Suara-suara sumbang

Alhamdulillah dah hari ke-4 saya lancarkan e-book sulong saya yang lebih menceritakan tentang langkah-langkah yang saya ambil dan kesilapan-kesilapan yang saya buat sepanjang tempoh membangunkan kerjaya sebagai seorang fotografer perkahwinan. Namun, seperti biasa, ada soksek soksek dari golongan minoriti yang mengatakan macam-macam perkara.

Dah 4 hari, hampir 600 download buat masa ini dan saya bertetima kasih kepada semua. Memandangkan buku ini adalah satu sumbangan kemasyarakatan kepada golongan pencinta fotografi dan mereka yang masih mencari haluan kerjaya dalam hidup mereka ataupun mereka yang masih bertanya-tanya bagaimana merialisasikan impian (tidak terhad dalam fotografi sahaja) kerana ebook ini ada banyak point-point motivasi secara alami (natural).

Ada yang mengatakan saya POYO. Maaf, anda silap…saya bukannya seorang yang POYO tapi saya adalah seorang yang SUPER DUPER EXTRA MEGA DA VASSSSS POYO) PERINGKAT KE-9. Rasanya cukup untuk bagi orang yg bermulut busuk puas hati kan? Donald Trump pun poyo, Tony Fernandes pun poyo, Tan Sri Ali Hashim pun poyo jugak (letak poster muka sendiri kat setiap KFC), Irfan Khairi pun poyo jugak, Alex Yoong pun poyo dan ramai lagi. Tapi kita lihat lah, mereka di mana dan anda (yg mulut busuk) tu pula di mana? titik.

Apapun orang kata, walaupun ia adalah ebook, tapi sudah ramai yang membelinya dan saya sangat berterima kasih kerana menyokong aktiviti kemasyarakatan ini kerana perlu saya nyatakan di sini, kepada pembeli sekalian, anda telahpun menyumbangkan wang anda kepada pembangunan sarana RUmah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru Kajang. Kalau dulu anak-anak belajar atas lantai, tak lama lagi dah ada kerusi belajar. Kalau dulu tido atas lantai, tak lama lagi, dah boleh lah diorang tido atas katil tingkat. Saya perlu ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembeli dari Malaysia yang buat masa ini meliputi kira-kira 70% pembeli dan tak lupa kepada orang-orang Brunei yang telah membeli dan mereka tergolong dalam 20% pembeli dan 10% dari Singapura. Ada 2-3 pembeli dari UK dan Canada. Pastinya orang melayu atau yg faham bahasa melayu kerana ebook itu hanya dalam bahasa melayu.

Kepada beberapa “orang alim” yang mengkritik bahawa ilmu dan infomasi perlu lah percuma kerana al-quran itu diturunkan Allah secara percuma. Maaf kerana saya masih lagi perlu beli Al-Quran RM50 senaskah di kedai. Saya juga percaya guru tuisyen juga dibayar gajinya dan anda gembira kerana anak anda dapat A+ dalam peperiksaannya. Setiap sesuatu itu datang dengan harganya. Buku saya  selain menceritakan tentang tips dan langkah2 yang saya telah ambil, saya juga ceritakan kegagalan-kegagalan sertta kesilapan yang telah saya buat supaya….anda jimat ribuan, belasan ribu, puluhan ribu atau ratusan ribu malah jutaan dengan mengambil iktibar dari kesilapan orang lain (saya).Duit pembelian pun, saya (orang yg tak alim) telah salurkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin agar anak-anak kat sana terbela dengan baik.

Alhamdulillah, saya ada 1200 pembaca blog ini. Dan syukur kerana sudah lebih separuh, saya percaya yang telah membeli dan kepada yang tak beli tu saya percaya mungkin ia tak berkaitan dengan anda. Tetapi, saya bangga kerana dapat sedikit menjadikan 1 wadah (ebook) untuk 3 golongan menjadi gembira. 1 golongan pembeli ebook yang mendapat motivasi, kekuatan, halatuju, panduan dan keberanian dalam membina kerjaya yang mereka cintakan (tak kira apa pun kerjayanya) dan golongan ke.2 adalah anak-anak Rumah Pengasih Warga Prihatin yang tak lama lagi dapat belajar atas meja yang selesa dan tidak di lantai lagi dan juga boleh menikmati tidur yg enak di atas katil tingkat dan bukan atas kesejukan simen dan golongan yang ke-3 ialah saya kerana saya dapat gembirakan golongan no.1 dan golongan no.2 dan pastinya, bayaran saya adalah pada sesuatu yang lain yang sentiasa tak putus-putus saya terima.

Salam dari saya…

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Akhirnya tiba juga…

Akhirnya tiba juga buku yang mengambil masa 1 bulan untuk menulisnya dengan penuh ketelitian, dan mengambil masa 4 tahun lebih untuk pengumpulan bahan. Buku yang menceritakan tentang perit jerih menggapai impian. Dari modal RM90 diganda-gandakan sehingga menjadi sejuta dalam masa 2 tahun dalam bidang fotografi perkahwinan. Buku ini sesuai sekiranya anda melihat kemungkinan untuk motivasikan diri anda dalam membina kerjaya anda atau lebih baik juga untuk penggemar fotografi yang masih mencari-cari arah tujuan dalam menjadikan hobi anda sebagai periuk nasi anda. Cerita benar dari pengalaman saya sendiri tidak ada ditulis dalam buku-buku di universiti. Sebahagian besarnya ada persamaan secara kebetulan dengan prinsip-prinsip buku universiti anda dan ada juga sebahagiannya, melanggar teori cendakiawan dahulu semata-mata untuk penyesuaian dalam situasi perbezaan sosiologi dan demografi setempat.

KLIK UNTUK PREVIEW LEBIH LANJUT TENTANG E-BUKU DI ATAS




Orked can fly…

Orked dah ada passport dah. Lepas ni panjang lah langkah Orked pulak. Lagi-lagi Orked dah sain kontrak sebagai model untuk PhotoMama yang melakonkan watak sebagai Baby Comel untuk kebanyakan siri PhotoMama. Nantikanlah kemunculan Orked pada Januari 2009.
Orked dah ada passport dah. Lepas ni panjang lah langkah Orked pulak. Lagi-lagi Orked dah sain kontrak sebagai model untuk PhotoMama yang melakonkan watak sebagai Baby Comel untuk kebanyakan siri PhotoMama. Nantikanlah kemunculan Orked pada Januari 2009.

muka Orked yg blur-blur tak pandang camera. Photographer tak kenal, Orked tanak pandang :D
muka Orked yg blur-blur tak pandang camera. Photographer tak kenal, Orked tanak pandang :D

.

DARKROOM (AMONG MY 1ST PRINT)

Belajar-belajar buat black & white filem, tentunya saya dah nampak bahawa photography itu adalah mudah pada yang kita lihat sahaja. Hakikatnya, untuk jadikan sebuah gambar yang menarik, teknik darkroom pun mesti dikuasai. Zaman digital ni, ramai tinggalkan fundamental darkroom ke belakang. Saya pernah buat fotografi dari menggunakan filem tapi baru minggu lepas berkesempatan untuk belajar selok belok darkroom. Banyak juga panggilan tak berjawap kerana ada masa-masa saya tak boleh biarkan telefon saya sampai keluarkan cahaya langsung. Kalau tak, paper rosak. Untuk dapatkan 1 gambar kadang2 sampai 4-5 print buat tak jadi. Ni lah antara kerja tangan yang agak menjadi jugak 😀

my wife and Orked on the ferry nak pi Tanjung. Ambik pakai camera Hasselblad Medium Format dengan filem Ilford 120 ASA 400
Di kopitiam masa di ALor Setar untuk attend wedding my pengapit kat sana dan pass hadiah kahwin kat kawan yang tak dapat nak pegi wedding dia next month.

My wife and daugter (Orked) atas ferry Penang nak pegi georgetown dari Butterworth.
My wife and daugter (Orked) atas ferry Penang nak pegi georgetown dari Butterworth.

Kepada yang tertunggu2 tentang buku (e-book) Million Dollar Photographer ni, dah keluar dalam bentuk elektronik. Maaf saya terpaksa kecewakan beberapa publisher kerana pada saya, buku ini terlalu mahal untuk diberikan kepada mereka (buat masa ini) dan saya hadiahkan kisah perjalanan sehingga ke hari ini dalam buku 200 muka surat lebih ini. Klik banner di bawah ini. Beli dan buku ini juga, hadiah saya kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin, Sg. Ramal Baru yang saya dukung sejak saya belum jadi apa-apa lagi.

Enjoice!

ENJOICE!



Vacancy – Producer for PhotoMama

.

.

AKU BUKAN GLEN FREDLY

Sekadar hiburan waktu tension. Menarik jugak. 1 office dah keracunan lagu ni. Termasuk Datuk Ir. Tarmizi Dugem, Penulis Licik Mukhriz Abu Dhabi, Kiyai Udey Dublin, Bapak Mas Dinie Masjuki dan juga Mas Jibek yang baru melancarkan produk Mas Cotek ke peringkat antarabangsa (Pakistan dan Mali).

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena gua keren

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

.




Benarkah?

Antara fantasi atau realiti, saya disapa oleh seorang lelaki sekitar 40-an semalam semasa di Auto Bavaria. Sedang asyik saya tengok keluaran terbaru BMW X6 berharga RM700,000 dan sedang bercita-cita untuk menjadikan model itu kereta seterusnya, saya ditegur oleh beliau. Orangnya biasa, sedikit bermisai dengan jeans dan berbaju T-Shirt kolar bulat. Dia dah ingatkan saya, jangan tulis nama dia dalam blog, jadi saya bahasakan lelaki itu dengan panggilan “Jasman” (Jasman adalah orang Jawa). Berikut adalah butir perbualan beliau…

Jasman : Hi, Sexy car right?

Me : Yes, really sexy. Cristiano Ronaldo pakai kereta ni…must be good lah. But, I have to earn like Ronaldo to own this car.

Jasman : Knowing you, you must be getting it soon Saiful!

Me : (terkedu) You know my name?

Jasman : Well (salam), I baca blog u hari-hari (mula cakap melayu).

Me : Owhhh…terima kasih banyak-banyak. Hantar kereta for service ke?

Jasman : Tak lah, ingat nak tukar kereta. Hadiah kepada diri sendiri. I belajar dari u lah…

Me : (smile) Bagus tu, I tengah belek hadiah untuk diri sendiri jugak ni kalau achieve my next milestone.

Jasman : What? RM10 million or 20?

Me : Just RM10 mil…..per year.

Jasman : (tepuk-tepuk my bahu sambil ajak duduk minum dan makan roti kat lounge menunggu) You know what…?

Me : Not yet…

Jasman : I admire your spirit. I baca fotopage u macammana u bangun semula selepas office u dah kena pecah masuk haritu. Kemudian mak pulak meninggal and you still manage to get your way up. Seriously, I inspired by you in this case. I’m doing a trading business, I import engineering stuff from Sweeden and sell it in Malaysia. But…sometime early this year, I’ve got sabotaged. I lost 15 million. You know how much money left in my pocket masa tu?

Me : RM2 million?

Jasman : BRILLIANT!! It was 1.9milion…close guess. Yang sabotage ni partner sendiri pulak tu. Atas dasar percaya, antara partner tak ada apa-apa perjanjian. Kami naik dan jatuh dah 10 tahun bersama. Tak tahu apa racun dia. 2 million left, hutang ada 15 million…imagine?

Me : Apa dia buat?

Jasman : yada yada yada and bla bla bla after than yada yada yada….

Me : Oooowwwhhh…. that’s bad! gila lahhh!

Jasman : Yang bagusnya, masa tu ingat dah penghujung dunia lah. Rasa macam anytime jer surat lawyer nak sampai suruh bayar hutang. 15 million…bukan sikit! Lagi-lagi tengah ekonomi slow skrg ni.

Me : What happen next?

Jasman : My daughter baru 15 tahun is your avid reader. Bila duduk rumah seminggu tu, office pun dah takleh masuk, sempat lah layan anak tengok-tengok apa yang dia minat. Yang pelik, dia bukak your blog hari-hari. Pagi baca kalau ada update, dan kemudian kalau tadek update dia suka baca komen-komen baru. As a father, I need to know what my daugter is reading everyday. Kot lah website kuning pulak kan.

Me : Sampai macam tu sekali….(khusyuk mendengar lagi)

Jasman : Tu pasal I pun baca your blog, baca blog tak puas, cari your fotopage semula. I baca balik. 4-5 hari baru habis baca blog dan fotopage you. Surat khabar pun I baca lebih kurang jer. Tapi kebetulan I dah jumpa you kat sini, i really want to say thanks to you pasal menulis artikel dalam setiap proses-proses awak bangkit semula selepas dipecah masuk

Me : Alaa…not as big as your problem. I punya problem kecik jer. Rugi RM35k u punya 15 mill

Jasman : Memang kecik, tapi semangan u besar.

Me : Dont mention it lah…so, macammana boleh selesai masalah? siap boleh tukar kereta lagi ni.

Jasman : I decided to get a ticket to Sweeden. Duduk sana 1 minggu untuk selesaikan masalah-masalah. Hasilnya, dapat renew agreement dengan Sweedish company dan contract beralih kepada tangan saya. To tell you the truth, I lost 15 mill in February, I gain back 17 mill now. Sama macam u jugak, lepas kena pecah office u bagitau your wife nak beli BMW kan? I cakap kat my wife, once semua dah recover, I want to change my car. Today, I come to test drive the car u saw just now. But…I only will get it in August 2009. It’s still new model.

Me : tak tau sampai macam tu sekali…i never know who are my readers. I never know a millionaire like you still reading my blog.

Jasman : Masa Jimmy Choo mula-mula datang di London, dia tak pernah tahu pun dia akan jadi pereka kasut terkenal dunia. About the car? (sambil dia muncungkan mulut menunjuk ke arah X6 BMW), dalam 2 tahun akan datang, saya boleh rasa….kereta X6 tu akan jadi kereta pegi pasar u sahaja.

Me : (Gulpp)…macam nak pengsan…dalam hati cakap “AMINNNNNN”

.

Jasman, if u read this entry, please text me nanti. Terlupa minta business card u semalam. Kemudian saya terus bersembang sampai sorang engineer BMW datang kat saya dengan senyum-senyum macam kenal jer kan dan menegur…

.

BMW : En. Saiful Nang…

Me : Ye saya….(tergamam)…u know me?

BMW : Of course…

Me : (tiba-tiba rasa bangga…macam selebriti pulak orang kenal…dan dgn confident nya)…ehmm…you read my blog jugak ke?

BMW : Ehhh…tak, saya tahu nama Encik dari data dalam record service encik. Saya nak cakap, kereta boleh siap besok pagi.

Tiba-tiba…aku pulak jadi tiang letrik. Kan dulu pernah aku ceritakan…takleh perasan glemer walaupun anda telah jadi glemer kerana ramai lagi orang yang tak kenal dengan anda lagi. Tak begitu Cik Halisa Misbun ?? (bukan nama sebenar) Maaf betul saya tak kenal Halisa Misbun masa wedding adik awak last week hehehe.Tak baik pandang rendah kat photographer. Tak kira lah photographer tu pakai kereta Savvy ke, kereta kancil ke ataupun kereta BMW, mereka pun manusia yg layak menerima layanan sebagai manusia ek Cik Halisa Misbun. Harap-harap…cepat lah dapat jodoh Halisa Misbun ni. Asyik kena langkah bendul jer 😀

Nota kaki :

X6 adalah model terbaru BMW. Jasman ialah nama samaran dan bukan nama sebenar. Halisa Misbun adalah sejenis sayur sayuran.




Dr. Anny Yusnida bt Dato’ Hj. Yusup & Dr. Herman bin Hj. Che Hussin

Dah lama tak update gambar wedding. Ni baru nak mula balik semula. Ada banyak jugak wedding in queue. Berkenaan Dr. Anny dan Dr. Herman kedua-duanya adalah doktor di Ireland. Secara automatik, kawan-kawan mereka yang datang juga ramainya dari Ireland dan juga dari kalangan Doktor-doktor juga. Harap-harap hajat Dr. Anny untuk bawa saya ke Dublin ambik gambar baby dia nanti (nanti tu tak tau lagi bila) akan tercapai hendaknya. Boleh lah saya bersama isteri saya dan Orked pergi jalan-jalan di Dublin. Panggillah saya, saya sedia ke Ireland pada bila-bila masa (kecuali kalau dah ada booking dan janganlah time winter hehehe)

Kepada yang lain2, ada slideshow kat atas tu tengok2 lah ek. Enjoice!

.

.

RUANGAN PEMBACA BLOG SN

Dari Aida Nassir kepada SN. Terima kasih banyak-banyak semoga selalu selalulah melawat blog ini :D
Dari Aida Nassir kepada SN. Terima kasih banyak-banyak semoga selalu selalulah melawat blog ini :D

salam SN...  dulu2 sekali2 sekala je dtg blog SN tapi sejak Orked lahir makin rajin sy g blog SN ni...hari2 sampai 2-3 kali (tak tipu ni...betul2)... ;)  sy suka baca kisah2 SN sebelum SN betul2 jadi photographer tegar macam sekarang... (tegar tu macam teruk je bunyinya??? tapi itulah yang sesuai dak?)... pape pun teruskan berkarya dan terus kukuhkan kedudukan yang ada sekarang...ramai yang sokong kerjaya SN ni...sy pun tak terkecuali...  gambar ni saya amek masa tgh keje kat lab it sekolah puteri seremban...it lab assisstant... cikgu cikgi tgk pun dia tak marah sy buka2 pape website...tapi tak kreatif langsung la saya amek gambar2 ni...
salam SN... dulu2 sekali2 sekala je dtg blog SN tapi sejak Orked lahir makin rajin sy g blog SN ni...hari2 sampai 2-3 kali (tak tipu ni...betul2)... 😉 sy suka baca kisah2 SN sebelum SN betul2 jadi photographer tegar macam sekarang... (tegar tu macam teruk je bunyinya??? tapi itulah yang sesuai dak?)... pape pun teruskan berkarya dan terus kukuhkan kedudukan yang ada sekarang...ramai yang sokong kerjaya SN ni...sy pun tak terkecuali... gambar ni saya amek masa tgh keje kat lab it sekolah puteri seremban...it lab assisstant... cikgu cikgi tgk pun dia tak marah sy buka2 pape website...tapi tak kreatif langsung la saya amek gambar2 ni...

.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Mirror Update : From original entry at http://mytripletspunye.blogspot.com

Early in the morning check email ni masa tengah tunggu my car got her 50,000km routine service kat Glenmarie. Tiba-tiba terkejut tengok i email ni, bagi link kat this entry. I giggled watching all of them. This might be another die-hard fan of The PhotoMama ni. Thanks Munirah Hanim for all these amazing entry. Ada juga beberapa readers yg buat entry macam ni tapi tak masuk blog bukan kerana tak cantik atau tak best tapi kerana saya kenal anak-anak ni personally. Dari abah, mama ke atuk dan nenek budak-budak ni saya kenal. Kalau nak tau, kalau ingat lagi saya cerita tentang pesanan Captain Jahudi (dalam entry sebelum-sebelum ni), budak-budak ni cucu Captain Jahudi lah. Oke…ENJOICE!!!

—————————————————————————————————————–

ORIGINAL ENTRY, CLICK HERE

Early morning, while mOmmy was reading the newspaper…this lil’ boy decided to surf the internet…

Suddenly, he notice his big sista wanna attack the laptop


uZAir “ohhh NOOO, i better get a closer look at this website before my sister comes”


And here comes the big sista showing of her skill, surfing the net…
athirAh: “camni lar uZAir…scroll down, buat ape dari tadi tgk muka uncle2 ni?”


athirAh: “ha, tgk muka baby ni kan lagi bes!!! Ni Orked tau uZAir, nanti die besar skit kite ajak die main with us kay!”

*tgk tu…smpai meleleh leleh air liur tgk muka Orked!
(and at the same time athirAh was wondering “asal lar mOmmy kite tak amiq gambar kami cun cun macam ni?)
mOmmy “kena tunggu uncle SN launch photomama kay athirAh”



Hari ini Hari Isnin

Di ambil sendiri oleh seorang Cameramom PhotoMama Orked sendiri. Saya baru applykan sedikit module PhotoMama dan dengan camera kopak kapak wife saya, ini lah hasilnya. Gambar selepas Orked mandi. Moment-moment macam ni, emak-emak lah yg dapat saksikan paling selalu.
Di ambil sendiri oleh seorang Cameramom PhotoMama Orked sendiri. Saya baru applykan sedikit module PhotoMama dan dengan camera kopak kapak wife saya, ini lah hasilnya. Gambar selepas Orked mandi. Moment-moment macam ni, emak-emak lah yg dapat saksikan paling selalu.

Ini 1 lagi. Tunggu PhotoMama akan muncul tak lama lagi. Anda lihat bagaimana camera handphone anda juga boleh menghasilkan imej-imej kreatif yang hebat.
Ini 1 lagi. Tunggu PhotoMama akan muncul tak lama lagi. Anda lihat bagaimana camera handphone anda juga boleh menghasilkan imej-imej kreatif yang hebat.

.

.

.BAPA

YAB Datuk Haji Abd Ghani Osman, Menteri Besar Johor

Saya dan Dinie (assistant) bersama YAB Datuk Haji Abd Ghani Osman, Menteri Besar Johor. Orang yang membawa pendekatan kerajaan Johor holistik. Semasa beliau menjadi Menteri Besar dulu, saya pernah hadir 1 majlis penyampaian hadiah (masa tu menang Pertandingan Esei Sains Johor), jadi naik atas stage di UTM, masa tu Tuan Haji Abd Ghani lagi, ambik hadiah dari dia. Tak sangka, masa cepat berlalu, dah 13 tahun berlalu. Terima kasih kpd Datuk layankan nak ambik gambar ni. Walaupun beliau kata, dia belum pakai baju melayu lagi, saya pula berpendapat, bila dah pakai baju melayu ramai orang pun ada gambar sama Datuk masa tu. Saya ambik pakai baju dalam rumah, baru nampak lebih personalise (perasan sendiri) heheheh. Apapun...sangat best jumpa YAB dan keluarganya.
Saya dan Dinie (assistant) bersama YAB Datuk Haji Abd Ghani Osman, Menteri Besar Johor. Orang yang membawa pendekatan kerajaan Johor holistik. Semasa beliau menjadi Menteri Besar dulu, saya pernah hadir 1 majlis penyampaian hadiah (masa tu menang Pertandingan Esei Sains Johor), jadi naik atas stage di UTM, masa tu Tuan Haji Abd Ghani lagi, ambik hadiah dari dia. Tak sangka, masa cepat berlalu, dah 13 tahun berlalu. Terima kasih kpd Datuk layankan nak ambik gambar ni. Walaupun beliau kata, dia belum pakai baju melayu lagi, saya pula berpendapat, bila dah pakai baju melayu ramai orang pun ada gambar sama Datuk masa tu. Saya ambik pakai baju dalam rumah, baru nampak lebih personalise (perasan sendiri) heheheh. Apapun...sangat best jumpa YAB dan keluarganya.

.

.

.

RUANGAN PEMBACA BLOG SN

Big fan of kerja2 Saiful Nang & Candidsyndrome... all the way from Brunei Darussalam..
Cleo said : Big fan of kerja2 Saiful Nang & Candidsyndrome... all the way from Brunei Darussalam..

Salam SN, Saya terjumpa gmbar ni td...lama dah x tgh fotopages SN sjk dah ada blog baru SN ni. Thought of telling u guys how sweet the both of u really are ;) toodles! - Regards Masyitah Jailani
Salam SN, Saya terjumpa gmbar ni td...lama dah x tgh fotopages SN sjk dah ada blog baru SN ni. Thought of telling u guys how sweet the both of u really are 😉 toodles! - Regards Masyitah Jailani

SN said : Thanks pasal hantar gambar ni. Dalam gambar ni ada gambar anak, ada tag ID dan tahu kerja mana semua. COmplete lah :D
SN said : Thanks pasal hantar gambar ni. Dalam gambar ni ada gambar anak, ada tag ID dan tahu kerja mana semua. COmplete lah :D

.

.

Banyak benda berlaku, banyak yang nak diceritakan, terlalu pendek masa yang ada, terlalu sedikit dapat diceritakan, terlalu banyak yang perlu diselesaikan. Itulah kerja saya dan itulah apa yang anda buat. Blog ni dah jadi macam therapy kepada kerungsingan saya. Lebihbaik dari dilayankan kemurungan yang akhirnya…maut kerana stroke. Bertambah seronok, sekarang dah ada seakan-akan 2 hala dari pembaca dan saya. Sampai sekarang masih ada yang menghantar gambar menyatakan sokongan mereka kepada saya secara individu ataupun sebagai entiti CandidSyndrome. Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan. Saya sayang anda.

Untuk mama-mama semua (papa pun boleh). Tunggukan kemunculan PhotoMama yang sekarang masih dalam progress pembangunan dan kejuruteraan. Meanwhile…Enjoice!

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Gambar Wedding

Saya masih lagi shoot wedding orang-orang kebanyakan, orang-orang kenamaan, orang-orang kerabat, orang biasa, orang luar biasa, orang melayu, orang putih dan juga kadangkala orang Utan.
Saya masih lagi shoot wedding orang-orang kebanyakan, orang-orang kenamaan, orang-orang kerabat, orang biasa, orang luar biasa, orang melayu, orang putih dan juga kadangkala orang Utan. Gambar ni saya ambik minggu lepas, dari kiri Din, Dinie dan saya sendiri semasa ambil gambar di kediaman Rasmi Menteri Besar Johor minggu lepas.

Saya dah pernah cakap dalam beberapa bulan lepas, tapi nampak gaya soalan seperti ini “SN masih shooting wedding lagi ke?” masih lagi popular orang tanya. Jadi jawapan saya ialah …yes, saya masih shoot wedding lagi walaupun orang kata saya dah boleh goyang kaki. Takpe lah, orang nak kata apa pun. Saya masih lagi shooting wedding sampai ke ceruk kampung pun saya masih lagi ambil kalau ada yang sudi nak hire saya lah 😉 Kenapa? dah berjaya jadi photographer tak payah ambik gambar lagi ke? Michael Schumaker patut sub orang lain lumba kereta untuk dia lah kalau dia dah berjaya kan? Tapi masih juga…perkara artistik memerlukan “PERSONAL TOUCH” dan tak boleh diwakilkan…waima anak-anak buah saya sendiri. Mereka tak boleh jadi macam saya kerana saya juga tak mampu untuk jadi seperti mereka. Kan??

Dah lama kan takde entry pasal wedding. Saya pun rindu nak update wedding. Tapi apakan daya, keutamaan diberi kepada yang lebih wajib iaitu menyiapkan album-album customer yang telah berlonggok-longgok dan perlu disiapkan dengan touch yang teliti. Boleh buat 1 album 20 minit siap. Tapi, ketelitian tentang susunan, layout, kontra warna antara gambar 1 dengan gambar yg 1 lagi dan pelbagai aspek di ambil kira. Saya pernah cuma template yg automate gambar ikut susunan…seriously, design oleh machine takkan sama dengan design oleh tangan.

InsyaAllah dalam 1-2 minggu lagi saya dah boleh masukkan gambar untuk entry wedding pulak 😉

7- ELEVEN

Saya merayu kepada peminat CandidSyndrome supaya tidak marah-marah sekiranya anda telefon selepas jam 10 malam dan tidak berangkat ataupun di angkat dalam keadaan half awake ataupun tidak berapa nak concentrate kerana seharian bekerja 8pagi – 9malam ada sikit masa nak bermain dengan anak. Bukan jual mahal tetapi yang tak tahan bila ada pula yang telefon tak puas hati atau marah kerana kita tak dapat nak concentrate bercakap dalam phone. Saya dapat call seperti ini hampir 10 call seminggu dan ada juga yang telefon seawal jam 3 pagi (sambil marah-marah kenapa call office tak angkat). Untuk makluman, CS ada opening hour yang sangat panjang. Inquiry boleh dibuat dalam pelbagai cara

  1. Email saifulnang@candidsyndrome.com / inquiry@candidsyndrome.com
  2. Telefon 0133977715 – No. Peribadi saya (bukan no PA atau secretary)
  3. Telefon 0380766878 – Pejabat (Waktu pejabat)
  4. Inquiry form online di www.candidsyndrome.com

Jangan jadikan anda takut untuk menghubungi saya pada bila-bila masa. Cuma harap maklum sahaja sekiranya jam 3 pagi saya angkat telefon saya cuma boleh cakap “Besok pagi saya call balik kay”. Kalau saya teruskan cakap pun, saya akan rasa macam cakap dalam mimpi jer. Orang lain bagi PA pegang handphone, tapi saya tak, saya sendiri masih angkat telefon sendiri 😉 Mudah kan?

Kepada yang pernah mengalami perkara di atas, saya cuma nak minta anda jangan berkecil hati. Itu sahaja 😉

.

.

SALAM DARI PEMBACA BLOG SN

Adi dari Putrajaya cakap, saya ialah PhotoKing. Terima kasih Adi. Kalau saya jadi PhotoKing, nanti saya akan anugerahkan Datukship kepada penggiat2 seni fotografi seperti anda semua yang menyokong saya, dan tak lupa juga Shahrukhan.
Adi dari Putrajaya cakap, saya ialah "PhotoKing". Terima kasih Adi. Kalau saya jadi PhotoKing, nanti saya akan anugerahkan Datukship kepada penggiat2 seni fotografi seperti anda semua yang menyokong saya, dan tak lupa juga Shahrukhan.

Ini dari adzrina.blogspot.com .Terima kasih kerana hantar gambar dan bac blog saya hari-hari (betul ke?). Kalau betul bagus lah. Boss tak marah ek layan blog masa office? :D
Ini dari adzrina.blogspot.com .Terima kasih kerana hantar gambar dan bac blog saya hari-hari (betul ke?). Kalau betul bagus lah. Boss tak marah ek layan blog masa office? :D

Kepada yang belum lagi hantar gamabr, boleh emailkan gamabr anda ke saifulnang@candidsyndrome.com Antar yang paling kreatif. Carilah ketua kampung anda, bangla stesyen minyak, bai jual roti, ahsoh suratkhabar dan sesiapa watak-watak sampingan, tuliskan ALAMAT BLOG INI di atas kertas A4 atau lebih besar lagi, dan ambil lah gambar dengan mereka 😉 Yang paling best saya nak buat header blog ni 😀

Sekarang dah tak rasa sunyi dah. Tiap-tiap entry ada aja orang hantar gamabr 😀

Happynyaaa…..ENJOICE!!




Kenapa orang buat Silap?

Kenapa manusia buat silap? Kenapa binatang tak buat silap? Kerana manusia ada undang-undang dan binatang tiada undang-undang. Bila tiada perlanggaran undang-undang (hatta undang-undang dalam rumah sendiri) maka tiadalah “Kesilapan”. Saya nak bawa semua readers kepada 1 senario orang buat silap. Nabi muhamad istigfar 75 kali sehari walaupun dah dijamin masuk syurga. Tapi mengapa nabi pun buat silap juga dan beristigfar?

berikut adalah pemerhatian saya tentang sebab musabab orang buat kesilapan

  1. Orang tu lalai
  2. Orang tu bodoh
  3. Orang tu banyak buat kerja.

Saya nak komen no.3 sahaja lah. Betul tak kalau kita duduk diam-diam dalam rumah sorang-sorang sambil bayar bil letrik, internet dan air melalui internet menggunakan duit sendiri kita takkan buat silap? Tak juga kan? Mesti ada buat silap juga, kurang-kurangpun buat susah hati mak bapak pasal anak dia tak pandai bermasyarakat. Silap juga kan? Tapi, golongan macam tu…kurang lah buat silap.

Bila tanya seorang ahli kelab jutawan yang bertaraf billionaire pun tentang “silap”, dengan yakin dan konfiden Tan Sri SM Bukhari berkata, saya disini kerana saya banyak buat silap. Bila saya banyak buat silap saya belajar. Mengapa saya buat silap? kerana saya berkerja lebih dari orang yang kurang buat silap. Betul kan? Bila toleh lagi sebelah tanya seorang cleaner yang lalu sebelah kelab jutawan saya tanya soalan sama…anda tahu jawapan dia.

Silap seorang cleaner bernilai RM100-200 tapi silap seorang billionaire bernilai jutaan, billion dan juga silapnya juga boleh menyebabkan ribuan orang hilang punca pendapatan, 2-3 orang rancang nak bunuh diri, puluhan suami dan isteri bercerai berai dan macam-macam lagi. Anda nampak tak mengapa “mereka” ini boleh jadi ayah yang hebat di rumah, suami yang penyayang di mata isteri, pakcik yang baik dengan anak-anak buah, rakan yang kelakar dikalangan rakan-rakan di Havana club sambil hisap curut tetapi mereka adalah singa yang garang di pejabat. Saya dah cerita benda ni dulu. Kerana atas bahu dia, ada risiko yang saya sebutkan awal2 lagi. Jadi, kerana dia pernah buat silap, jadi dia berhati-hati dari baut silap lagi.

Tapi, ini bukan lesen untuk membuat kesilapan. Hanya keldai yang buat silap yang sama lebih dari 1 kali. Kalau ikut statistik Nat Geo pun, keldai menyebabkan kemalangan dan kematian melebihi kes-kes kapal terbang terhempas setiap tahun (tak tahu samaada jarang kapal terbang terhempas ataupun banyak sangat keldai buat hal). Untuk diri saya….saya kadangkala seronok bila berjumpa masalah, kerana masalah tu bila saya selesaikan, saya jadi lebih pandai. Saya juga selalu buat silap, tetapi saya bangga buat silap yang belum pernah orang lain buat. Tapi saya benci diri saya jika saya buat silap yang orang lain pernah buat dan pernah nasihatkan saya lagi teruk dari itu…kesilapan yang sama yang saya pernah buat sebelum ini saya ulangkan semula.

Jadi, jika anda mahu berjaya…jangan takut buat silap. Tapi, takutilah mengulangi kesilapan. Saya pulak macammana? Saya pun sangatttt banyaakkkkkk buat silap kerana saya banyaakkkkkk berkerja 😉

.

.

RUANGAN PEMBACA BLOG SN

Sebenarnya masa saya main-main benda ni utk memeriahkan blog saya, secara tak langsung bagi peluang pembaca untuk participate sama dalam blog ni. Saya jangkakan tak ramai, tapi sampai ke hari ni, saya terima dah lebih dari 40 pengirim. Saya terharu jugak dengan sambutan dan sokongan tu (nak nangis, tisyu please). Tapi saya akan keluarkan sedikit demi sedikit tetapi saya akan pilih ikut yang paling kreatif jguak lah dan ucapan yang agak2 paling besh 😀

Daripada ex-client saya yang juga pembaca blog saya setiap pagi. Yang comel tu bukan pengirim tetapi anak dia. Yang kirim ni tak lah comel sgt macam anak dia hehehe
Daripada ex-client saya yang juga pembaca blog saya setiap pagi. Yang comel tu bukan pengirim tetapi anak dia. Yang kirim ni tak lah comel sgt macam anak dia hehehe

Ini message yang di kirim : salam,  setiap kali dlm kelas, dgn iphone saye ni la saye on9.. lecturer mengajar kt depan.. hehehe.. tgh kelas mmg saye suke on9, first fesbuk of cos la kn, then ur blog.. u r da man!! semoga saiful nang n family berjaya di dunia dan akhirat.. amin!!! x sbrnye nk gi photocamp!!!!!  -lana-
Ini message yang di kirim : salam, setiap kali dlm kelas, dgn iphone saye ni la saye on9.. lecturer mengajar kt depan.. hehehe.. tgh kelas mmg saye suke on9, first fesbuk of cos la kn, then ur blog.. u r da man!! semoga saiful nang n family berjaya di dunia dan akhirat.. amin!!! x sbrnye nk gi photocamp!!!!! -lana-

.

Ini dari Thareq, berkerja di BSKL. Kerana bosan dengan board saham yang banyak merah dari hijau, beliau ambil kesempatan untuk menyahut cabaran itu. Tq dari saya
Ini dari Thareq, berkerja di BSKL. Kerana bosan dengan board saham yang banyak merah dari hijau, beliau ambil kesempatan untuk menyahut cabaran itu. Tq dari saya

.

Begitulah mereka dengan gambar-gambar yang mereka ambil. Nanti ada sapa2 rajin buat lah sepanduk, kertas A3, Manilakad ke buat macam riots lah…hahahahha. Ambik gambar ramai-ramai. Yg tu nanti kalau menarik saya besarkan letak tukar jadi header baru hahahha. Thanks a lot kepada semua pengirim. I love all of you muachhh muachh!

Enjoice!

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile