebelum berumur 30 tahun. Memang "BESAR"

.

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

Alif & Jue – Majlis Bertandang Kuantan by Saiful Nang

.

Yang ni dari Kuantan pulak. Majlis bertandang jer yang dapat kat saya, yang lain…huhuhuh…malangnya nasib, masa tu dah penuh. Jadi, kepada yang lain…kena book awal. Sekarang booking untuk tahun depan sampai hujung tahun lajjjjuuuuuuu jerrr jalan. Ramai juga pernah tanya, adakah gambar2 yang masuk dalam slideshow dalam blog saya ini hasil kerja peribadi saya…kemudian dengan kuat saya jawap…YAAAA!! 😀 Semuanya sekali, walaupun utk setiap assignment saya pergi bersama assistant, tetapi, assistant punya gambar tak masuk dalam koleksi saya ini. Yang mana masuk dalam blog ini…confirm lah semua gambar saya yg ambil (kecuali kalau dinyatakan).

Banyak cerita menari pasal wedding ni, memandangkan saya jarang dapat job outstation (tak tau lah…orang outstation takut nak dtg gallery saya kot), tapi yg menggagahkan diri utk datang,…kebanyakan mereka berkata “Wowww…saya ingatkan harga CS ni macam harga kereta tapi rupanya…tak lah mahal sgt” lalu mereka signup dengan CS.

Couple ni (Alif & Jue) dah nikah seminggu sebelum tu, dan ini kira majlis bertandang mereka lah. Nasib mereka baik lah…mereka dapat langit biru yg cantikkk sangat. Yang paling best, bila Alif & Jue bawa saya ke sebuah pantai yang cantik kat Swiss Garden, last-last kesusahannya…saya minta dibawakan ke tempat yang biasa2 dan pantai-pantai bukan perkelahan. Dalam kata lain…kat kampung-kampung, pokok kelapa dan pantai yang tak berapa cantik untuk sesi fotografi ini. Dengan agak blur jugak lah kot (ye Alif? blur kan?) mereka pun bawa lah mencari tempat2 yg pada mata saya sesuai…last2 berhentilah di belakang sebuah rumah di pantai Batu Hitam. Berkerut juga lah dahi Alif masa tu..agak2 dalam hati dia cakap “Mana cantikkk tempat niii…apa lah SN ni….takkan ambik blakang rumah orang” (agaknya lah…mungkin terlebih agak kot hehhe, jgn marah alif and jue). Setelah saya tunjukkan beberapa snap kepada mereka…wajah berkerut tadi bertukar menjadi wajah tegang seperti dibotoxkan 1 liter.

Di CS, ini lah yang saya ajarkan kepada photographer saya. Jangan AMBIL SHORTCUT utk dapatkan gamabr cantik dengan memilih lokasi yang cantik, sebaliknya…cabar diri sendiri untuk jadikan tempat yang kurang menarik kelihatan sangatttttt hebat dalam gambar yang dihasilkan. Ini lah contoh2nya….ENJOICE!

.

.

RUANGAN BERSAMA PEMINAT SN

.

Dah banyak entry jugak tak letakkan ruangan ni, dah ada orang tanya dah hehehehe…bila gamabr dia nak masuk pulak. Jadi saya pun cuba lah masukkan sebanyak yang saya boleh ye. Kalau tak masuk tu jangan lah kecil hati, walaupun tak masuk blog ni pun…saya tahu dan telah pun membaca serta dah save dalam hardisk dah. Seronok melihat sokongan-sokongan anda atas kerjaya saya sebagai fotografer kenduri kahwin. Sekiranya sempat, akan saya masukkan lagi ruangan ini dalam post-post akan datang kay 😉

Kepada peminat-peminat hasil kerja saya dan juga pembaca semua…ENJOICE!

assalamualaikum.. hai SN... sebenarnya nak try gamba yang lebih baik.. tapi tak berkesempatan... apa2 pun honey dah try add pelakon tambahan dalam picture ni... coz posing dia dah sama macam SN... anyway... seronok tgk hasil dari u all... honey mengikuti SN... dari sebelum SN kawin sampailah dah ada orked yang comel tu...good job to u... (kenal SN selepas honey kawin... kalau tak..teringin gak nak guna khidmat kreatif SN...) nanti honey try hasilkan yang lebih baik ekk....

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile

image_pdfimage_print