• Welcome to my blog!

    I'm Saiful Nang, a professional photographer, film director, instructor and blogger. Photography is now running through my vein every single heart beat since year 1999 when I was in university. I started the whole thing from nothing but passion. Until today, I never imagine I can be Malaysia Photography legend (RTM, Documentary, Di Sebalik Nama), Royal photographer of Brunei Darussalam and Kelantan State and sitting together with a few iconic world photographer to judge an Asian based photographic reality TV, The Big Shot 2010 as well as listed in Young & Succesful in the prestigious magazine TOP 10 OF MALAYSIA and many others.

    One thing for sure, I do it all with passion.

Buat-buat tapi kelihatan Natural. Apa rahsianya?

Foto ini ialah foto yang saya sendiri koreo kan tetapi pada satu hujung lagi ialah Ahim Rani yang memetik foto ini. Saya lihat ada ramai yang cuba melakukan sesuatu yang serupa dengan gaya masing-masing tetapi boleh dilihat bagaimana sebahagian besarnya tidak memberikan hasil ekspresi muka yang natural kecuali jika sebahagian mereka mengambil gambar orang-orang yang mereka kenali.

Tiada salah pada tekniknya tetapi lebih dari itu saya melihat ramai yang melakukan aksi buat-buat seperti dalam foto ini tetapi tidak dapat memberikan ekspresi yang sempurna. Ini tidak disebabkan teknikal tetapi lebih dari itu sebenarnya ia disebabkan keintiman antara fotografer dan subjek yang berada di hadapan kamera mereka. Skill PR merupakan skill bukan fotografi yang penting dalam fotografi. Jika anda masih belum menguasai skill PR ini, harap anda boleh mulakan sesuatu hari ini. Foto seperti di atas ini kami ambil selepas beberapa jam bertemu mereka untuk kali pertama. Ia tak perlu ambil masa lama untuk mereka merasakan kita ini makhluk yang mudah didekati dan dalam kata lainnya…sempoi (tapi sempoi mengikut siapa yang berada di hadapan kita lah, kalau subjek kita adalah Sultan-sultan tak mungkin kita boleh sesempoi ini kan?).

 

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

* Sertai kursus fotografi professional di Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) di www.snap.com.my

saifulnang - February 21, 2012 - 12:33 pm

tqvvm…kindly share it ;)

Mohd Syazwan - February 21, 2012 - 10:05 am

Nice article. Like it…

Tips Fotografi : Bersepah tetapi tersusun

Apa maksudnya ye? Bersepah tetapi tersusun? Jika anda belajar tentang fotografi secara dasar fotografi itu cantik jika ia dibiarkan ringkas dan tidak padat dengan terlalu banyak perkara di dalamnya. Itu merupakan satu fundamental yang perlu kita olahkan dengan kreativiti. Apa lebih penting samaada foto yang cantik atau foto yang bernilai ceritanya? Jika anda tanya saya pasti saya akan jawap saya utamakan ceritanya. Foto di atas ini saya ambil dalam perkahwinan dua warga Australia yang berlangsung di Mebourne, Ewnice & Tim. Nilaian pada foto ini ialah satu keadaan yang bersepah tetapi dengan pencahayaan rambrandt yang baik, foto ini layak untuk jadi foto hitam putih. Lihat sahaja setiap karakter dalam foto ini ada jaringan antara satu sama lain yang membentuk sangat banyak nilai cerita. Tips penting ialah, pastikan tidak berlaku pertindanan yang mengganggu. Contohnya jika kepada si pemegang dryer itu dihalang oleh karakter yang ke-2 dari kanan itu. Impaknya akan kurang jika ia berlaku. Teknik ini biasa menjadi kegilaan jurufoto jalanan legenda seperti Alex Web yang keluar untuk mengambil foto hampir setiap hari tetapi setahun beliau hanya menghasilkan sedikit foto yang bernilai tinggi. Kesemua foto beliau yang hebat adalah dengan cara yang sama….bersepah tetapi tersusun. Lalu ia membentuk cerita yang hebat.

Anda bagaimana?

Enjoice!

 

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

* Sertai kursus fotografi professional di Saiful Nang Academy of Photography (SNAP) di www.snap.com.my

Aza - February 15, 2012 - 4:04 pm

Sy bukan photographer…sy org yg suka tgok gambar..sedih tgk gambar wedding skrg..bukan apa kdg terlampau nk ‘stail’ or lain dr yg lain sampai fokus pun dah lari..wonder dia nk ambik gambar pemandangan atau pengantin? konpius jap :p

saifulnang - February 15, 2012 - 3:40 pm

Yeps aza…that’s make the picture priceless ;)

Aza - February 15, 2012 - 3:28 pm

Cantik!Biar gambar yg bercerita..like

saifulnang - February 15, 2012 - 3:05 pm

Bila tempe dengan Wak Sarbini,
Dah makan tempe terus ber*men,
Silalah baca blog saya ini,
Bila dah baca silalah komen

Mina Tse & Johann Chou, Loyola Lake Campus, Chicago

Johann & Mina Tse, thanks for flying me and Ahim all the way from Kuala Lumpur to Ohare, Chicago. Great hospitality for someone quite strange for you. States have a lot of talented shooters but still you think we are unique. This set of pictures never been shown to others I believe. I miss the chill of Chicago, the Windy City. I wish I can be there again someday. Johann & Mina, let your friends know about me so I can fly to States more often after this ;)

Enjoice!

 

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

saifulnang - February 15, 2012 - 1:12 pm

kenalah selalu mencuba dan terus mencuba

irwan - February 15, 2012 - 12:20 pm

Great idea,inilah gaya SN own preference.Macam mana yer nk pelbagaikan idea selain dri tgk hasil artwork org.

saifulnang - February 15, 2012 - 3:11 am

saya gunakan Lightroom dan Photoshop. Tetapi saya boleh ajar cara untuk semuanya dibuat dalam PS. LR cuma lebih cepat utk edit banyak foto

haffizarshad - February 15, 2012 - 3:06 am

yup.saya setuju megatakan fb boring..
thank banyak megajar saya.. and banyak ilmu saya dapat time seminar patat at kliuc tahun 2009 rasenye..
nk tanya sikit boleh.
editing awak full Photoshop or ade guna sofwe lain… kenapa cm lain macam eh.. kalau tak kesah nk share la..

saifulnang - February 14, 2012 - 10:54 am

u are most welcome Fazriani. Keep coming

fazriani - February 14, 2012 - 10:51 am

thank u so much for sharing SN , great pictures as always.

saifulnang - February 13, 2012 - 11:35 pm

Fahmi, utk wddg saya masih guna jpg. Utk portrait saya guna raw

saifulnang - February 13, 2012 - 11:35 pm

Body D3000 tu bukan fullframe. Ada crop factor 1.5x kalau pakai 35mm x 1.5 = 52.5mm – itu range favorite saya. Lain orang lain cara. Cuba dapatkan gaya dan preference sendiri.

Fahmi - February 13, 2012 - 11:02 pm

Askum,
Nak tanya sama ada SN guna raw or jpeg untuk ambil wedding photo?

Evan - February 13, 2012 - 10:52 pm

1.5x???maksud???sy konfuse..xtau mn satu nak beli..sy ska ambik gmbr pootrait..

saifulnang - February 13, 2012 - 10:49 pm

kalau d3000 dgn crop factor 1.5x rasanya lebih elok 35mm.

Evan - February 13, 2012 - 10:47 pm

en.saiful nang,blh tanya???mn lebih bgs ek,nikkor 50mm f1.8 or 35mm f1.8g utk nikon d3000??(br nk bljr).

saifulnang - February 13, 2012 - 4:19 pm

Salam Rushdi, memang macam tu lah adanya :D
InsyaAllah kalau ada rezeki kan..not a problem, ilmu itu pelaburan.

RUSYDIAKMAL - February 13, 2012 - 4:05 pm

Facebook ramai yang berlagak suci. Suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain.. Cantik gambar tuan saifulnang. Tak sabar nak cukupkan duit masuk kursus under candidsyndrome…

saifulnang - February 13, 2012 - 3:47 pm

Sama-sama…dah dah…meriahkan blog aku pulak skrg ni hehehe. FB boring lah :D

saifulnang - February 13, 2012 - 3:47 pm

terima kasih Abu :D
Selalu2 lah jengah kat sini. Boring pulak tengok fb nak balik pada blog ehehehhe

Khalis Misral - February 13, 2012 - 1:22 pm

pukau mata melihat… thanks for sharing SN..

abu - February 13, 2012 - 1:21 pm

bagus la..dan gambar menarik.

Foto yang baik ada di sekeliling anda. Anda perlukan Seni Melihat sahaja.

Sedari mula pun memang saya bukan penggemar fotografi di Taman Tasik ataupun taman-taman awam yang cantik. Bukannya tempat itu tidak cantik, cuma ia mungkin telah dikunjungi ratusan malah ribuan jurufoto yang sudahpun menyudahkan foto-foto mereka. Jika taman itu sediajadi sudah cantik dan foto-foto kita juga jadi cantik, pujian bukan untuk foto anda, tetapi pereka lanskap taman itu. Atas sebab yang sama juga, dalam fotografi tiadalah satu terminologi khusus tentang deria melihat ini secara spesifik selain saya menggelarkannya Seni Melihat atau kata orang kampung saya “Art of Seeing”.

Dengan adanya kebolehan anda melihat dengan baik, komposisi, framing, penceritaan, adunan warna, susunletak subjek, Point of Interest dan banyak lagi akan boleh anda karang dengan baik dalam hasil foto anda nanti. Asal yang saya guna pakai adalah semasa dalam program asas seni semasa berada di universiti dahulu. Ia lebih kepada penilaian serta apresiasi apa sahaja sekeliling kita untuk kita lihatnya dalam elemen-elemen barisan, tekstur, pencahayaan, kontras dan macam-macam lagi. Proses asas ini mengambil kami di universiti dahulu selama 2 tahun pertama bagi memperkenalkan deria ini. Tidaklah perlu kesemuanya, tetapi ia akan jadi panduan kepada kita untuk sessi fotografi.

Anda boleh cuba kerana saya telah mencuba. Foto di atas ini saya ambil di kawasan berlalang bersebelahan dengan kawasan loji penapisan petroleum di Kerteh. Saya juga pernah lakukannya secara santai di belakang deretan kedai yang mungkin pada orang lain hodoh tetapi dengan elemen seni melihat ini, kita mungkin boleh melihat sesuatu yang tidak pernah orang lain fikirkan. Barulah foto-foto anda ada nilai ekslusif yang tinggi.

Anda pilih ye.

 

Enjoice!

 

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com

saifulnang - February 22, 2012 - 9:14 pm

boleh apa salahnya. Tqvvvm for appreciation

Mimie - February 21, 2012 - 11:12 pm

Boleh ke komen post lama ni?..hahaha..
Saya setuju dengan SN..tak semestinya tempat yg cantik je ade nilai seni…tepi longkang pon kalau kena gayanye cantik jugak..
Tp sometimes deria melihat atau ‘mata seni’ ni gifted jugak…kalau org buta seni…blajar seumur hidup pun belum mampu ada seni melihat..my 2 cent opinion..:)

Demam Tona Warna – Gambar nak edit atau tak edit?

 

Bila zaman foto mesti berbasah dan bergelap untuk dijadikannya sekeping kertas dengan imej tampak di atasnya, zaman kini berubah kepada zaman digital. Jurufoto tidak perlu lagi berbasah dan bergelap, tidak lagi perlu membuat proses burn dan dodge menggunakan bayang tangan atau tool dodge. Juga tidak perlu lagi timer, tidak perlu termometer, tidak perlu pula bahan kimia serta tidak perlu lagi berbelanja besar untuk menghasilkan sekeping foto yang hebat.

Kalau dahulu pada sekitar tahun 2006 orang mula demam HDR. Foto teknik HDR yang digunakan bagi menaikkan perincian foto dalam sebahagian kegunaan disalahguna pula untuk kononnya menjadikan sebuah potret ataupun koleksi foto perkahwinan hancur seakan mereka dilanda penyakit panau yang kritikal. Lalu zaman berganti dan kini jurufoto mula beralih kepada zaman tone pula. Boleh dikatakan setiap jurufoto dikenali fotonya dengan campuran warna mereka yang tersendiri. Kalau ditanya pada saya adakah ia perlu ataupun tidak, saya akan jawap ia bergantung pada penggunaan dan sebab apa foto itu kita ambil. Jika mode vintage boleh menaikkan nostalgia dan memberikan impak visual yang lebih, maka ia wajar dilakukan. Sekiranya anda mengambil foto kewartawanan atau lanskap, dah pasti anda tidak boleh lakukan proses toning ini. Pada saya ia adalah di antara photorealism dan fine-art photography yang bertembung di tengah-tengah.

Tone yang menarik boleh menjadikan foto lebih baik. Tidak logik pula ada yang mencuba membuat toning sehingga warna kulit menjadi warna biru ataupun unggu. Kelainan itu datang dalam 2 bentuk ya, samaada ia unik ataupun pelik. Anda pilih yang mana.

Enjoice!

 

SAIFUL NANG
MPA (UK), WPJA, B.Sc Media (MMU)
Principal Photographer of CandidSyndrome International.
saifulnang@candidsyndrome.com