Hasil PhotoCamp II – Zero to Hero in 3 days

Klik poster di bawah untuk sessi PhotoCamp yang ke 4 untuk Februari 2009. Sessi sebelumnya semua telah habis ditempah.

Ini adalah hasil orang yang masuk PhotoCamp dalam 3 hari 2 malam. Konsep latih tubi yang bertubi-tubi yang betul2 menguji ketahanan mental dan fizikal ini telah berjaya melahirkan 44 orang BAKAL legenda fotografi dunia (Jika mereka terus dengan disiplin latihan mereka). 95% dari yang menyertai PhotoCamp adalah mereka yang baru kurang 5 bulan membeli dSLR dan masih BARU dalam FOtografi . Kebanyakan mereka menggunakan equipment dan lensa yang sangat basic (kit lens, kamera murah dan ramai yang tak ada speedlight). PhotoCamp ajar anda PHOTOGRAPHY bukannya KAMERA.

Kepada yang masih berminat, PhotoCamp 4 pada Februari depan masih ada sedikit kekosongan. Klik di link ini —–> PHOTOCAMP 4 untuk keterangan lanjut. Tempat adalah sangat terhad dan tempat untuk PhotoCamp 3 telah semuanya penuh. Pelajari teknik latihan diri dalam fotografi yang membawa anda kepada cita-cita menjadi jurugambar yang hebat.

.

AMARAN: PhotoCamp hanya untuk mereka yang fit fizikal dan mental. Selain itu, mesti tahan maki, tahan kritikan bernanah telinga, tahan pedih ulu hati, tahan carut, tahan gurau, tahan segala-galanya kerana fasilitator2 PhotoCamp semuanya ganas dan tak pandai ambik hati orang. Biasa yang tak tahan mungkin akan makan hati juga. Kalau nak yang lemah lembut boleh pergi ke “Kelas Menjahit dan Memasak Cik Kiah di Balairaya Kg. Guar Chempedak”.

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Choosen for “Shorties” Preview at GAPENA.

check the synopsis in KOSMO Ahad ini.




From Captain Jahudi

“Remember those people u meet on your way up, because you will see them again on your way down”

Kata-kata hikmat ni. Ingat2 lah semua dan kepada saya juga. Captain Jahudi adalah salah seorang client saya semasa kahwinkan anaknya. Semasa terbang dan bila dah letak mode auto-pilot, he got ample time to read and he will read a lot of good books. Itu lah yang dia dapat quote tu dan beri pada saya semula.

Good quote dan saya pun tak perlu huraikan lebih panjang lagi. Whatever it is, ayat tu jadi pegangan kepada saya.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Photo Workshop – Manchester, UK

please email MOHAMMAD MOKHRIZ <lensa_mcch@ymail.com> for more info.




EUROPE AGAIN – Suratan atau kebetulan?

Ye betul tu. Saya akan ke Europe lagi tahun depan. Tarikhnya seperti biasa, antara bulan 4 atau 5. Buat masa ni saya beri laluan kepada sesiapa nak booking service saya untuk bulan 4 dan 5 sebelum saya menetapkan tarikh tetapnya. InsyaAllah tahun hadapan dalam April atau May saya sekali lagi akan ke Europe untuk satu acara roadshow “PhotoMama” yang sebenarnya masih lagi menajdi tandatanya “Apakah itu Photomama?”. Satu yang pasti, PhotoMama adalah dedikasi khusus kepada jutaan ibu (bapa pun boleh) yang mahu belajar mengambil gambar dengan cara yang baik dan creative menggunakan apa2 kamera yang mereka ada termasuklah camera pada handphone masing2.

Workshop photography hanya merupakan 1 komponen paling kecil dalam “PhotoMama” itu sendiri.

.

SURATAN ATAU KEBETULAN

Sebelum arwah emak saya meninggal dulu, saya pernah cakap untuk bawa dia ke luar negara apabila dia sihat dan boleh berjalan semula. Tetapi memang arwah tak pernah mampu untuk itu, jadi niat itu tertangguh sehinggalah sekarang atas sebab-sebab keuzuran emak. Ajaib betul, baru kelmarin saya berbual dengan ayah dan menyatakan niat saya untuk bawa ayah dan mama (ibu tiri saya) ke London dan European countries yang lain (in plan Germany & Prague), tiba-tiba 1 email saya dapat malam tadi menjemput saya memberikan workshop fotografi “Mini PhotoCamp” di UK dan selang beberapa jam (kejap tadi) satu lagi menyatakan hasrat kalau-kalau saya boleh datang ke Germany untuk mengajarkan fotografi kepada 3-4 orang mothers yg sangat passionate untuk ambil gambar anak-anak mereka yang masih kecil.

4 hari lepas saya mencongak-congak kos yang saya perlukan untuk ticket penerbangan sahaja dari KL-London-Germany-KL berjumlah kira-kira RM20,000 untuk 4 orang dewasa dan seorang bayi (Orked lah). Saya cakap kat Intan (bed talk)…

“I need to work harder, I nak gembirakan ayah sementara dia masih ada lagi…”

Selepas menyatakan niat tu kat ayah, ayah pun melompatttt gembira. Ayah tak pernah ke luar negara. Selepas re-married haritu merasa lah ayah naik kapal terbang. My wife sponsor honeymoon ayah dan mak baru saya. Dia berangan-angan juga untuk sekali sekala merasa apa yang pernah saya rasakan. Gamabr saya merata dunia dia dah tengok. Dalam sibuk saya mengira fridge magnet tempat2 yang pernah saya sampai, saya pernah terlupa…ayah dan emak saya cuma mampu menghitung negeri yang pernah mereka lalui sepanjang hayat mereka.

Ayah cakap dia yakin dengan apa yang saya cakap kerana sebelum ini apa yang saya cakap mesti jadi. Ayah cakap…dulu masa saya beli Perodua Kancil, saya cakap kat emak dan ayah, nanti saya nak pakai BMW dan kancil ni nak bagi emak dan ayah pakai. Masa tu ayah pakai kereta KE 20 Toyota yang harga dia RM3k jer. AKhirnya jadi kenyataan juga selepas saya beli 2nd car saya Perodua Kembara. Sekarang ayah pakai Perodua Kembara kerana saya dah beli kereta baru (kereta kampeni). Jadi ayah pun cakap…angah ni kalau dia dah cakap dia akan buat betul2…mesti berjaya. Ingat kata2 emak mentua saya masa di Italy 2 tahun lepas, dia cakap…kalau boleh nanti Saiful bawalah emak dan ayah jalan-jalan tengok dunia. Saya simpan lagi ayat tu, walaupun tak sempat nak bawa emak sama…tetapi emak tiri saya yg ada ni perlu saya hargai juga kerana dia yang jaga ayah saya menghabiskan sisa-sisa hidupnya.

Suratan atau kebetulan? dalam mencongak2 bajet ada pula yang mengundang. Sekurang-kurangnya ilmu yang saya bawa di sana dapat membantu sebahagian yang berada di sana dan secara tak langsung, meringankan tanggungan saya. Ye lah, sekurang-kurangnya lepaslah duit kapal terbang saya pergi balik bersama isteri dan anak saya. Daripada beli 4 ticket, sekurang2nya 2 ticket dah berbayar sambil-sambil saya berkongsi ilmu fotografi bersama pencinta fotografi di UK & Germany nanti. Ye lah kalau dah ada 2 pihak yang emanggil, kalau kos saya 2000 pounds di kongsi dengan 20 org dah tentu sorang cuma bayar 100 pounds. Lagi2 kalau yang kat German dan UK ni dua-dua jadi, dah tentu boleh turunkan premium. Bukan saya charge untuk buat business…cuma sekurang-kurangnya kalau tak kerana saya dtg bercuti, susah juga nak pergi sana semata-mata nak bagi workshop untuk 5-10 orang sahaja kan. Yang ni dah kira, alang-alang datang…apa salahnya pergi mengajar terus apa yang saya tahu. lagipun…mengajar ni dah jadi satu ketagihan pada saya (hehehe…bekas lecturer limkokwing kan dulu hehehhe)

Saya merancang, tapi Allah merancang lebih baik lagi. Saya senyum sendiri mengenangkan kemurahan rezeki yang Allah beri. Niat untuk mengembirakan orang tua yang dipenghujung hayatnya ini hanya sedikit yang saya dapat bayar kepada mereka yang membesarkan dan mendidik sehingga kita jadi apa yang kita jadi sekarang.

Kepada mommies di Germany, kepada yang berminat dengan sessi hujung minggu ni boleh emailkan saya terus. Saya rasa mungkin di sana saya akan berpusat di Munich ataupun Frankfurt. Nanti kita boleh rancangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat untuk mempelajari teknik fotografi dan pengolahan gambar secara kreatif menggunakan apa-apa yang ada disekitar anda. Terima kasih kepada pihak yang berminat, saya sangat-sangat berbesar hati untuk memenuhi jemputan anda sekalian.

Kali ni kita akan ber-5 menjelajahi bumi UK, Prague dan berakhir di Germany (InsyaAllah), kot ada orang nak panggil utk PhotoMama kat France pun boleh jugak gagah-gagahkan datang naik TGV. Saya pernah terfikir, apalah sangat kita utamakan ibu bapa berbanding diri sendiri. Mungkin kita gembirakan mereka hari ini dah habiskan duit kita kepada mereka hari ini dan kita sedar rupanya itulah kali terakhir kita mengembirakan hati mereka. Bila dah tak ada lagi, menyesal pun tak guna. Rezeki tu memanglah kita yang usahakan, tapi yang beri rezeki ialah Allah.

Adakah itu suratan ataupun kebetulan? Tak banyak pun saya makan sehari. Paling mahal pun 1 kali makan berdua RM100 sehari (itu dah makan mewah dah tu kat restoran mahal), sebulan berapa RM jer pakai. Tapi kadangkala, tak tergamak makan di tempat mahal tapi terkenang ibu bapa di kampung petik pucuk ubi dan pucuk manis untuk buat lauk.Tak tergamak kita nak berlayar atas cruise mewah bila melihat ibu bapa tidur atas tilam keras. Berapa hari pun lagi nak berbakti sebelum harta benda yang dikumpul tiada nilaian langsung untuk membayar ticket ke syurga? tiada nilaian pun kalau dilambak selori di atas kubur orang tua kita.

Saya pernah melalui zaman menjadi seorang yang kikir dan kedekut dulu. Hidup hanya untuk diri sendiri. Cukup bulan habis juga duit. Tak cukup duit jugak. Sekarang, saya lebih memberi terutama kepada ibu bapa saya, alhamdulillah…tak pernah pulak saya tak cukup makan. Kalau dulu saya selalu sangka kesusahan itu datang dari Allah, sebenarnya tidak…ia dtg dari diri sendiri. Sekarang saya mengerti bahawa Allah bayar kita CASH!.

Hati senang, jiwa tenang, perut kenyang bila hak tertentu orang-orang yang wajar mendapat bantuan dari anda tidak di abaikan. Dalam hal ini, saya maksudkan …ibu bapa anda dahulu. Kalau mereka dah terjaga kebajikannya, barulah anda cari saluran untuk memberi kepada golongan asnaf yang lain.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




RM1511 Package

Saksikan sendiri kehebatan mereka. Hampir 2 tahun yang lepas, saya membuat proklamasi jurugambar batch pertama hasil didikan CandidSyndrome. Antaranya ialah Udey Ismail, Mukhriz Latif dan Adi Nang. Jay & Shafiq came later. Setelah hampir 2 tahun, saya membuat proklamasi lagi 1 tentang kehebatan 4 orang anak buah saya yang telah sekurang-kurangnya di latih selama 10 bulan dan ada yang sudah lebih 1 tahun menjalani latihan secara intensif sebagai jurugambar CandidSyndrome.

Sekarang, mereka telah cukup bagus untuk membawa jenama mereka sendiri di bawah payung CandidSyndrome. Kepada siapa yang berminat, sila grap sekarang. Harga promosi ini hanya sah untuk tempahan sebelum 20 NOVEMBER 2008 dan HANYA UNTUK majlis pada tahun 2009 SAHAJA.

…………………………………………………………………………………………………………………..

CAREER TALK – SEKOLAH MENENGAH KEBAGSAAN BANDAR BARU BANGI

This morning, I went to SMK Banda Baru Bangi for a career talk invitation. Kalau dulu orang panggil engineer, doctor, architect for career talk. Now…just like what Datuk Sheikh Muszaphar do currently, a Photographer pun can be invited to do some career talk in school.This time, I gave talk to about 200 form 3 students (after PMR) about being Photographer. It was something really good for me to be able to share my experience with those adik-adik. Thank Cikgu Ross dan cikgu-cikgu lain yang menjemput saya untuk berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa sebagai seorang jurugamabr orang kawin.




Apa itu PhotoMama?




Renata & Greg – Dublin by Udey Ismail, CandidSyndrome


Inilah Udey Ismail. Lelaki Pendang yang kini sudah menjejakkan kaki ke tempat yang pernah saya lalui untuk membentuk kerjaya saya 2 tahun lepas. Mengutip sipi sipi folio antarabangsa untuk dibawa pulang sebagai kebanggaan dan salah satu mercutanda dalam kerjaya sebagai seorang JURUGAMBAR KENDURI KAHWIN BERTARAF ANTARABANGSA.

.

CLICK HERE FOR “CS IN DUBLIN” LIVE UPDATE BY UDEY ISMAIL

.

Wait for more update from the Adventure of Udey Ismail in Dublin. In June this year, CS promoted “CS in Dublin” and now, CS is currently there with our ambassador…Udey Ismail. Tonight he’ll fly to Brussel, Belgium and fly back to Dublin for his roadshow. Now, u can call Udey Ismail of CandidSyndrome as an International Photographer…tanpa segan silu lagi.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




PhotoCamp 4 is now Launch!

Klik poster di atas untuk maklumat lanjut tentang Kursus Fotografi Jangkapendek yang padat dengan teori dan latihan fotografi yang terkenal dan paling mendapat sambutan tinggi. Kesemua sesi yang telah dilancarkan sebelum ini telahpun HABIS DI TEMPAH. Kepada yang lain, JANGAN TUNGGU LAGI. Klik poster di atas, baca dan fahamkan konsep PhotoCamp dan REGISTER LAH ANDA SECARA ONLINE DI SANA.




Now in my blog : Rakaman LIVE WW – Astro Awani

Untuk yang terlepas siaran langsung semalam dan siaran tertunda 2 kali sampai yang last pada pagi tadi jam 6.30 pagi. Sekarang saya hidangkan rakaman live tentang PhotoMama. Apa itu PhotoMama??? TUNGGUUUUUUU…….!

I was there for 15 minutes Live interview regarding my HOT & SPICY dedication to all Mamas on the earth. It was about PhotoMama. Ready to be a PhotoMama? I’ll tell you exactly my experiences with Orked and the tips to photograph the baby then u can be a good photomama. (Rambut dah macam Donald Trump dah…cuma belum ada private jet sendiri, masih kumpul duit)

Interviewed by Linawati, Dangsuria & Zul from WW Astro Awani. It was fantastic 15 minutes talk where I can share my view to 25 million Malaysian. Thanks for Rosli CST for the insertion Video. Ada ulangan untuk rancangan ini pada jam 4.30 petang ini dan juga 6.30 pagi (esok). Kepada yang terlepas boleh tengok rancangan ulangan ni. Terima kasih kepada semua warga kerja WW yang best. Thank you Dangsuria, Linawati, Hafizah & Ass. Producer yang tak tanya nama pun tadi. Thank to Irfan Khairi as well for the opportunities and to my little Orked….you are Fantastic!