Kenapa Boss anda garang?

Ramai orang tak suka boss. Kalau tanya dari 10, 9 orang tak suka Boss. Kenapa orang tak suka Boss? Menurut kajian, 90% orang tak suka Boss kerana terlalu tegas (aka Garang). Lagi 10% tak suka pasal sebab yang lain-lain seperti boss mulut jahat, pemalas, tak bertanggungjawap, gatal dan lain2.

Anda benci Boss anda?

Tunggu sehingga anda sendiri yang jadi Boss dan anda mesti akan tahu sesuatu yang boss-boss anda tak mampu nak jelaskan pada anda rasionalnya. Saya dulu tak suka boss saya, tapi selepas beberapa ketika, saya kagum dengan boss saya. Kerana pada saya, nobody stupid can be a boss. Jika boss anda pemilik syarikat tempat anda bekerja sekarang, pasti dia telah melalui segala kesukaran, kesakitan, kepedihan, kesedihan sebelum beliau mampu membayar gaji anda dan rakan-rakan sepejabat anda.

Kenapa Boss mesti garang?

Kerana boss bermati-matian, bersusah payah membangunkan syarikat sehinggan mereka mampu bayar gaji anda. Seperti saya, saya pernah korbankan tidur saya dan bekerja 20-21 jam sehari selama 2 tahun semasa 2 tahun pertama saya memulakan CS. Setelah usaha boss anda mendatangkan hasil, banyak peluang pekerjaan boss anda berikan, termasuklah anda sendiri. Anda menumpang usaha yang boss anda telah buat, dan sebahagian kakitangan memang sangat boss jaga sebaik-baiknya. Tapi 9/10 kakitangan tak nampak itu sebagai satu sumbangan daripada boss kepada mereka. Mereka lebih nampak kerja yang mereka buat dan imbuhan itu adalah upah kerja yang diberikan. Staff juga sentiasa berfikiran bahawa mereka bekerja dah habis baik dan bayaran yang mereka terima tak setimpal (walaupun mereka dibayar RM5000-10000 sebulan dengan pengalaman kerja tak sampai 2 tahun). Dan jangan harap boss anda akan menjadi kurang garang kerana setiap tahun boss anda PASTI akan berubah menjadi lebih garang.

Perubahan ini berdasarkan perkembangan organisasi, penambahan burden dalam kepala si boss ni. Lumrah lah jika 9/10 orang benci kan boss nya. Saya pun tak terkecuali. Ada staff yang diambil kerana kasihan dengan keinginan bekerja kerana azabnya bekerja di syarikat lama dengan gaji 3 bulan tak berbayar. Ada pula yang dulu bekerja sebagai macai dan diberi peluang. Kalau dulu ada yang naik kapcai, selepas beberapa bulan dah mampu beli kereta. Boss bagi lagi imbuhan sebagai pertolongan untuk meringankan beban untuk membayar downpayment kereta. Staff ingat, duit tu memang ada peruntukan dan dia memang layak terima kerana dia bekerja kuat. Tapi staff tak tahu, boss sanggup tak naik gaji sendiri dah 3 tahun kerana nak berikan kesenangan dahulu kepada staff. sebab itu mereka tak menghargai. Apabila dah mula memberi, mereka akan harap akan ada lagi. Contohnya jika boss dah biasa belanja makan setiap bulan sekali, ada bulan yang boss terlalu busy, tak ada duit, atau susah dan tak belanja….staff akan ingat, boss dah berubah, dah kedekut. Boss pulak pikir, aku kena jimat sikit supaya boleh laburkan duit ni utk naikkan company.

Bila boss buat keputusan nak beli barang baru dalam company, staff fikir boss menghabiskan duit nanti tak dapat bonus lah. Boss pulak fikir, staff mungkin tak dapat bonus 1-2 bulan tahun ni, tapi dengan pembelian barang baru sebagai pelaburan, hasil company boleh naik 2-3 kali ganda dan tahun depan mungkin staff boleh dapat bonus 8 bulan.

Bila company lain2 yang besar2 macam Petronas announce bonus 8 bulan, yang ada pun kadang-kadang tanya at least 1-2 bulan bonus. Tapi mereka tak tahu, sistem kerja yang dilaksanakan oleh boss mereka memberi mereka reward atas hasil kerja dan kerajinan mereka right in the end of the month setiap bulan. Gaji basic RM2,000 tapi melalui sistem ini orang biasa earning average 4,000 – 7,000 sebulan. Bonus tu boss dah bagi terus hujung setiap bulan. Tujuan boss untuk bagi staff keringanan dalam urusan cukai pendapatan. Tapi staff fikir, laaa…buat kerja penat2 hujung tahun tak dapat bonus. Walaupun bila dihitung, kebanyakan menerima bonus sehingga 10 bulan gaji setiap tahun, tapi sentiasa pandangan staff dan boss tak akan sama.

Bila boss marah staff tak buat kerja betul2. Staff akan fikir, boss garang sangat, tak best nak bekerja dgn boss garang dan tak fun langsung. Boss pulak fikir, kalau staff main2, kampeni bangkrap staff dah lari awal2 cari kerja lain, boss lah jugak yang menanggung segala kerugian, hutang piutang, malu besar dan tak ada jalan lain boss ini terpaksa merangkak semula untuk menaikkan apa yang telah dirobohkan oleh orang lain

Bila boss ikat perut dan berjimat cermat, staff cakap boss kedekut. Tapi bagi boss, dia perlu berjimat cermat supaya masadepan staff, isteri mereka dan anak-anak mereka akan terjamin dalam syarikat tu.

Bila boss beli Mercedes harga dekat2 sejuta (bukan saya lah), staff fikir, boss aku dah lupa diri membazir tak tentu pasal, tapi staff tak tahu, dengan mercedes hutang bayar sikit2 sebulan tu lah boss dapat naikkan lagi hasil kampeni. Staff akan diam bila sampai giliran staff yang dapat mercedes tu (kalau dah sampai pd kedudukan yg sesuai)

Bila boss buat keputusan yang kurang popular atau menjengkelkan bagi pandangan staf. Staf akan pikir, boss aku dah gila, bodoh dan teruk sangat, kampeni boleh lingkup dan lain2 lagi. Boss pula cakap, mereka tak mungkin tahu rasional mengapa aku buat perkara itu dan ini walaupun cuba dijelaskan kerana mereka tidak mengenali organisasi ini dari hari pertama lagi dan yang paling penting sekali, aku bukan bodoh untuk buat keputusan yang boleh merobohkan segala usaha selama bertahun-tahun.

Bila boss masuk ofis dan duduk sahaja, staff fikir boss malas bekerja, taknak tolong orang lain yang tengah buat kerja lain. Boss pulak pikir, kepala aku serabut sangat macammana nak tingkatkan pendapatan company supaya staff-staff dapat hidup senang.

Bila boss mula menjadi lebih agresif dan lebih serious berbanding tahun-tahun sebelumnya. Staff selalu fikir, BOSS DAH BERUBAH. Boss dah tak macam dulu lagi, baik, pemurah, humble, dan lain2. Dalam otak boss pulak memikirkan, tahun lepas kalau main2 dan lingkup, 3 orang shj pekerja terima akibat, kalau tahun ni main2 dan lingkup, ada belasan orang dan keluarga2 mereka yang akan terima akibat sama. Boss juga selalu fikir, setiap tahun cabaran tak sama dan kalau dia masih jadi orang yang sama tanpa perubahan, kemanakah beliau nak bawa staff2 mereka itu nanti. Staff bising kalau company tak ada masa depan, dan bising juga kalau kerja lebih kerana nak bina masadepan.

Staff selalu fikir, kerja kuat2 nak kayakan boss. Boss pulak selalu tak beli seluar baru atau korbankan masa dan gaji tinggi-tinggi untuk memberikan keutamaan kepada staff.

Kalau duit dalam akaun company ada banyak, orang akaun dah mula bagi info bocor pada staff kata company banyak duit. Boss pulak selalu fikir, duit tu baru 10% sahaja dari jumlah yang diperlukan untuk projek yang berikutnya. Staff pula akan fikir duit company itu duit boss. Tapi staff jarang fikir, kalau mereka bekerja main2…duit dalam company ratusan ribu tu pun akan disedut keluar bayar hutang sebelum tutup company.

Bila boss berjasa kepada staff, 1/10 sahaja staff yang nampak. Selebihnya menganggap itu tanggungjawab boss. Tahu kenapa boss boss selalu main golf? Kerana boss boss lah yang paling banyak masalah. Kerana terlalu besar yang boss buat, tapi terlalu ramai melihat semua boss itu jahat. Dan bila mereka bermain golf, ramai mereka berjumpa boss boss lain yang juga sama-sama ada masalah. Kalau ikut kata Datuk Johan (PriceWaterhouseCoopers), tugas paling berat bukanlah sebenarnya kerja yang kita buat untuk earning dari customer…tapi, memenuhi nafsu tamak kakitangan yang tak pernah cukup. Kalau ada 1000 staff, ada 1000 kepala untuk dipuaskan, mereka tak nampak bahawa mereka perlu memberi sebelum boleh menerima.

Banyak benda yang boss buat, staff tak tahu apa rasionalnya dan boss selalu mengharapkan staff mereka sentiasa positif kerana boss TAK MUNGKIN buat benda bodoh yang boleh menjatuhkan company yang mereka bina sendiri. Boss juga tidak bodoh dan kerana itu mereka sedang menjadi boss anda. Inilah hakikat bekerja di syarikat kecil, jika anda di public listed company, boss boss anda kebanyakannya pun macam anda juga, mereka pun makan gaji. Dan pastinya…mereka pun kurang garang berbanding boss anda yang menjadi pengasas syarikat tempat anda bekerja. Sekiranya anda rasa boss anda itu jahat…fikirkan semula. Anda tak boleh lari dari itu di mana-manapun anda pergi. Walaubagaimanapun, jika boss anda marah, fikirkanlah apa yang dia marah….BOSS TAK MARAH PERIBADI ANDA, BOSS HANYA MARAH SIKAP ANDA TERHADAP KERJA ANDA.

Saya sebagai salah seorang boss…saya tak lari dari masalah ini.

Dan seperti boss-boss lain, ini adalah perkara biasa dan asam garam dalam dunia berniaga. Boss boleh dari seorang diri membentuk company yang ada 5 orang, 10 orang, 1000 orang, 5000 orang pekerja. Pastinya, boss juga boleh dengan mudah menggantikan kehilangan seorang, 2 orang, 3,4, 10, 20 atau keseluruhan company yang resign serentak? Jawapannya…memang susah, tapi susahnya sementara…dalam 1-2 bulan sahaja, semuanya akan kembali normal dan momentum baru mungkin lebih hebat dari yang lama. Dan mereka yang keluar meninggalkan boss yang di anggap bodoh tu, mungkin masih lagi sedang mencari pekerjaan, dan mungkin juga telah bekerja tetap dengan gaji lebih rendah, ataupun sudah dapat tempat yang lebih baik dengan kerenah BOSS YANG SAMA SEPERTI SEBELUMNYA ATAU LEBIH TERUK. Bila mereka lihat semula di syarikat yang di anggapnya boss itu bodoh, telah kembali seperti sedia kala. Selepas 2 tahun, mereka nampak syarikat yang mereka pernah tinggalkan dahulu dah pun jadi hebat. Padahal dalam hati mereka, semasa meninggalkan boss mereka dgn syarikatnya, mereka secara sedar atau tak mengharapkan ketiadaan mereka akan mendatangkan bencana kepada syarikat boss lama mereka sehingga gulung tikar.

Saya pernah melalui peristiwa ini beberapa kali. Saya pun bila berjumpa balik dengan beberapa orang businessman yang berjaya, mereka gelakkan saya…kerana mereka kata, itu dah jadi mainan mereka. Setiap bulan ada orang baru masuk dan ada orang baru resign dalam syarikat yang baru ada 50 pekerja. Dan syarikat itu pun terkenal dan masih terus mendaki menjana kehebatan yang berganda. Soalannya, siapa yang suka boss? Saya yakin, dari 10 orang mungkin 1 orang sahaja. Tapi harap2 dengan penulisan saya ini, persepsi sebahagian anda akan berubah.

Tahukah anda? golongan yang melompat kerja 90% adalah mereka pada golongan umur 30 tahun ke bawah? Mengapa? Kerana mereka belum lagi mengetahui hakikat bekerja dengan mana2 boss pun, mereka takkan lari dari boss2 yang menjengkelkan. Sehingga mereka mengetahui, di mana-mana pun sama sahaja, dan apa yang mereka perlu buat ialah setia kepada 1 syarikat dan naik bersama-sama syarikat itu. Sebab itu, jarang-jarang kita lihat staff berumur 30 dan kebawah yang benar2 berjaya, berkerjaya, bergaya dan beruwang. Kalau tak, takde lah hotchics pegi kejar Datuk2 yang dah layak panggil Atuk tu utk jadi 2nd,3rd or 4th wife.

Be positive, kerana boss anda tidak sebodoh yang anda sangkakan. Hakikatnya, staff takkan tahu itu sehingga mereka menjadi seorang boss (kalau ada peluang dan cukup daya tahan dan sabar). Selain itu, terimalah hakikat, Boss adalah orang yang paling prevelage dalam company, dan boss juga orang yang paling dibenci dalam company

.

p/s Tulisan ini adalah kembangan dari satu topik dalam buku Million Dollar Photographer yang akan keluar lepas raya nanti. Cerita ini adalah kompilasi pengalaman beberapa orang usahawan-usahawan berjaya yang sering menjadi rakan kopi, rakan travel, rakan sembang kelab jutawan dan lain-lain kepada saya.

p/s 2 : Saya kagum dgn Tan Sri Lim Kok Wing dan Dato’ Sean Ahmad (ex-bosses saya)

p/s 3 : Jangan buat kesimpulan bukan2. Tulisan ini adalah general dari apa yang telah berlaku dulu2.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

PETIKAN DARI SALAH SATU KOMEN YANG PALING SAYA SUKA DALAM THREAD INI – DARI DR. HAJI MASJUKI

mmm to my surprise, what a meaningful entry untuk zikir raya para bosses and staffs, especially yang beragama Islam laaa. Tabik kat SN…

Minta izin nak bagi komen panjang sikit kali ni… tak nak baca pun tak perrr..

Dinie Masjuki is My son. Lepas SPM nak kerja McD, Kilang2 yang bersepah semua saya tak izin. Walau gaji dia mencecah seribu sebulan. Saya minta jasa baik SN rekrut dia kat CS. Biarpun elaun (tak layak panggil gaji pun) cuma RM 400 ++ sebulan semasa permulaan dalam training dulu (sekarang dah jauh lah bezanya)

Saya tau anak saya, dia memerhati perit jerih ayahnya sejak kecil. Dia tahu falsafah Bos (that was me b4 – a president of Provet Holdings (M) S/Bhd). Rugi sangat kalau dia tak dapat peluang develop diri dia sebagai staff yang berfikiran dan berspirit bos.

Dia nak sambung belajar IPT pun tangguh sbb peluang yang ada di CS amat mahal utk jadi batu loncatan bila dia dah berpengalaman dan sambung belajar setelah ada pengalaman. Hari ni dia diterima sebagai junior Photographer kat CS, Alhamdulillah.

Waktu serah anak kat SN, saya kata secara simbolik, saya serah anak bersama rotan. You are free to train him your own way, kalau perlu rotan pun tak apa, asal jangan patah riuk dan maut sudah. That was exactly I was trained during my childhood and unidays. That was the way how of all those successfull chinese businessman you guys see them now days got trained. In view of commitment dia dalam kerja, bawak balik kerja kat rumah tiap hari dan hari2 cuti, usaha belajar macam2 teknikal in photography and editing, CS nak offer good post saya kata hold on… not now, jangan manjakan dia dengan pangkat dan harta sangat… nanti jadi manja dan tamak.

One thing you guys never know about this little bos (Bro SN). Bos lain makin banyak duit makin kuat minum, clubbing, judi, main golf dan main pompuan. SN lebih banyak melihat ke bawah, selalu menangis bila kami sembang pasal kehidupan dunia hari ini, pasal nasib orang2 yang kurang bernasib baik, nasib agama yang makin hari makin terhakis dll. Makin maju dia makin banyak bersedekah, dengan niat menebus kelalaian yang pernah dia buat masa dulu2.

sama gak ngan yang lain2, I will be cursed if I comment any longer here, but please bare with me… jangan ikut sikap lembu (fitrahnya ada otak, tak ada akal, hidup hanya menilai makan, minum, shade, sex dan garam jilat jer..) DOK MAKAN DI RUMPUT SEBELAH SINI, DIA NAMPAK DARI JAUH RUMPUT SEBERANG JALAN LEBIH HIJAU, DIA PUN MENYEBERANG DAN RUPANYA BILA DAH BERADA DI SEBERANG DIA NAMPAK RUMPUT YANG SEBELAH TADI LEBIH HIJAU DARI YANG DIA NAMPAK HIJAU DARI KEJAUHAN, BEGITU LAH DIA BERULANG-ALIK HINGGA AKHIRNYA MATI DI TENGAH JALAN DI LANGGAR LORI…

Selamat hari raya SN, keep up your good work…




PhotoCamp 3 juga HAMPIR PENUH!

.

CLICK SINI UNTUK MENDAFTAR DAN KETERANGAN TERPERINCI TENTANG PHOTOCAMP

Perhatian, sudah lebih dari 30 orang dalam list pendaftaran tapi baru hanya 16 orang yang telah mengesahkan tempat. Bagi yang lagi 5 lagi tempat yang kosong, pemilihan dibuat atas dasar “siapa cepat dia dapat”. Kepada pegawai-pegawai kerajaan, sekiranya LO anda tak boleh nak keluar, kami menerima surat yang mengesahkan penyertaan anda semua sebagai syarat untuk mengesahkan tempahan.

List berdaftar buat masa ini melebihi kapasiti sekiranya mereka mengesahkan deposit mereka. Kepada yang lain, anda masih boleh mendapatkan tempat dengan mendaftar secara online dan anda akan dihantarkan email tentang pembayaran dan buat pembayaran serta merta untuk merebut baki tempat yang masih tingga. Bagaimanapun kepada yang lain, jangan tunggu sesi akan datang. Sekiranya ada pun, sesi selepas January akan dibuat di Brunei Darussalam dan kemudian kembali semula ke KL pada masa yang tak dapat dijangkakan bila.

  1. Azmi b Mansur
  2. Mohd ridzuan b saleh
  3. Syafirol Hafiz Bin Arsad
  4. MUHAMMAD FIZRI BIN SAID
  5. Ridhwan Abdul Jalil
  6. Ivin Amri Musliman
  7. Zaitun bt Mohd Saman
  8. Farah Julana
  9. SHAH FARIZ DORRAMAN
  10. Mohammad firdaus b Ngah Said
  11. muhaimi tusiman
  12. anas asyura
  13. eda azura
  14. Azizi
  15. Faiz Zaki
  16. siti arvina
  17. mohd shah rizal b jantan
  18. Mohd Faizuin hamid
  19. ABDUL RAHMAN MUNJIAF
  20. Wan Shazli b. Wan Ismail
  21. Nurhana Sidek
  22. MOHD FAIROZ ABD GHAFAR
  23. RAHIM BIN RAHMAD
  24. Norlina Binti Adam
  25. Mohd Khir Bin Mohd Zin

IN THE LIST – REGISTERED & YET TO CONFIRM – Sehingga hari ini

  1. MELISSA MUSA
  2. A Wahid
  3. zuljiflee rasdi
  4. Qairie Asyraf b. Hamid
  5. zulkiflee b Rasdi
  6. Adely B. Mat Amin
  7. Augustine Leonard
  8. Mohd Khairudin bin Abd Wahab
  9. syaiful arief
  10. Zamrose A Malik
  11. Muhamad Asyraf Ali
  12. Muhamad Khairi Zakaria
  13. Jalilah Karim Khan
  14. Mohd Khir Bin Mohd Zin
  15. Norazwan Bin Puteh Yahaya
  16. MOHD AUZANI JOHARI
  17. Nurul Fadhilah Yaacob
  18. Mohd Ismahashimi Mohd Sabri
  19. Mohd Zubaidi Othman
  20. fariz mustapa
  21. Fayza Hasan
  22. Mohammad Iqbal Marazlen
  23. ABDUL RAHMAN MUNJIAF
  24. Mohd Hafiz Ruslan
  25. shaiful shaari
  26. DHIYA ABDULLAH
  27. (Kidd) Mohd Fadzli b Mohd Ibrahim
  28. GOBINATHAN S/OSATHIVELU
  29. Eda Azura Ariffin
  30. Sharifah Sheffa Mashuri Syed Mohd Tahir
  31. rahim bin rahmad
  32. amirudin
  33. Wan Shazli bin Wan Ismail
  34. SALMI BINTI AHMAD
  35. Sugumar A/L Sathivelu @ Ashok
  36. Yanti Rahiza binti Ab. Rahman

CLICK SINI UNTUK MENDAFTAR DAN KETERANGAN TERPERINCI TENTANG PHOTOCAMP




CS RAYA – THE MAKING

Apa jadi kalau saya seorang photographer tiba-tiba bulan puasa ni jadi Pengarah filem. Idea dicetuskan dari Roslee CST, dia yang gatal offer nak buatkan iklan untuk CS free jer. Ok lah, kemudian dan dan tu jugak saya capai “buku idea” saya dan pilih idea mana yang pernah ditulis dulu-dulu masa zaman saya berkecimpung dalam bahagian produksi filem. Dari segi pengarahan rasanya dah banyak berkarat. Alhamdulillah ada Assistant director masa tu Incik Menejer KeMad Hassan ada tolong sedikit sebanyak sebagai DOP merangkap assistant derekter. Rosli jadi DOP dan lain2 warga CS senior dan junior jadi crew dan grip. Tak lupa antara yan gterhebat ialah pakarsolek pengantin yang tersohor Eleena Lamat yang berjaya buat muka makcik tu 10 tahun lebih muda dan dalam scene akhir menampakkannya 10 tahun lebih tua (it’s not an easy work…kudoss Eleena!) Pelakon utama kesemuanya terdiri dari mereka yang dibawakan KHAS dari RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, Sungai Ramal Baru Kajang. Tunggu sahaja nanti kemunculannya…

SN




BUKU SULONG DARI SAIFUL NANG untuk Jurugambar




Vote Me @ Art on Display

Mari mari mari kita vote untuk bagi rating Saiful Nang naik kat art on display…yehaaa!! kita tundukkan dominasi mukhriz latif. Hantar dia pegi balik ofis buat kerja hehehehhe. Click gambar atas tu utk vote 😉




Keberkesanan PhotoCamp

Mungkin ada yang wonder kenapa PhotoCamp siri-2 laku macam goreng pisang panas sehingga saya didesak untuk menganjurkan PhotoCamp 3 (oleh orang2 yang keciciran sebelum ini) hanya selepas PhotoCamp 1 selamat dijalankan? Anda lihat sendiri bagaimana revolusi peserta yang kebanyakannya adalah BEGINNER dan mereka diasah sehingga tajam penglihatan masing-masing. Di sini mungkin lah saya boleh tunjuk beberapa contoh SEBELUM Vs SELEPAS PHOTOCAMP. Lihat sahaja hasil mereka selepas PhotoCamp, satu jarak beza yg sangat jauh dan Alhamdulillah…alasan-alasan begini…

  1. Camera saya tak canggih
  2. Saya ada basic SLR sahaja
  3. Saya baru belajar-belajar pakai camera
  4. Saya tak talented…
  5. Dan macam2 lagi…

Selepas PhotoCamp semua telah berupaya menggunakan MATA (bukan camera yg mahal) sebagai aset utama mereka dalam penghasilan gambar2 menarik.

.

GAMBAR DARI PESERTA2 SEBELUM PHOTOCAMP

Dan setelah tamat 3 hari 2 malam PhotoCamp berjalan, dan dengan penerapan pelbagai elemen2 penting daam fotografi secara intensive dan “cruel” (hehehhe), mereka telah berjaya menghasilkan gambar2 seperti dibawah hanya dengan mencabut undi tema dan terus mengambil gambar mengikut tema yg diberikan dan masa terhad hanya 2 jam setiap 1 sesi ASAH MATA. Itulah kelebihan program Asah Mata yang menjadi komponen utama dalam PHOTOCAMP

.

SELEPAS PHOTOCAMP

Keterangan lanjut click sini

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




Exchange Thought with Irfan Khairi & Nizal Mohamad

1 thing we have in common is…we can’t breath without internet. For those who don’t know Irfan Khairi, he was the one that created the phenomena of millionaire by internet business back in year 2000. He was already a millionaire with his internet business and earning average USD10,000 a day while completing his degree. For me, Irfan Khairi is a walking library. He’s very busy in giving talk and assisting people how to be the next millionaire in the comfort of their bed and pillows. I’m a little conventional except on the marketing side. I’m 100% established thru internet. But my product is very conventional…”Wedding Photography”.

Once upon a time, when I introduced myself as a wedding photographer, people said…”Ohhhh…” (and go and treat me like a 2nd class citizen…langsiii chett!).

I still remember those day when I was about 8 months old in wedding and I was so eager to share with others by organizing my 1st workshop with the fees of RM200…then I got slammed by a few professional including a prominent name like Jimin Lai (AFP Photojournalist), Matt Marzuki, Ted Adnan and few more. Now…most of them are friends. Nothing can stop me except myself. That time…these are the questions / statements came out from their mouth…

  1. “Who are you to organise a workshop?”
  2. “If you can charge RM200 per workshop, I shud charge RM20,000…(laugh)…”.
  3. “You’re nobody, please don’t spoil it…”

BUT…I decided, NOT TO LISTEN TO THEM. Instead, I took it as a STRONG motivation and CHALLENGE, Kadang2 degil ni berguna juga sekali sekala. Kalau diikutkan sangat orang lain, kadang2 kita pun tak kemana. Lebih2 pun kita akan jadi macam orang lain tu jugak. That day memang goyah jugak bila yang cakap2 tu semua handal2 dalam fotografi. Alhamdulillah sekarang ni tak ada siapa yg nak persoalkan kenapa saya buat workshop.

(Ini IK yang ambik…I have no choice, to be inside the picture, definitely other people must hold the cam hehehe)

Dah lari tajuk pulak, sebenarnya malam tadi I had supper with Irfan Khairi in Mapley Makbul TTDI, but it ended around 11am jer because IK have another appointment with his partner in crime (Nizal Mohamad). Then I pun menyibuk sekali (pantang kena offer terus jalan). There were some interesting chat in the other mapley (@ Damansara Perdana). Nizal is one of the most sought after TV presenter in Malaysia. It was fantastic chat between IK and I and it was fun to exchange story about how everyone of us break the 1st million with our individual way. Again, thanks IK & NM for the tehtarik session. (Kalau IK tak stop NM bercakap, maybe now, SN still in that mapley)

.

SAIFUL NANG
CEO / Principal Photographer
Colours of Asia Sdn Bhd
CandidSyndrome International
+60380766878 (HQ)
+6738880639 (Brunei)
+6013 3977715 (Mobile)
saifulnang@candidsyndrome.com

Founding Members of ClickCouture, Wedding Professional Gang!
www.clickcouture.com.my
.

The ONLY OFFICIAL Private Photographer Team for The Royal Wedding of Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, D.K.M.B., P.H.B.S dengan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil bin Pengiran Syed Haji Jaafari

Saiful Nang's Facebook profile




COMING UP SOON!

Mungkin ini 1st time dan agak gila jugak saya jadinya dengan Si Orked ni. Saya jadi gila nak photograph dia. Mummy Orked sentiasa selit camera yang daddy belikan dia dulu bawah tilam Orked. Agak Orked cranky jer Mummy ambik gamabr. Tapi Daddy lain sikit, daddy suka nampakkan Orked ni kecik sangat masa dalam 1-2 bulan ni. Untuk nampakkan Orked kecik, daddy kena lah masukkan Orked kedalam tempat2 yg sebenarnya tak besar sgt pada pandangan mata kita yg biasa.  Message sebenarnya, saya ni DADDY…dan saya PERCAYA SANGAT…99.99% mummy2 kat luar tu pasti 100x lebih gila dari saya dalam nak merakamkan gambar anak2 mereka dalam kamera mereka.

Saya dapat tahu melalu sedikit kajiselidik, ramai MAMAs got DSLR. Tapi ramai jugak MAMAs yang tak tahu macammana cara yang efektif untuk ambik gambar anak2 mereka. Sebab itu lah…pada saya, ambik gambar baby ni, mesti orang yg betul2 passion aka gila untuk merakamkan gambar anak2 mereka membesar yang sesuai untuk jadi photographer.

Bagi saya sedikit masa lagi mungkin selepas hari raya saya dah boleh MAHIR dalam psycology anak-anak kecil dan saya boleh berkongsi teknik dan kreativiti (sementara menjaga keselamatan anak menjadi keutamaan). Ambik gambar baby mesti kena cepat. Saya spend kurang 5 saat utk setiap pose yang saya ambil untuk Orked. Bagaimana?? Nanti saya tunjukkan dalam PHOTOMAMA.

Idea perlu seiring dengan kemahiran teknikal. Dan tanpa menggunakan lampu studio dan hanya menggunakan sebuah DSLR tanpa menggunakan “speedlight / flash” dan juga apa2 lens yg istimewa…gambar yang cantik boleh juga terhasil. BAGAIMANA??? Nanti di PHOTOMAMA saya buka habis2an.

THE MAKING GAMBAR DI ATAS (GAMBAR POSTER)

Lihat sahaja hasil akhirnya. Bagaimana? Mama2 semua, sila ambil perhatian…nanti saya akan update workshop PHOTOMAMA from time to time. Mama2 semua boleh dapatkan gambar macam Orked jika mama2 semua ada DLSR (any brand and model) dan anak sendiri serta rumah sebagai lokasi pengambaran. Lihat gambar kat atas, rasanya ramai orang ada tingkap kat rumah dan ada tiles. Raga tu rasanya kalau tadek pun boleh lah beli kat kedai mengkuang baru RM10 tak sampai 😉

To all MAMAs….Keep on clicking this blog!!

.

…………….. …………….. …………….. …………….. …………….. …………….. …………….. ……………..

Assalamualaikum kepada semua

Setelah melalui beberapa perbincangan bersama Datuk Dr. Jemilah Mahmood, President MERCY. Sekarang saya berbesar hati untuk merekrut TEAM PHOTOGRAPHER untuk MERCY MALAYSIA. Biar saya jelaskan sedikit latar belakang Team Jurugambar MERCY ini. Sebelum ini, jurugambar untuk misi MERCY datang dari sukarelawan-sukarelawan yang terdiri dari jurugambar-jurugambar luar. Ada yang berkualiti tapi ramai juga yang tidak berkualiti. Bagi yang tidak tahu apa itu MERCY, biar saya terangkan sedikit. MERCY ialah badan bebas yang berperanan sebagai badan bertindak bantuan kemanusiaan untuk warga antarabangsa yang mengalami bencana-bencana alam. Antara bencana alam yang mendapat liputan luas sebelum ini ialah Tsunami di Banda Acheh, Phuket, Penang dan Bangladesh, Taufan Nargis di Delta Irrawady, Gempa Bumi di Wilayah Shichuan dan banyak lagi.

Berikut adalah faedah2 dengan penubuhan MERCY PHOTO UNIT di bawah kelolaan saya;

  1. Latihan Fotografi akan diberikan secara percuma dan secara berkala oleh semua sukarelawan yang terpilih.
  2. Peluang untuk bersama berkhidmat dan berbakti dengan mangsa2 bencana alam di peringkat antarabangsa.
  3. Pengalama fotografi yang mencabar.


Team fotografi akan diketuai oleh saya sendiri dan ingat, ini adalah kerja SUKARELA. Bermakna, hanya kos perjalanan dan kos sara hidup anda sahaja yang akan ditampung oleh MERCY sepanjang misi berjalan. Selain dari itu, anda perlu berkorban termasuk lah mengambil cuti atau meninggalkan urusan2 kerja anda untuk beberapa minggu tempoh misi.

Saya perlukan orang2 yang benar2 sanggup menerima cabaran dan saya akan latih semuanya supaya dapat mengambil gamabr dengan baik. Hanya yang benar-benar ada komitmen sahaja yang akan diterima. Saya membuka kekosongan sebanya 20 orang sukarelawan. Tapi sekiranya ada 5 sahaja yang benar2 berkualiti dan berdisiplin…..itu adalah lebih baik dari ada kuantiti tanpa kualiti.

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI

  1. Hantarkan CV anda kepada email saifulnang@gmail.com
  2. Sertakan list of equipment yang anda ada. Berikut adalah equipment yang banyak membantu dalam setiap misi. dSLR (any brand), lens 80-200 f/2.8 ATAU lens 70-200 f/2.8 dan wide angle 16mm and greater. Jika anda ada equipment di atas anda ada advantage untuk dipilih. Tetapi jika tidak…anda masih boleh memohon.
  3. Karang kira2 separuh mukasurat A4 (atau kurang) untuk anda nyatakan SEBAB MENGAPA ANDA SANGGUP menyertai projek sukarelawan ini walaupun tanpa bayaran.
  4. Nyatakan bagaimana anda boleh merancang untuk meninggalkan kerja dan urusan2 anda sekiranya terdapat kejadian bencana alam. Berapa lamakah masa yang anda ambil untuk menguruskan cuti / meninggalkan kerja2 anda.
  5. Hanya peserta yang layak dan berjaya akan dihubungi untuk tujuan latihan dan briefing. Kepada peserta yang berjaya, latihan intensif photography akan dijalankan dengan mengikut jadual2 yang bakal diberikan. Komitmen kepada latihan adalah penting. Sepanjang latihan intensif, absence more than once akan dikeluarkan dari team (kecuali dengan alasan munasabah BERSERTA BUKTI2 BERTULIS)

.

SAIFUL NANG
Volunteer, MERCY MALAYSIA

Saiful Nang's Facebook profile




PhotoCamp 2009 is now OPEN FOR REGISTRATION!

PhotoCamp siri 1 dan 2 telah penuh ditempah. PhotoCamp 2 bakal menyaksikan 5 orang peserta antarabangsa dari negara Brunei Darussalam. PhotoCamp 2009 juga bakal disertai oleh sekumpulan jurugambar dari Indonesia dan juga Brunei.

Jadilah Photographer yang menghasilkan gamabr tahap PROFESSIONAL dalam masa 3 hari. CLICK GAMBAR DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

TEMPAT ADALAH TERHAD




Orked & Sunday

These pictures, above and bottom took us 1 hour to calm her down and make her sleepy or sleep, then 30 sec to pose and 5 sec to shoot. Shooting baby, u really need to make it fast, especially pose2 yang macam ni. The idea of putting the baby to those place pretty much about showing the relative size of her body. It’s cute to show how small your little on is. You can actually do this on your own (assisted with a husband or wife). I just use whatever I can get around house. The basket or a fruit basket can be used as well. Most important, keep it hygiene (basuh dulu sebelum guna) then kalau bakul buluh, it’s not good kalau ada direct contact dgn baby. Nanti baby gatal2 dan naik ruam2. But u can cover it up with a tiny layer of plastic (for example) or use another basket. Make her comfortable (enuff food and change diaper). I normally shoot Orked while she sleeping or sleepy. There I can pose her a lot. Semua gambar di ambil di rumah, tidak ada gambar yg saya ambil didalam studio dan tidak menggunakan sebarang pencahayaan tiruan (e.g Strobe or speedlight). You can do it at home.

(No baby were harm in this shooting, all shots must be planned carefully and seek advice from your family pediatrician as well as some study on the net. PLEASE MAKE SURE ALL SHOTS YOU WANT TO TAKE IS PRACTICALLY, TECHNICALLY AND CLINICALLY NOT HARM TO THE BABY)

.

SUNDAY WITH ORKED

Selalunya Orked busy pada hari Ahad. Orked selepas mandi tak sempat2 terus study. Beliau sgt obses dengan buku-buku daddy dan mummy beliau. Kimia Organik, Cook’s companion mummy jadi bahan bacaan Orked. Orked cuba juga baca buku daddy pasal Roman Abromovich dan Trump tapi tak menarik lah, Orked lagi suka baca buku Lonely Planet daddy. Nanti Orked nak pergi semua tempat yg auntie Maureen Wheeler dgn Uncle Tony dah pergi.